Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Baby bam bam kena ekzos moto <(ˍ ˍ*)>

<(ˍ ˍ*)> My baby bam bam baru2 ni terkena ekzos moto... ibu mana tak risau kan..panik la si ibu pikir nak buat macam mana..ada yg kata letak colgate..ada pulak yg tak bagi guna colgate.. ╮(╯_╰)╭

Mula2 nak sapu minyak gamat..tiba2 teringat ada Allano Lotion (Amway)..sapu yg tu saja..sekarang makin sembuh tempat kena ekzos tu..Alhamdulillah..lega rasa ツ

ALLANO Hand & Body Lotion (250g)

Kelebihan Losyen Allano :
Losyen badan berbusa yang unik, mudah disapu dan tidak berminyak Mengandungi Alantoin dan Lanolin - untuk melega dan melembap kulit yg kering.

Terbukti berguna bagi wanita mengandung untuk menghilangkan kesan parut stretch mark pada perut.

Sangat berguna sebagai alat kecemasan di setiap rumah - spt terkena air panas, minyak panas, luka-luka dan melecur, melepuh akibat tebakar.

Menghilangkan dan memberi kelegaan pada bayi yang mengalami ruam / Eczema.

Merendahkan suhu badan ketika anak demam - sapu di seluruh badan.

Berguna apabila mengalami sakit kepala / migrain - sapu di tengkuk dan kepala.

Menghilangkan gatal-gatal gigitan nyamuk atau serangga.

Melegakan kegatalan dan mengurangkan parut demam campak dan chicken pox.

Melembabkan kulit badan dan juga boleh disapu pada tapak kaki yg merekah dan pecah.

Losyen ini selamat digunakan pada bayi dan kanak-kanak. Pelbagai kegunaan, mudah dibawa dan mesra alam.

Saturday, December 15, 2012

Setiap gambar ada ceritanya ♡

Nur Eryna Batrisya bt Azaraniff itulah nama yg diberi...Lengkap hidup apabila dikurniakan seorang permata hati buat ibu dan abah..

Harapan ibu semoga kehidupan anak ibu sentiasa bercahaya(Nur)...
Menjadi anak yang cantik rupawan (Eryna)...
Dan dikurniakan akal yang bijak pandai (Batrisya)...

Seindah namamu tersirat maknanya ♥

Wednesday, August 8, 2012

Tercari-cari..emm


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Emm...terfikir-fikir...
Tercari-cari...
Apakah nama yg sesuai untuk My Baby yg bakal lahir nanti...
Nama yg sedap disebut...
Nama yg mempunyai makna yg baik..
emm masih tercari-cari...
Skang dah masuk 9 bulan usia kehamilan...
tak lama dah ツ

Wednesday, August 1, 2012

Sakit belakang ketika hamil



Ketahui cara betul elak kesakitan berpanjangan

SAKIT belakang antara rungutan sering kedengaran daripada mulut bakal ibu yang sedang hamil. Lazimnya, ia boleh berlaku pada peringkat awal kandungan dan antara punca masalah ini adalah kandungan yang sedang membesar menyebabkan otot abdomen meregang dan berlaku perubahan pada postur badan. Perubahan postur ini mengakibatkan pengalihan pusat graviti badan, lantas memberi tekanan ke atas bahagian belakang ibu hamil yang menjadi punca kepada rasa sakit.
Perunding Bedah Otopedik, Trauma dan Penggantian Sendi, Hospital Columbia Asia, Dr Mohd Kamal Mohd Hisa, berkata rembesan hormon ‘relaxin’ ketika mengandung untuk melonggarkan ligamen sendi pada bahagian pelvis dan tulang belakang bagi tujuan memudahkan proses kelahiran juga meningkatkan risiko sakit belakang.

Katanya, penambahan berat badan ibu yang keterlaluan ketika mengandung boleh menyebabkan sakit belakang menjadi lebih teruk, manakala pembesaran bayi dalam kandungan juga boleh menekan urat saraf yang mengakibatkan sakit belakang.

“Beberapa langkah dikenal pasti boleh mengurangkan sakit belakang ketika hamil. Antaranya wanita hamil perlu pastikan postur badan adalah betul ketika berdiri dan berjalan, untuk mengelakkan tekanan ke atas tulang belakang. Berdiri dan bersenang diri dengan postur tegak, meluruskan tulang belakang dan mengecutkan bahagian perut dan punggung dan relaks pada bahagian bahu.

“Berdiri tegak dan jangan bersandar ke belakang untuk memastikan tulang belakang berada dalam posisi lurus bagi mengelakkan kesakitan. Posisi bahu dan punggung juga mesti selari ketika berdiri. Elakkan berdiri terlalu lama dalam sehari. Jika anda perlu duduk terlalu lama di pejabat, cuba berehat dengan berjalan di sekitar ruang pejabat selang sejam,” katanya.
Dr Mohd Kamal juga yang tidak menggalakkan ibu hamil menyilang kaki ketika duduk, sebaliknya perlu pastikan belakang badan lurus dan tegak.

“Penggunaan bantal kecil yang diletakkan pada bahagian bawah belakang, mampu mengurangkan kesakitan. Elakkan berjalan dengan menolak perut ke hadapan kerana lengkungan lumbar yang terhasil pada bahagian bawah sendi belakang badan akibat postur ini akan menyakitkan,” katanya.

Sakit belakang boleh juga berpunca daripada pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai dan pakaian luar yang tidak selesa menjadikan tubuh wanita akan secara serta-merta berubah kedudukan badan bagi mengimbangi kedudukan pakaian yang dipakai itu. Sekiranya coli terlalu ketat umpamanya, wanita cenderung untuk membongkokkan badan.

Justeru pakaian dalam perlu yang bersaiz besar, serta mempunyai cangkuk lebar pada bahagian belakang. Tali coli yang besar dan terhasil daripada kain kapas yang nipis ketika mengandung memastikan anda selesa sepanjang hari. Sementara itu, seluar dalam yang dikhaskan bagi wanita mengandung adalah pilihan tepat kerana ia besar pada bahagian perut bagi menjamin keselesaan untuk tempoh masa panjang.

Walaupun segelintir wanita gemar memakai pakaian ketat, sebenarnya ia kurang sesuai dengan keadaan cuaca negara ini yang panas dan menyebabkan mudah berpeluh yang memungkinkan kulit mengalami kegatalan.

Justeru pilih pakaian longgar, selesa dan tidak mencengkam khususnya pada bahagian pinggang. Sebaiknya pakaian yang longgar pada bahagian depan kerana semakin lama perut wanita akan semakin membesar.

Menangani sakit belakang boleh dilakukan menerusi senaman ringan umpama berjalan-jalan serta menggerakkan anggota badan, tetapi sekiranya ia meninggalkan tanda tertentu anda perlu segera berhenti. Tanda dimaksudkan ialah sakit dada, perdarahan daripada faraj atau kontraksi atau jika anda mengalami pecah mentuban, serta denyutan jantung tidak tetap. Sekiranya berlarutan wanita hamil perlu segera merujuk kepada doktor.

INFO: Cara atasi belakang ketika hamil

•Pakai kasut yang selesa dan elakkan bertumit tinggi. Apabila kandungan membesar, imbangan badan berubah dan penggunaan kasut bertumit tinggi boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau terseliuh. Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara. Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai di rumah atau bersiar-siar.

•Mulakan program senaman ringan yang berterusan untuk meregang dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, otot abdomen dan kaki. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai. Aktiviti berenang boleh menguatkan otot abdomen, belakang badan dan kaki serta mengurangkan tekanan ke atas sendi-sendi tulang. Senaman juga boleh mengawal penambahan berat badan yang keterlaluan ketika mengandung.

•Pastikan posisi tidur malam adalah betul bagi mendapatkan rehat yang cukup. Posisi mengiring dengan kedua sendi lutut dibengkokkan sedikit dan letak bantal di antara lutut dapat memberi keselesaan ketika tidur. Untuk bangun dari katil, mengiring dan bengkokkan sedikit paha dan lutut. Gunakan tangan untuk menolak badan anda bangun dari katil. Mandi atau berendam dalam air panas suam juga boleh mengurangkan sakit belakang.

•Elakkan mengangkat barang berat dengan postur yang salah. Jika perlu mengangkat barang, pastikan anda membengkokkan kedua lutut dan jangan bengkokkan badan. Jika perlu menyidai baju, letakkan bakul di atas kerusi supaya anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil baju dalam bakul untuk disidai.

•Sekiranya langkah-langkah ini tidak dapat mengurangkan sakit belakang anda, berjumpalah doktor untuk nasihat dan pemeriksaan lanjut. Mungkin fisioterapi, ubat tahan sakit atau pengamal akupuntur atau kiropraktik boleh membantu jika anda didapati selamat untuk menerima rawatan berkenaan.

Info Dari:- Berita Harian

Proses Mengandung ( Minggu 29 - Minggu 40)

Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Puan perlu banyak berehat. Jika puan tidak bekerja, pastikan puan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan puan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.

Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya puan perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana puan mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi puan telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38, puan tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Puan seterusnya akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adlaah saat yang ditunggu-tunggu. Puan akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Puan juga akan muali rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian puan dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.

Masalah Tekanan Darah Rendah Wanita Hamil



Info berguna kepada Ibu Hamil ~ Sila Baca


Ketika mengandung, tubuh ibu menyediakan suasana persekitaran yang selamat di samping memberi nutrisi/pemakanan kepada bayi yang sedang membesar di dalam kandungannya.
Oleh yang demikian, seorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi yang dramatik, termasuklah yang melibatkan sistem peredaran darah atau tubuh.

Perubahan sistem peredaran tubuh yang mencirikan proses mengandung normal adalah disebabkan oleh vasodilatasi (penambahan diameter pembuluh darah, khususnya arteri) periferal.

Semasa mengandung, tekanan darah adalah lebih rendah akibat perubahan hormon yang menyebabkan saluran darah mengembang.

Salur-salur darah juga tidak mengalami kontraksi/pengecutan secepat mahupun secekap sebelum mengandung sebagai suatu tindak balas kepada perubahan gaya atau kedudukan tubuh.

Oleh sebab itu, seseorang yang berdiri dengan cepat tidak memberi masa secukupnya untuk sistem peredaran melakukan penyesuaian, seterusnya tidak cukup darah dan oksigen sampai ke otak dan ibu yang mengandung itu akan berasa pitam.

Semasa hamil, jantung akan bekerja mengepam darah kepada rahim dan bayi dalam kandungan dengan lebih kuat. Pengeluaran kardiak/berkaitan jantung bertambah dari seawal lima minggu kehamilan.

Jumlah darah yang dipam oleh jantung meningkat 45 peratus apabila janin berusia 24 minggu. Denyutan jantung meningkat 30 peratus.

Denyutan nadi boleh meningkat dari kadar 60 ke 70 denyutan seminit sebelum mengandung kepada 80 ke 90 denyutan seminit semasa hamil.

Walaupun terdapat penambahan dramatik pengeluaran kardiak, tekanan darah menurun semasa trimester kedua kehamilan dan kembali ke normal semasa trimester ketiga.

*Pitam

Itu sebabnya kenapa wanita hamil lebih cenderung mengalami pitam semasa trimester pertama dan kedua. Apabila usia kandungan meningkat, rahim akan membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah vena kava inferior yang bertugas mengalirkan darah dari bahagian kaki kembali ke jantung. Kesan tekanan ini akan menghalang pengaliran darah semula ke jantung.

Jika wanita hamil berbaring, rahim yang semakin membesar itu boleh menghalang pengaliran darah balik ke jantung dan mengakibatkan sindrom supine hypotensive yang berlaku pada 10 hingga 15 peratus wanita hamil. Keadaan-keadaan yang disebutkan ini boleh menyebabkan rasa pening kepala dan pitam.

Rahim yang membesar akan menolak diafragma ke arah dada dan menyebabkan wanita hamil berasa sukar bernafas. Volum plasma atau darah meningkat 50 peratus dari seawal enam minggu kehamilan untuk memenuhi keperluan janin. Komponen cecair dalam salur darah meningkat dengan lebih banyak lagi berbanding sel-sel darah merah pembawa oksigen. Akibatnya, wanita hamil akan menjadi anemik, yang merupakan kesan yang normal akibat perubahan fisiologi kehamilan.

Walaubagaimanapun, jika zat besi tidak mencukupi dalam pemakanan ibu, anemia akan bertambah teruk dan menyumbang kepada rasa pitam apabila berubah kedudukan. Semasa peringkat awal kehamilan, ibu hamil kerap mengalami loya dan muntah yang disebabkan oleh paras hormon estrogen dan human chorionic gonadotropin (HCG) yang tinggi.

Gejala-gejala ini biasanya dirasai semasa minggu ke tujuh hingga ke lapan kehamilan dan beransur reda semasa minggu ke-12 hingga ke-15 kehamilan. Muntah yang berlebihan dan berpanjangan pada peringkat ini akan menyebabkan kesan dehidrasi, kebuluran, penurunan berat badan dan mengganggu perkembangan janin yang semakin membesar. Kebuluran menyebabkan ketosis (persekitaran berasid) yang boleh memudaratkan janin. Oleh itu, jika keton dikesan dalam air kencing, ibu hamil perlu dimasukkan ke dalam wad.

Rawatan hidrasi dengan cecair intravena akan memulihkan keadaan ibu hamil. Rasa loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengubahsuai pemakanan atau tabiat makan. Makan dan minum dalam kuantiti yang kecil dan secara kerap boleh membantu. Makan sebelum berasa lapar juga dapat membantu mengatasi masalah ini.

Biskut kraker mahupun roti bakar boleh dimakan sebelum bangun dari katil pada waktu pagi untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

Minuman isotonik baik diminum kerana ia ideal untuk menggantikan garam elektrolit yang mungkin hilang akibat muntah yang berpanjangan.

Elakkanlah dari makanan serta bau-bauan yang menyebabkan ibu hamil berasa loya.

Ibu hamil juga boleh mempraktikkan beberapa langkah yang dapat membantu mengatasi masalah-masalah atas.

1.Untuk mengelakkan rasa pening dan pitam, apabila bangun dari tidur, duduk dan tunggu selama 15 saat, kemudian gantungkan kaki dari katil dan tunggu 15 saat, berdiri dan tunggu selama 15 saat, dan barulah mula berjalan.
2.Jika rasa pening pada siang hari, pulihkan dengan mengambil makanan ringan, minumlah segelas jus oren sebelum bangun dari katil.
3.Elakkanlah dari berdiri pada satu tempat tanpa bergerak kerana ini menyebabkan darah terkumpul di bahagian kaki. Sebaliknya, berjalan tanpa bergerak supaya otot-otot betis dapat membantu mengepam darah semula ke jantung.
4.Untuk pening yang disebabkan oleh anemia, rawatan suplemen dengan zat besi patut diambil.


Sumber : Utusan Malaysia
Keterangan oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.


Pesanan Khidmat Masyarakat kepada Ibu Hamil



Tuesday, July 31, 2012

.....Si Suami Temankan Isteri Bersalin..

Patutkah Si Suami Temankan Isteri Bersalin..

Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?


1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin?


Creadit to: Saujana Hikmah

Thursday, July 26, 2012

Tak sabar nak jadi ibu



25/07/2012(Rabu) bersamaan 5 Ramadhan 1433h

Emm..kena g clinic regular check up lagi... Sekarang kena p 2 minggu sekali..Makin dekat due makin nervous plak rasa.......Yang malasnya sebab kena menunggu berjam2 lamaya tunggu turn check up..Tapi yg bestnye tiap kali check up dapat dengar degupan jantung baby.Tak sabar nya nak tgk baby.

Baby Boy ke Baby Girl? Mana2 pun tak apa..Sebab anak sulung kan..Yg penting keluar dengan keadaan yg sihat..Alhamdulillah..

Hmm..Akhir2 ni HB low...HB 9..emm risau jugak... En.Hubby belikan kerang suh makan bg tambah darah..Sayuran hijau pun makan jugak..Buah-buahan pun makan..semua makanan yg berkhasiat je makan tapi still HB low....

~~Sharing Is Caring~~
Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
1.Sentiasa letih
2.Pening kepala atau pitam
3.Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
4.Warna kulit bertukar menjadi pucat
5.Penurunan berat badan
6.Kadar denyutan jantung yang cepat
7.Lemah daya ingatan

Antara punca masalah HB low
1.Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
2.Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
3.Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia


Supplement yang dicadangkan
Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.

Awas!!
Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi !

# SPONTANEOUS THURSDAY - Baby is Like Heaven

Tuesday, July 24, 2012

✿Ibu Mengandung Dan Bulan Puasa.....



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

24 July 2012 / 4 Ramadhan 1433h ….Hari ni dah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa.. Alhamdulillah.. First time dalam hidup merasa berpuasa sebagai ibu mengandung dengan usia kandungan kini 34 minggu..lagi 2 minggu masuk 9 bulan...memang sangat besar dugaannya.. Dengan letih yg ter amat sangat, dengan rasa sengal2 pinggang..kadang2 rasa sakit2…kaki bengkak lagi...huhu dugaan2..semoga kuat menjalankan ibadah puasa..harap tu dapat berpuasa penuh tahun ni..bulan puasa hanya sekali saja dalam setahun...memang superb la bagi wanita2 yg sedang mengandung berpuasa dibulan ramadhan (^^,)

Kepada Ibu2 mengandung disini ada sket info…..

::Sharing is Caring ツ

Puasa mengikut trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu. Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa. Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak. Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta. Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.


Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:

• Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi

• Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas

• Anemia/kekurangan darah semasa mengandung

• Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)

• Pesakit jantung

• Tumbesaran bayi yang terencat

• Mengalami perdarahan semasa mengandung.


Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.


Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

4. Jangan minum air sejuk atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Monday, July 23, 2012

Cukur Jambul...

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.

Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.
Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Monday, July 16, 2012

.....T0 Be a M0m ツ



·٠•●♥ Final Checklist To Hospital

Untuk Ibu
• Kad merah
• Kad pengenalan
• Handphone
• Baju/Blouse (better yg ada butang sebab memudahkan penyusuan)
• Kain batik
• Stokin
• Nursing Bra
• Sweater
• Tuala mandi
• Tuala muka
• Peralatan mandi(sabun,syampu,pencuci muka,berus gigi,ubat gigi)
• Maternity pad/pad biasa
• Selipar
• Sikat,Bedak,losyen
• Termos air panas
• Makanan/minuman (air masak,instant milo@horlick,kurma,biskut,roti)
• Bag plastik
• Hiburan(Majalah/buku/novel)

Untuk Baby
• Baby Diapers
• Baju
• Minyak Telon
• Baby wipes/wet tissue
• Tuala mandi
• Tuala kecil
• Stokin/sarung tangan baby
• Peralatan mandi
• Selimut
• Barut
• Topi

*Persediaan di labour room
• Dypers 1 pc
• Pakaian baby
• Napkin
• Tuala
• Selimut
• Kain batik ibu

·٠•●♥ Final Checklist Selepas bersalin

Keperluan Berpantang
• Set lepas bersalin
• Stokin
• Sweater
• Tungku
• Bengkung
• Selimut
• Minyak angin/urut
• Selipar

Keperluan Baby
• Baju lengan pendek
• Baju lengan panjang
• Seluar pendek
• Seluar Panjang
• Romper
• Stokin
• Sarung tangan
• Kain bedung
• Selimut
• Napkin
• Barut
• Topi
• Tuala mandi,Tuala kecil
• Wet tissue
• Diapers pakai buang (Newborn)
• Changing mat
• Detergent khas utk mencuci pakaian baby
*Pakaian minimum 5 helai

Baby Care & Grooming
• Bedak,losyen,mandian, minyak baby,syampoo
• Minyak telon
• Sikat
• Cotton bud
• Kapas muka (untuk bersihkan pusat)
• Set tilam, bantal baby

Penyusuan
• Termos air panas
• Botol susu
• Puting botol susu
• Botol Sterilizer
• Berus pencuci botol
• Cecair khas utk bersihkan botol susu
• Nipple cream
• Breast pump

Tuesday, March 6, 2012

OBSTETRIK & GINEKOLOGI


5 hb March 2012 (8.30am)- Appoinment with doc at Jabatan Obstetrik and Ginekologi HTF.
- 1st mesti cek urine..pastu timbang berat...then jumpa doc..tekanan darah tinggi plak...dengar la doc bagi kaunseling...lepas tu scan perut...MasyaAllah... Subhanallah terujanya tengok apa yg terpapar di skrin...terbentuknya kepala..badan..kaki tangan yg halus dan degupan jantung yg berdegup laju..dapat tengok anugerah Allah itu bergerak seperti melompat2..alangkah bahagianya kalo En.Suami ada dan lihat bersama...

11.00am - Selesai sesi kaunseling dan sesi soal jawab dengan doc..next appoinment bulan April plak. Tapi sebelum balik kena p amek spesimen darah plak... Sebanyak 2 picagari yg bersaiz besar ..Balik lebam la jugak huhu...Selesai semua baru boleh balik rumah..Lunch & rest...

3.00pm - Appoinment with nurse at Klinik kesihatan Desa...Urine lagi..pastu cek perut..dan sesi kaunseling je.. Pukoi 4 baru settle...balik rumah sambung rest je...Seharian rasa sangat2 letih huhu..

Thursday, March 1, 2012

Morning Sickness....

~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~

Lama xupdate blog...tak sihat huhu..muntah2..pening...hari ni baru boleh mai keja..kemarin kena cucuk tambah ayaq 1 botol...huhu...macam ni rasanya org mengandung..apa2 pun bersyukur sangat dapat suami yg penyayang yg sentiasa ambil berat... 'Love My Husband' Setiap apa saja dugaan yg berlaku tetap akan dilalui dengan tabah dan sentiasa berfikiran positif...Zuriat adalah anugerah yg amat berharga...Walaupun sakit demam susah ke kami berdua lalui bersama dan sedaya upaya cuba tidak menyusahkan orang lain atau merisaukan orang lain...

Masa sakit ni lah kita boleh nampak sapa kawan kita yg sebenarnya...sapa yg amek berat..sapa yg bagi nasihat yg positif..sapa yg hanya kutuk belakang..sapa yg pandai cakap je...emm biarlah kepada yg suka berfikiran negative tu kan...kita pikir yg p0sitive je..Thanks a lot my friend sebab amek berat dan banyak bagi kata2 semangat =)

Semoga hari yg mendatang dilalui dengan tabah dan bahagia... Amin

Thursday, February 9, 2012

Buku Merah


Apa buku merah tu?Buku yg berwarna merah la..bukan kad merah..Kelmarin baru daftar Buku Merah...Buku merah ni para ibu je yg ada..Sebelum tu dah tanya dah pada orang2 yg berpengalaman....Kena puasa malam sebelum pergi bukak buku merah...Awal pagi p klinik Desa yg berdekatan...Macam biasa la En.Suami temankan...Yuzy orang yg ketiga yg datang.Masa pendaftaran berlangsung ada sesi soal jawab dan khidmat nasihat oleh staff nurse yg bertugas..semuanya freindly..Pastu kena amek darah..lepas amek darah kena minum air gula 1 Gelas...lepas tu kena tunggu 2 jam untuk amek darah kali kedua lepas tu baru boleh balik...kesian En.Suami kena tinggu lama jadi En.Suami balik rumah dulu..next appoinment bulan depan.Lega rasa dah bukak buku merah..1st time pregnant jadi banyak benda yg tak tau..Sekurangnya nurse akan datang ke rumah buat pantauan sama ada bakal ibu dalam keadaan sihat atau tidak.Apa2 pun diharapkan sepanjang 6 bulan lebih akan datang segalanya dipermudahkan.Amin

Wednesday, January 11, 2012

Proses Kejadian bayi dari minggu ke minggu


Minggu 1 :
Minggu ini sebenarnya masih dalam tempoh period menstruasi, bahkan pembuahan pun belum terjadi. Sebab tarikh perkiraan kelahiran bayi dihitung berdasarkan hari pertama haid terakhir anda Proses pembentukan antara sperma dan telur yang memberikan informasi kepada tubuh bahwa telah ada calon bayi dalam rahim. Saat ini janin sudah memiliki segala bekal genetik, sebuah kombinasi unik berupa 46 jenis kromosom manusia. Selama masa ini, yang diperlukan hanyalah nutrisi (melalui ibu) dan oksigen. Sel-sel telur yang berada didalam rahim, berbentuk seperti lingkaran sinar yg mengelilingi matahari. Sel ini akan bertemu dengan sel-sel sperma dan memulakan proses pembuahan.5 juta sel sperma sekaligus berenang menuju tujuan akhir mereka iaitu menuju sel telur yang bersembunyi pada saluran sel telur. Walaupun sel sperma ini sangat banyak, tetapi pada akhirnya hanya 1 sel sahaja yang berjaya menembusi telur.Pada saat ini kepala sel sperma telah hampir masuk. Kita dapat melihat bahagian tengah dan belakang sel sperma yang tidak henti-hentinya berusaha secara tekun menerobos dinding telur.

Minggu ke-2 :
Pembuahan terjadi pada akhir minggu kedua. Sel telur yang telah dibuahi membelah dua 30 jam setelah dibuahi. Sambil terus membelah, sel telur bergerak di dalam lubang falopio menuju rahim. Setelah membelah menjadi 32, sel telur disebut morula.Sel-sel mulai berkembang dan terbahagi kira-kira dua kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya bertambah dan membantu blastocyst terpaut pada endometrium

Minggu 3:
Sampai usia kehamilan 3 minggu, Anda mungkin belum sedar jika sedang mengandung. Sel telur yang telah membelah menjadi ratusan akan menempel pada dinding rahim disebut blastosit. Ukurannya sangat kecil, berdiameter 0,1-0,2 mm.

Minggu ke-4 :
Kini, bayi berbentuk embrio. Embrio memproduksi hormon kehamilan (Chorionic Gonadotropin – HCG), sehingga apabila Anda melakukan test kehamilan, hasilnya positif. Janin mulai membentuk struktur manusia. Saat ini telah terjadi pembentukan otak dan tulang belakang serta jantung dan aorta (urat besar yang membawa darah ke jantung).

Minggu ke-5 :
Terbentuk 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas yang akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Lapisan Mesoderm berada pada lapisan tengah yang akan membentuk organ jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Lapisan Endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk usus, hati, pankreas dan pundi kencing.

Minggu ke-6 :
Ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari puncak kepala hingga punggung. Tuba saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski Anda belum bisa mendengar, jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, pucuk-pucuk kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai nampak.


Minggu ke-7 : Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Pucuk lengan mulai membelah menjadi bagian bahu dan tangan yang mungil. Jantung telah dibahagi menjadi bilik kanan dan bilik kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

Minggu ke 8 :
Panjang kira-kira 14-20 mm. Banyak perubahan yang terjadi pada bayi Anda. Jika Anda boleh melihat , hujung hidung dan kelopak mata mulai berkembang, begitu pula telinga. Brochi, saluran yang menghubungkan paru-paru dengan tenggorokan, mulai bercabang. Lengan semakin membesar dan ia memiliki siku. Semua ini terjadi hanya dalam 6 minggu setelah pembuahan. Bayi sudah mulai terbentuk diantaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada dibawah membran kulit yang tipis. Anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun belum sempurna


Minggu ke-9 :
Telinga bagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, Anda boleh mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.

Minggu ke-10 :
Semua organ penting yang telah terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru diproduksi setiap minit. Ia mulai nampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.

Minggu ke-11 :
Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap. Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah boleh mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah keadaan bayi yang sebigini akan mengakibatkan si ibu kerap terasa sakit akan tetapi sedikit sebanyak memberi rasa sensasi kebahagiaan tersendiri.

Minggu ke-12 :
Bentuk wajah bayi lengkap, ada dagu dan hidung kecil. Jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Akibat meningkatnya volume darah ibu, detak jantung janin boleh jadi meningkat. Panjangnya sekitar 63 mm dan beratnya 14 gram. Mulai proses penyempurnaan seluruh organ tubuh. Bayi membesar beberapa millimeter setiap hari. Jari kaki dan tangan mulai terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata.

Minggu ke-13 :
Pada akhir trimester pertama, plasenta berkembang untuk menyediakan oksigen , nutrisi dan pembuangan sampah bayi. Kelopak mata bayi merapat untuk melindungi mata yang sedang berkembang. Janin mencapai panjang 76 mm dan beratnya 19 gram. Kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar pembesaran kepala.

Minggu ke-14 :
Tiga bulan setelah pembuahan, panjangnya 80-110 mm dan beratnya 25 gram. Lehernya semakin panjang dan kuat. Lanugo, rambut halus yang tumbuh di seluruh tubuh dan melindungi kulit mulai tumbuh pada minggu ini. Kelenjar prostat bayi laki-laki berkembang dan ovarium turun dari rongga perut menuju panggul.
Detak jantung bayi mulai menguat tetapi kulit bayi belum tebal karena belum ada lapisan lemak

Minggu ke-15 :
Tulang dan sumsum tulang di dalam sistem kerangka terus berkembang. Jika bayi anda perempuan, ovarium mulai menghasilkan jutaan sel telur pada minggu ini. Kulit bayi masih sangat tipis sehingga pembuluh darahnya kelihatan. Akhir minggu ini, beratnya 49 gram dan panjang 113 mm. Bayi sudah mampu menggenggam tangannya dan mengisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup

Minggu ke-16 :
Bayi telah terbentuk sepenuhnya dan memerlukan nutrisi melalui plasenta. Bayi telah mempunyai tulang yang kuat dan mulai boleh mendengar suara. Dalam proses pembentukan ini sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Janin mulai bergerak ! Tetapi tak perlu kuatir jika anda tak merasakannya. Semakin banyak kalsium yang disimpan dalam tulang bayi seiring dengan perkembangan kerangka. Bayi Anda berukuran 116 mm dan beratnya 80 gram.

Minggu ke-17 :
Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak cokelat mulai berkembang, untuk menjaga suhu tubuh bayi setelah lahir. Tahukah anda ? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari jumlah keselurhan berat badannya. Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentuk

Minggu ke-18 :
Pada minggu ini, anda boleh dan digalakkan untuk berbual bicara dengan bayi. Bernyanyi dan bersenandung juga digalakkan. Bagi muslim adalah lebih afdal diperdengarkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Ini kerana janin sudah boleh mendengar pada minggu ini. Ia pun boleh terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan senter/scanner yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram. Bayi sudah boleh melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.

Minggu ke-19 :
Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, semacam lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik kerana ia mampu membuat gerakan sedar seperti menghisap ibu jari. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.

Minggu ke-20 :
Setengah perjalanan telah dilalui. Kini, beratnya mencapai 260 gram dan panjangnya 14-16 cm. Dibawah lapisan vernix, kulit bayi mulai membuat lapisan dermis, epidermis dan subcutaneous. Kuku tumbuh pada minggu ini. Proses penyempurnaan paru-paru dan sistem pernafasan. Pigmen kulit mulai terlihat

Minggu ke-21 :
Usus bayi telah cukup berkembang sehingga ia sudah mampu menyerap atau menelan gula dari cairan lalu dilanjutkan melalui sistem pencernaan manuju usus besar. Gerakan bayi semakin pelan kerana beratnya sudah
340 gram dan panjangnya 20 cm

Minggu ke-22 :
Panca Indera yang akan digunakan bayi untuk belajar berkembang setiap hari. Setiap minggu, wajahnya semakin mirip seperti saat dilahirkan. Perbandingan kepala dan tubuh semakin proporsional.

Minggu ke-23 :
Meski lemak semakin bertambah di dalam tubuh bayi, kulitnya masih kendur sehingga nampak kerepot. Ini kerana produksi sel kulit lebih banyak dibandingkan lemak. Ia memiliki kebiasaaan “berolahraga”, menggerakkan otot jari-jari tangan dan kaki, lengan dan kaki secara teratur. Beratnya hampir 450 gram
Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.

Minggu ke-24 :
Paru-paru mulai mengambil oksigen meski bayi masih menerima oksigen dari plasenta. Untuk persiapan hidup di luar rahim, paru-paru bayi mulai menghasilkan surfaktan yang menjaga kantung udara tetap mengembang . Kulit bayi mulai menebal

Minggu ke-25 :
Bayi cegukan, apakah Anda merasakannya? Ini tandanya ia sedang latihan bernafas. Ia menghirup dan mengeluarkan air ketuban. Jika air ketuban yang tertelan terlalu banyak, ia akan cegukan.
Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi bayi yang semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indera penciuman bayi sudah semakin membaik karena di minggu ini bagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670 gram dengan tinggi badan 34-37 cm.

Minggu ke-26 :
Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi, si ibu boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin si ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780gram, sedangkan tingginya 35-38 cm.

Minggu ke-27 :
Minggu pertama trimester ketiga, paru-paru, hati dan sistem kekebalan tubuh masih harus dimatangkan. Namun jika ia dilahirkan, memiliki peluang 85% untuk bertahan. Panca Indera perasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. Berat umum bayi adalah 870-890 gram dengan tinggi badan 36-38 cm.

Minggu ke-28 :
Minggu ini beratnya 1100 gram dan panjangnya 25 cm. Otak bayi semakin berkembang dan meluas. Lapisan lemak pun semakin berkembang dan rambutnya terus tumbuh lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar boleh dapat bertahan hidup.


Minggu ke-29 :
Kelenjar adrenalin bayi mulai menghasilkan hormon seperti androgen dan estrogen. Hormon ini akan menyetimulasi hormon prolaktin di dalam tubuh ibu sehingga membuat kolostrum (air susu yang pertama kali keluar saat menyusui). Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah boleh mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39 cm.

Minggu ke-30 :
Lemak dan berat badan bayi terus bertambah sehingga bayi sekarang sekitar 1400 gram dan panjangnya 27 cm. Kerana ia semakin besar, gerakannya semakin terasa Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Saat ini waktu yang terbaik bagi si ibu untuk menggerak-gerakan senter tersebut maka mata bayi sudah boleh mengikuti ke arah mana senter tersebut bersinar. Cairan ketuban (amniotic fluid) di rahim si ibu juga semakin berkurang. Kini si kecil pun sudah mulai memproduksi air mata. Berat badan bayi 1510-1550 gram, dengan tinggi 39-40 cm.


Minggu ke-31 :
Plasenta masih memberikan nutrisi yang dibutuhkan bayi. Aliran darah di plasenta memungkinkan bayi menghasilkan air seni. Ia berkemih hampir sebanyak 500 ml sehari di dalam air ketuban Perkembangan fisik bayi sudah mulai melambat pada fase ini, hanya berat badan bayilah yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosfor. Berkebalikan dengan
perkembangan fisiknya, pada fase ini perkembangan otaknyalah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan muzik, bayi akan bergerak. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43 cm.

Minggu ke-32 :
Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai gugur tetapi sebahagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini. Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi sudah mula boleh bermimpi, .

Minggu ke-33 :
Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mula boleh berkoordinasi antara lain, bayi sudah menghisap ibu jarinya dan sudah boleh menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi sudah boleh mengambil nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.

Minggu ke-34 :
Bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh si ibu sedang mengirimkan antibodi melalui darah si ibu ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih rinci pada saat bunda mulai menyusui. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-46 cm.

Minggu ke-35 :
Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mulai memenuhi rahim si ibu. Apabila bayi laki-laki maka di bulan ini testisnya telah sempurna. Berat badan bayi 2300-2350 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-47 cm.

Minggu ke-36 :
Kulit bayi sudah semakin halus dan sudah menjadi kulit bayi. Lapisan lemak sudah mulai mengisi bagian lengan dan betis dari bayi. Ginjal dari bayi sudah bekerja dengan baik dan livernya pun telah memproduksi kotoran. Saat ini paru-paru bayi sudah bekerja baik bahkan sudah siap bertemu dengan si ayah dan si ibu. Berat badan bayi 2400-2450 gram, dengan tinggi badan 47-48 cm

Minggu ke-37 :
Kepala bayi turun ke ruang pelvik. Bentuk bayi semakin membulat dan kulitnya menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah 5cm. Kuku terbentuk dengan sempurna. Bayi sudah boleh melihat adanya cahaya diluar rahim. Bayi pada saat ini sedang belajar untuk mengenal aktiviti harian, selain itu bayi juga sedang belajar untuk melakukan pernafasan walaupun pernafasannya masih dilakukan di dalam air. Berat badan bayi di minggu ini 2700-2800 gram, dengan tinggi 48-49 cm

Minggu ke-38 hingga minggu ke-40 :
Proses pembentukan telah berakhir dan bayi siap dilahirkan.

Info Dari http://khayranyfadzlyny.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...