Wednesday, October 19, 2011

1 Now, 1 Nescafe


Kenapa saya suka minum Nescafe ..Why?
Its because The nescafe ad must have great impact on consumer..
Sebab…Aromanye memukau….
Sebab rasanya enak..
Sebab Awet Muda
Sebab dapat hilangkan rasa mengantuk...

Sebab rasa bertenaga..
Sebab …..
Nescafe dihasilkan dari bijian kopi asli yang dipanggang, divakum, disejukkan dan dikeringkan sehingga terhablur serta terbitnya aroma yang memukau.

Nescafe adalah sejenis minuman yg berkafein.Kafein sebenarnya meningkatkan kadar plasma darah dari asam lemak bebas, adrenalin dan kortisol.

Pengambilan nescafe memberi manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang individu daripada penuaan atau awet muda.

Hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan nescafe berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi (penggemar garam) dan menjadi antioksida seperti mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.
Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari.
Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung
Berdasarkan fakta-fakta di atas, ternyata Nescafe ada banyak manfaat kebaikan daripada keburukkan.I wonder why people dislike nescafe..Too bad, no nescafe for them unless it's decaffeinated.. I think so..


Like for Nescafe

# Wordless Wednesday- Current Mood

Tuesday, October 18, 2011

Biase je…Biase je…

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

TEGURAN

Yang Biasa

- Bos tegur staff – biasa lah tu salah sikit kena tegur “xreti buat kerja ke?” kadang2 tu ada setengah Bos yg sengaja nak hentam staff padahal boleh je cakap elok2..tegur elok2..sebagai bos mesti la tunjukkan contoh yg baik supaya staff tak lari sebab tak tahan kena marah.

Luar Biasa
- Staff tegur bos – macam mana nak tegur bos? “Bos..tak reti tegur elok2 ke,bukan sya xreti tapi bos yg xfaham bahasa?” sah kena maki hamun ngan bos..kita sama-sama hanyalah insan biasa.tak salah pun cakap elok2kan.

Yang Biasa
- Cikgu tegur pelajar – “Mamat kenapa malas sgt but kerja sekolah?” lebam lengan mamat kena cubit.berbirat tapak tangan mamat kena rotan.Sebabnya mamat malas buat kerja sekolah.tegur xsalah tapi sampai lebam anak org ape kes..?kalo nak pelajar rajin buat kerja sekolah cikgu kena buat sesuatu..merotan pelajar bukan jalan penyelesaiaannya.sbg cth:- bg anugerah pd pelajar cemerlang dlm kelas.dapat adiah kotak pensel pun pelajar dah hargai taw..

Luar Biasa
- Pelajar tegur Cikgu – “Cikgu kenapa malas masuk kelas ajar kami?” aikk cikgu malas ajar budak2 ade ke?ade je contohnya cikgu2 yg ada bisnes sampingan yg lebih menguntungkan dari masuk kelas mengajar.. Cikgu @ Guru telah diertanggungjawabkan oleh ibubapa bagi mendidik anak bangsa supaya berjaya mana boleh cikgu2 amek mudah xdatang mengajarkan..

Yang Biasa
- Mak Ayah yg tegur – “Abu jangan main kat longkang nanti jatuh?” “Ali jangan balik lewat hantu tangkap nanti?” cakap itu satu doa..Kata2 seorang ibu selalu dimakbulkan.Doakan lah anak2 dengan kata2 yg baik..tegur elok2..baru anak itu menjadi anak yg soleh.

Luar Biasa
- Anak yg tegur – “Mak basuh baju macam mana ni kotor lg?” “Mak ni bising la…cakap banyak je?” Kata2 anak2 yg menguris hati dan perasaan ibubapa dikira derhaka taw..jadi cakap elok2 sejuk perut mak mengandung.


Setiap teguran mesti bersebab..tak kan la org saja2 nak tegur kan..Cuba buat yg terbaik demi tak ditegur.Anggaplah setiap teguran itu adalah nasihat untuk kebaikan diri sendiri. Tak dak sapa pun yg sempurna dlm dunia ni. Sentiasa berfikiran positive k.



Gatai tapak tangan kanan plak masa menaip ni.. org kata nak dapat duit <---tiba2 plak kan muahahaha…peace ツ

Friday, October 14, 2011

Sediakan Tisu sebelum baca ....

Mana Mak?

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.


Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Laugh Out Loud ツ


From:- http://gelihati.blogspot.com/

Mamat pergi dengar motivasi
Seorang Motivator berkata: "Tahun-tahun terbaik dalam hidupku ku habiskan bersama seorang wanita yang bukanlah istri ku."

Hadirin terkejut dan terpaku...

Ia kemudian menambah , "Ia adalah ibuku."

Hadirin kemudian bertepuk tangan dengan gemuruh dan tertawa.

Mamat yang baru saja mengikuti seminar tersebut, kemudian mencuba hal ini di rumah. Setelah makan malam, ia berkata dengan lantang di depan istrinya di dapur,

"Aku menghabiskan tahun-tahun terbaik hidupku bersama seorang wanita yang bukan istriku."

Ia berhenti sejenak memejamkan matanya, cuba mengingati kalimat terakhir sang Motivator... Ketika Mamat membuka mata, ia mendapati dirinya terbaring di tempat tidur hospital, baru saja mendapatkan rawatan akibat siraman air panas...

Moral of the story:
Don't copy, if you can't paste


Kisah Mat Rempit
Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Derma tabung surau

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu .

Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


Kisah Pak Pandir
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...

Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)

Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.

Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.

Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..

Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?

Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)

Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?

Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….

Doktor : Kenapa dengan sudu?

Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!

Doktor : ???????

Thursday, October 13, 2011

What should to do?

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dear Bloggers & readers...
How to find it the real meaning of success? isnt Just to go through the squeeze around of life? or just hide ourself or just like a shadow 0r just let it be or what?What should to do? Emm speaking la plak dah..broken language je banyak huhu..


Everybody has his or her place; life is measured by the way in which it is perceived subjectively and individually for each of us.

Who’s to say your situation is bad save yourself, how can anyone else expect more from you than you can, diri sendiri ke?

How much stock do you put in the position you find yourself in at anyone time, when it is measured only by the experience you’ve lived through to get there. Which strengthens you should you face similar adversaries, during your inevitable ascent through life.

Initially everyone tries to achieve what they want, they do what they love. But at the end you should love what you do, you should be happy with what you have. once you start complaining about life you will never become satisfied in life. Last but not the least its all in our mind.

The wheels keep on turning one way or another… Be humbled by your spot in the machine, and know you are as important as everything else within the design.

It's time to define the new era. Our faith has been shaken. We've lost confidence in our leaders and in our institutions. Our beliefs have been tested.There's a way out. Instead of focusing on what's next , let's get back to what's first and What ever you do where ever you go just be yourself.

Life moves on faster then you can keep up

Formula for success: rise early, work hard, strike oil.
J. Paul Getty

Ada Masa Kadang- Kadang...

Ada Masa Kadang – Kadang kita Buat2 tak tahu je walaupun kita tahu sesuatu perkara tu. “Merendah Diri
contohnya :- kawan kita Baru dapat sesuatu info dengan semangat yg berkobar2 dia menceritakan pada kita info tersebut padahal kita dah tahu dah info tu. Jadi kita buat2 xtahu je konon2nye kita xtaw apa2.

Ada Masa Kadang – Kadang Kita xtahu apa2 tapi Malu nak tanya. “Bodoh Sombong
Contohnya:- Seorang pelajar ni memang bijak dlm kelas.tapi pada suatu hari datang seorang pelajar baru yg lebih bijak darinya.Cikgu bg soklan math tapi pelajar ni xtahu macam mana nak buat tapi malu nak bertanya kpd cikgu krn mahu tunjuk kehebatan kpd pelajar baru.---> kalo xtahu tu tanya je..xsalah pun..bukan kena bayar pun..kan?

Ada Masa Kadang – Kadang Kita xtahu apa2 tapi xtanya sapa2 pun kita redah je buat pala taw. “Belajar dari kesilapan
Contohnya:- Seorang budak hendak pergi ke kedai runcit di kawasan perumahannya tetapi tidak tahu kemana arah tuju untuk ke kedai runcit kerana baru berpindah ke kawasan tersebut.Nak bertanya tapi tak dak sapa2 plak.jadi budak tersebut redah je buat pala taw cari kedai akhirnya jumpa jugak.

Ada Masa Kadang – Kadang tu ada yg memerlukan pertolongan kita tapi kita buat xtahu je. “Pertolongan yg tak diminta
Contohnya:- Kawan kita xtahu nak buat tugasan yg diberikan tetapi cuba bertanya pada kawan yg sorang lg depan kita tanpa bertanyakan pada kita padahal kita tahu tentang tugasan tersebut walaupun kawan yg sorang lg pun xtahu nk buat . ‘dah org xnak kita tolong buat apa nk tolong..kan?’

Ada Masa Kadang – Kadang kita bg info betul dan tepat dah tapi still xbetul. “Mangsa keadaan
Contohnya:- Seorang Cikgu memberitahu ketua kelas bahawa beliau tidak dapat masuk ke kelas hari ini kerana ada meeting. 2 minit selepas Cikgu kebetulan terserempak dengan penolong ketua kelas dan memberitahu bahawa beliau akan masuk ke kelas dlm masa 5 minit lg kerana meeting ditunda. Ketua kelas dan Penolong ketua kelas kebetulan masuk kedalam kelas pada waktu yg sama dan memberitahu pesanan dari cikgu mereka.
Ketua Kelas, “Cikgu xmasuk kelas hari ni , Semua pelajar diminta diam”
Penolong Ketua Kelas, “Cikgu akan masuk dlm masa 5 Minit lg,semua pelajar diminta duduk ditempat masing2”
Pelajar2 lain nak dengar cakap siapa? 10minit kemudian Cikgu pun masuk kelas mengajar..Jadi siapa jadi mangsa keadaan?

Ada Masa Kadang – Kadang kita meng ia kan sesuatu yg tidak. “Menjaga Hati” Contohnya:- Nuri masak sarapan pg sebagai bekalan kpd Tunangnya.walaupun xsesedap mana tunangnya hanya meng ia kan je “..Sedap” demi menjaga hati Nuri krn keikhlasan membuat sarapan untuknya.

Ada masa Kadang- kadang tu kita kadang – kadang ada banyak masa kadang – kadang xdak masa langsung… Peace

#5 SPONTANEOUS THURSDAY

ɐʇɐ⋊ ɐɹɐıʇnƜ - Mutiara Kata





Monday, October 10, 2011

Target Belanjawan 2012

Entry kali ini adalah berkaitan dengan Belanjawan..7 Oct lepas PM dah umumkan Bajet 2012 (KLIK SINI) semua kelebihan adalah berpihak kepada penjawat Awam tapi bagaimana plak dengan pekerja Swasta? Caruman majikan dalam Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) dinaikkan kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.ok la tu kan...Tiap Tahun harga barang di negara kita semakin meningkat .Adalah sgt penting bagi kita sentiasa berjimat cermat supaya kita dapat mengawal keadaan kewangan kita. Pada awal tahun 2012 eloklah tetapkan azam baru dengan berjimat cermat.. Buat target untuk berjimat dan laksanakan supaya target anda tercapai.. Sekadar ingin berkongsi beberapa tips mudah dengan anda semua tentang cara berjimat-cermat.

1.Rancang kewangan

- Gaji Tiap2 Bulan cuba plan la nak guna untuk apa ( Bil Api, Bil Air,brg dapo,dll)

2.Amalan Menabung

- Bajet le bulan ney nak simpan brapa. Digalakkan simpan dlm ASB.

3.Bijak menggunakan kenderaan
- Buat peruntukkan untuk Minyak kereta / Moto Untuk sebulan.

4.Jimatkan penggunaan air dan elektrik
- Lepas guna Lampu ke Kipas ke Air Cond ke tutup balik suis/paip air.

5.Kurangkan pembelian barangan berjenama
- Nak beli xsalah tapi cuba kurangkan bukan rugi pun..

6.Beli barangan secara borong
-Digalakkan supaya membeli barangan secara borong.Borong siap2 barang untuk sebulan.. kan lebih jimat.

Kesimpulannya..Jimat Cermat amalan yang mulia ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...