Saturday, April 16, 2011

SIFAT YG DIPUJI

K0rang taw x apa Sifat yg dipuji? KESABARAN <---- ya itulah yg kita cari....

Kesabaran @ org utara seb0t SABAQ ialah sifat yg dipuji 0leh suma AGAMA dan diakui kebaikannya 0leh para ILMUAN,RAJA dan pentadbir. Org yg sabar menerima segala cabaran dengan TENANG,MEMIKIRKAN DENGAN TERATUR dan JIKA TIMBUL MASALAH IA TIDAK PUTUS ASA.
Semangat ketabahan yg ada pada seorang penyabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas.



  • Keberaniannya menghadapi dugaan dan


  • Kepercayaannya terhadap matlamat yg harus dicapai.


Ia sebenarnya mempunyai wawasan yg jelas & hanya mengatur langkah2 yg sesuai utk mncapai wawasan itu.Kelakuan gopoh-gapah xmembawa apa2 keuntungan,malah akan mengusutkan keadaan hingga segala keadaan mnjadi kucar-kacir dan rumit.



Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:-



"Sabar itu salah satu drp cabang iman seperti kpd sebahagian drp tubuh badan."



Begitu penting dan utamanya kesabaran itu jelas digambarkan sbg kepala sesuatu badan.



Amalan P0sitif





  1. Tenang menghadapi maslah rumit.


  2. Tahan Menerima Cabaran.


  3. Pemaaf dan berhemah tinggi.


  4. Cermat dalam tutur kata.


Amalan Negatif





  1. Selalu Mengubah pendirian dan keputusan.


  2. Tidak sanggup berkorban.


  3. Takutkan cabaran.


  4. Lekas mengalah.


  5. Berpandangan sempit.


  6. Tidak tahan menghadapi kesusahan.


  7. Tidak bertanggungjawab.

'fight fright or flight'

Petikan dari HalaQah:-






"Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga...."


Faktor dalaman yang menjadi reaksi terhadap rangsangan bukan perkara kecil dan kita boleh faham mengapa ada ayat al-Quran yang berbunyi

"Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum kecuali mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."


Apabila reaksi terhadap rangsangan luaran tidak sesuai, maka kita akan kurang berkesan dalam menangani masalah dan asam garam hidup. Kita mula menyalahkan nasib malang dan tidak melihat ini sebagai masalah diri yang perlu ditingkatkan. Maka, rangsangan dan tindakbalas yang dilakukan menjadi tidak sesuai.






Apakah strategi yang mudah kita lakukan untuk menangani tekanan.




  • - Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.






  • - Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan reda atas segala dugaan serta sentiasa melihat kepada kelebihan, jangan memikirkan kekurangan.






  • - Mengenali reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melakukan teknik pernafasan melalui latihan jasmani (breathing exercise) dan rohani melalui tafakur.






  • - Ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain, dia tidak seperti yang kita sangka, sebab perangai dan perbuatannya lain daripada hakikat. Terimalah hakikat dan buangkan pengharapan kita. Terimalah semua manusia seadanya. Terimalah perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan bertata susila.






  • - Faham bahawa kita boleh mengubah diri sendiri dan hanya dengan perubahan diri yang kita dapat menangani emosi dan keadaan apa juga pun. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain.






  • - Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan doa. Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini.






  • - Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasulullah bersabar dengan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu.




Namun, Baginda berdoa :"Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan."Selepas mengetahui faktor emosi dalam evolusi penyakit, jelas bahawa kesihatan kita bergantung kepada suatu perubahan dalam diri untuk menjadi seorang beriman dan bertaqwa serta penuh pergantungan kepada Allah.






Inf0 di atas adalah tentang "TEKANAN EMOSI" masalah jiwa setiap manusia menghadapinya sama Undercontrol @ tak je... Renung2kan..



By:Yuzy

Thursday, April 14, 2011

Artikel Cinta























Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari intanjiyana di Forum Tentang Cinta.




RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."




Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.




Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.




Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.




Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.




Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.




Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.




Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."




Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Wednesday, April 13, 2011

Toing..T0ing..T0inG....




emmm.....N0 Words t0 Say...

Kerap sgt Pening Pala Skang ney huhu..

BAnyak pikir k0t...

Tuesday, April 12, 2011

Dimana-Dimana

Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A a a ah

Ho o ooo, Kaulah penebus cintaku
Ho o ooo Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho wo wooo

Ho o ho o o oooo Oh
Hanyalah kamu di hatiku

Thursday, April 7, 2011

Kita Manusia Biasa

KAWAN - KESETIAAN

MUSUH - KEMAAFAN

KETUA - PERKHIDMATAN

YANG MUDA - CONTOH TELADAN YANG BAIK

ORANG TUA - HARGAI BUDI DAN JASA MEREKA

PASANGAN - CINTA DAN KESETIAAN

MANUSIA - KEBEBASAN


Wednesday, April 6, 2011

Aku dan Kafein

K0pi Secawan....

BAru bertenaga sket...Baru P0wer kan hehe...

Nescafe...Favourite Yuzy...

Walaupun taw pahit sanggup ku telan..muahaha...

Yuzy dan Kafein...macam2 produk dlm pasaran Malaysia yg berunsurkan Kafein..., Coffee Mix, Pearl Kacip Fatimah, Ali Cafe,Supper Power, Nescafe, Kopi Cap Kapal Api... suma ada kafein.. Family Yuzy bole katakan suma suma minum k0pi kecuali angah adik ngan papa je....actually Yuzy nak cakap kurangkan minum@pengambilan ape je bentuk kafein dalam minuman harian sebabya adalah......


1st kita kena taw apadia kafein Kafein adalah bahan kimia aktif jadi yang terdapat dalam daun, atau biji tumbuhan. Kafein mempunyai rasa yang sangat pahit. Kafein banyak terdapat dalam minuman terutamanya kopi, teh dan coklat. Apabila diambil, kafein akan meransang sistem saraf manusia, lalu meningkatkan kepekaan, memberikan tenaga tambahan dan tahan mengantuk. kandungan bahan kimia dalam kopi kebanyakan orang minum kopi sebab nak hilangkan rasa mengantuk dan buat otak rasa segar. betol tuu...aku sendiri rasa...kesan disebalik pengambilan kafein yang berlebihan dalam badan? akan mengalami kesan sakit kepala dan pening2 akibat dari pengambilan kafein dan tak cukup tido.



Nidia kesan-kesan pengambilan kafein yang berlebihan dalam badan.

1) kehilangan kalsium dalam badan. kalsium membantu menguatkan tulang@mengelakkan dari terkena penyakit osteoporosis(tulang rapuh). Minum susu la tmbh calcium...


2) Tention, gugup.. cuma xgagap je hehe..bagi mereka yang tengah tension atau mudah gugup tak digalakkan mengambil kafein sebab kafein ni boleh meningkatkan lagi perasaan gugup dan tekanan.hal ini berlaku pada Yuzy...huhu

3) kuat kencing. opss jangan salah faham..bukan "Kuat Kencing" tapi kerap kencing..ulang alik ke toilet.

4) Badan penat dan lesu. sebabnye xck0p tido n xck0p rest.

5) Sakit kepala n Pening ..ini bergantung kepada kekuatan anti body masing2 yea..kal0 Yuzy xdak la pening ke skt pala ke...1 hari b0le minum nescafe 4 ke 5 kali pun still ok. ~



Kepada Penggemar Nescafe @ k0pi....kalau bole tu kurangkan sket pengambilannye yea.. cuba k.. Untuk Kesihatan diri Sendiri jugak ..~

Penghargaan Buatmu Sayang

I L0VE Y0U
I MISS Y0U
I NEED Y0U
Kata-kata biasa bagi dua insan yg sedang BENCINTA
Janji mahligai bagai...
Gunung-Ganang sanggup didaki..
Lautan Dalam sanggup direnangi..
Cinta sampai mati..
Sayang sepenuh hati...
Setiap masa merindui..
Cinta itu satu perasaan yg unik.
Kita dah dpt pasangan yg bet0l2 SAYANGkan kita...
Kita dah dpt pasangan yg ikhlas CINTAkan kita...
Kita dah dpt pasangan yg sgt2 SETIA pada kita...
Kita dah dpt pasangan yg xbole hidup tanpa kita...
Hargailah pasangan kita...
Cubalah jangan sakiti hati pasangan kita ...
Kelak akan menyesal kalo kita xhargai pasangan kita yg ikhlas dlm hubungan..
Tuhan itu Maha Adil dan Bijaksana..
Dugaan hidup semua ketentuanNYA..
Kita hanya pinjaman sementara didunia ney.
Jadi hargailah pasangan kita..
Ajal Maut Ditangan Tuhan..
Bila insan yg disayangi telah tiada baru lah kita rasa ..
KEHILANGAN
KESUNYIAN
PENYESALAN
Yang xsudah sebab kita xmenghargai pasangan kita seadanya.
Sekian~
 
 

Tuesday, March 29, 2011

Itu Ini Sana Sini

Banyak benda nak pikir...
Banyak benda nak kna buat...
Pening2...kesana kesini...penat2...
semakin hari semakin dekat saat yg dinantikan..
Preparation banyak lagi nak kena buat...
itu xcuk0p lagi.ini xbeli lagi...
itu xtempah lagi...
H0pefully segalanya berjalan dgn lancar..

Wednesday, March 23, 2011

PETUA-PETUA KAHWIN

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Urut belakang isteri sekali sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belai isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Pergi berkelah sekali sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...