Thursday, April 21, 2011

Mutiara Kata pagi Khamis 21hb Apr 2011

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”(La Roche)

Wednesday, April 20, 2011

Rezeki HALAL Rezeki HARAM

Petikan Artikel:-
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Rezekihalalrezekiharam/Article/index_html


BEKERJA dan berusaha mencari sumber kehidupan mesti dilakukan dalam kerangka yang dibenarkan agama. Walaupun Islam mewajibkan umatnya bekerja dengan gigih dan berdedikasi, pencarian sumber kehidupan tersebut seharusnya selari dengan aturan yang dibenarkan agama saja. Ini termasuk aspek melibatkan minuman memabukkan seperti arak.

Sebenarnya Islam bukan saja mengharamkan umatnya minum arak, tetapi juga segala perkara yang berhubungkait dengan penghasilan dan pemprosesan arak. Mungkin sesetengah kita beranggapan mereka hanya bekerja, tetapi tidak terlibat dengan meminumnya. Ini salah dan amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Dalam hal ini, ada baiknya kita telusuri apa yang pernah disampaikan Ibnu Mas’ud yang katanya: “Telah dilaknat dalam (urusan) khamar itu, seramai sepuluh orang, iaitu orang yang memerah yang diminta diperahkan, yang meminumnya, yang memberi minuman, orang yang bertugas menghantar, yang membekal, yang menjual, yang membeli dan juga yang menyimpannya.”

Ini kategori manusia yang dikira terlibat secara langsung dengan arak. Jadi, bekerja di premis pemprosesan arak termasuk dalam sepuluh jenis manusia yang akan mendapat laknat Allah sebagaimana digariskan Ibnu Mas’ud tadi.

Walauapapun tarikan berupa kebendaan dan upah lumayan, sebagai umat Islam kita ditegah sama sekali terlibat dalam industri pengeluaran arak. Ini kerana segala hasil pendapatannya juga akan termasuk dalam kategori sumber yang haram. Sanggupkah kita makan dan memberi makan anak isteri dengan hasil sumber yang haram?

Amat malang seandainya ada di kalangan umat Islam masih setia dan sayang dengan pekerjaan di indusrti haram seperti kilang memproses arak atau di premis penjualan arak. Ini kerana senario sebegini sangat mengaibkan maruah agama.

Dunia alam jagat ini terlalu luas dengan sumber rezeki yang dibentangkan Allah untuk setiap makhluknya. Yang dilarang sedikit saja sedangkan yang halal terlalu banyak. Yang haram itu jelas terkandung hikmahnya baik dari segi akidah mahupun ditinjau dari sudut sains perubatan ataupun dikaji dari sudut psikologi sosial.

Dalam Surah Al-Maidah ayat 88, Allah mengarahkan kita makan daripada sumber rezeki halal saja. Firman Allah: “Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.”

Kita mesti melihat makna perintah Allah ini dalam skop yang luas dan seharusnya mencakupi ruang lingkup bekerja dengan industri arak itu sebagai sumber pendapatan berasaskan yang haram. Justeru, mukmin yang bertakwa akan mencuba sedaya upaya memastikan dirinya tidak terlibat langsung dalam sesuatu kerja yang berasaskan arak.

Seandainya ada yang terlibat selama ini, sewajarnya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan dengan menggantikannya dengan usaha pekerjaan yang halal. Dengan terus membiarkan diri bergelumang dalam industri haram itu bermakna membiarkan diri terus tenggelam dalam maksiat dan kerja haram.

Hanya taubat akan memadamkan segala dosa yang lepas. Mukmin yang benar-benar beriman tidak akan sama sekali meletakkan dirinya ke dalam sesuatu yang haram yang ditegah Allah. Jangan meremehkan larangan Allah dalam kehidupan beragama dan ini termasuklah bersubahat dalam sesuatu urusan kerja yang berbentuk haram.

Sebagai mukmin sewajarnya mengambil pesanan Abdullah bin Mas’ud yang pernah mengatakan begini: “Orang mukmin itu menganggap dosanya seperti dia sedang duduk di bawah gunung dan selalu takut kalau-kalau gunung itu jatuh menimpanya, sedangkan orang fujir (pendosa) menganggap dosanya seperti lalat yang menempel di hidungnya lalu (dengan mudah) dia dapat mengusir lalat itu dengan tangannya.”

Sesungguhnya orang yang melakukan sesuatu dosa selain perilaku syirik dan menyekutukan Allah akan diampun-Nya melalui kesungguhan taubat dan tidak mengulangi kesalahan yang lepas.

Dalam Surah Asy-Syura ayat 25-26 Allah berfirman yang bermaksud, “Dialah yang menerima taubat hamba-hamba-Nya dan mengampuni seluruh dosa dan mengetahui apa-apa yang kamu perbuat dan menerima ibadah orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan menambah kepada mereka kurnia-Nya. Dan orang-orang yang kufur bagi mereka siksa yang pedih.”

Imam Muslim, tokoh perawi hadis sahih ada mengatakan: “Mencari rezeki halal dianggap ibadah dan pahalanya menyamai pahala syahid di medan perang.”

Ini wasiat buat kita semua agar sentiasa berusaha mencari sumber rezeki di jalan yang halal, suci lagi diberkati Allah. Saidina Ali Abi Talib melalui lidah bestarinya pernah melontarkan kata-kata ini buat kita semua, “Yang halal di dunia ini pasti akan dihisab dan yang haram tempatnya pasti di neraka.”

“Justeru saudaraku seagama, berhati-hatilah dengan apa sahaja yang kita usahakan supaya tidak terhumban ke lembah yang haram sekali gus mempalitkan dosa dan kemurkaan Allah. Ingatlah wahai Mukmin, satu jalan haram yang dilarang masih banyak lagi pintu suci dan halal terbuka terang buat kita menggali khazanah rezeki milik Illahi.”

Selain kita menginsafi kesalahan dan dosa yang dilakukan, kita masih berpeluang balik ke pangkal jalan yang diredai Allah. Asalkan kita cepat menginsafi bahawa kita telah terlajak melakukan dosa dan bersegera bertaubat untuk mendapat pengampunan Allah.

Jadikanlah diri kita dan keluarga kita berada dalam suci bersih dalam erti kata sebenar. Hal itu termasuk berkenaan aspek pencarian sumber ekonomi. Jangan biarkan apa yang kita dan ahli keluarga makan akan menjadi punca kepada kemurkaan Allah dan diseksa di akhirat kelak.

Sesungguhnya Allah telah menyediakan begitu luas ruang dan peluang untuk setiap hamba-Nya memperoleh rezeki. Jadi, pilih dan berusahalah dengan sesuatu yang halal dan elakkan diri daripada terjebak dalam kancah yang haram.



Penulis seorang guru

Tuesday, April 19, 2011

Jangan Pisahkan

~ Deddy Dores & Mayang Sari





Biar cinta


Terhalang gunung dan samudera


Aku tetap


Memegang janjiku padamu




Biar jurang


Yang terjal ada didepanku


Takkan goyah


Sumpahku kepada diri




Kita bagai kumbang dan bunga


Hatiku pasti hatimu jua


Namun mengapa ada saja


Yang benci tulus cinta kita




Jangan pisahkan, aku dan dia


Tuhan tolonglah, ku cinta dia


Biarkan kami tetap bersama


Di dalam suka dan duka

:: Dapat Kan Kunci Anda::


Kunci mana yg k0rang pilih?Untuk kehidupan yg penuh ceria dan bersemangat juga ada kunci taw...ney aku sediakan kunci2 yg mungkin bersesuaian ngn kehidupan korang...S0...dapatkan lah kunci korang yea...

KUNCI :: 1
Kunci Puzzle

K0rang penah main jigsaw puzzles x?kena cantum2kan bagi lengkap Puzzle tu kan..Bila da lengkap baru nampak gambar sebenar.Macam kehidupan kita juga...Kita kena lengkapkan

kehidupan kita dengan cabaran dan dugaan yg berlaku pada kita...Kita mesti Kuat dan sabar dlm menghadapi segala apa pun rintangan yg berlaku. Seseorang itu tidak bole diubah melainkan dirinya sendiri.


KUNCI :: 2

Kunci Kereta

Bukan semua orang ada kunci Keta kan? xkira la kunci keta ka kunci moto ka..kunci beskal ka...errr beskal ada kunci ka??yg penting kunci itu digunakan untok apa?Kal0 Kunci keta mesti la bawak keta kan begitu juga Kunci moto dan lain2 kunci...Maksudnya semua org mempunyai harta sendiri...xkira la kaya ka miskin ka...Apa yg dibanggakan kal0 sese0rg itu kaya ada keta Mewah tapi miskin budi bahasa...Apa yg diherankan bila org miskin yg hnya ada moto cabuk tapi kaya dengan adap s0pan...macam mana plak jika seseorg itu xdak ap2 pun harta... yg penting Matlamat id0p kita yg Ikhlas dlm buat apa pun InsyaAllah berkat segala harta yg kita miliki.

KUNCI :: 3



Kunci Pendua

Dalam id0p bole ke k0rang duk s0rang2?jadi katak bawah tempurung...mesti boring...B0san wat apa pun s0rang2 je kan...cari la teman...sesiapa saja yg bole dipercayai untuk korang bercerita tukar2 pendapat...xd la k0rang rasa sunyi atau tekanan.

KUNCI :: 4





Kunci Hitam

Kunci berkarat ke apa tu hitam je...Hidup kena la Warna Warni baru Ceria hidup... Berubah la hidup korang yg gelap itu menjadi ceria...Kal0 kunci yg dah berkarat masih bole guna ke?

KUNCI :: 5

Rantai Kunci

Pelbagai jenis rantai kunci yg ada....Unik Sumanya...Begitu jugak manusia ada bermacam2 ragam...Setiap org adalah unik xsama...Kita bergaul berkawan dgn siapa pun kita kena pndai pilih kawan...jgn terikot2 dgn kawan...Jadilah diri kita sendiri.





So mcm mana korang da dapat kunci2 k0rang? Berani untok berubah demi kebaikan diri sendiri xslah pun kan....Buat la apa yg k0rang yg terbik untuk diri k0rang tanpa menyusahkan sesiapa pun. Sekian.



Salam Penuh Ceria Dari Yuzy












Saturday, April 16, 2011

SIFAT YG DIPUJI

K0rang taw x apa Sifat yg dipuji? KESABARAN <---- ya itulah yg kita cari....

Kesabaran @ org utara seb0t SABAQ ialah sifat yg dipuji 0leh suma AGAMA dan diakui kebaikannya 0leh para ILMUAN,RAJA dan pentadbir. Org yg sabar menerima segala cabaran dengan TENANG,MEMIKIRKAN DENGAN TERATUR dan JIKA TIMBUL MASALAH IA TIDAK PUTUS ASA.
Semangat ketabahan yg ada pada seorang penyabar itu menunjukkan kewibawaannya dalam menjalankan tugas.



  • Keberaniannya menghadapi dugaan dan


  • Kepercayaannya terhadap matlamat yg harus dicapai.


Ia sebenarnya mempunyai wawasan yg jelas & hanya mengatur langkah2 yg sesuai utk mncapai wawasan itu.Kelakuan gopoh-gapah xmembawa apa2 keuntungan,malah akan mengusutkan keadaan hingga segala keadaan mnjadi kucar-kacir dan rumit.



Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:-



"Sabar itu salah satu drp cabang iman seperti kpd sebahagian drp tubuh badan."



Begitu penting dan utamanya kesabaran itu jelas digambarkan sbg kepala sesuatu badan.



Amalan P0sitif





  1. Tenang menghadapi maslah rumit.


  2. Tahan Menerima Cabaran.


  3. Pemaaf dan berhemah tinggi.


  4. Cermat dalam tutur kata.


Amalan Negatif





  1. Selalu Mengubah pendirian dan keputusan.


  2. Tidak sanggup berkorban.


  3. Takutkan cabaran.


  4. Lekas mengalah.


  5. Berpandangan sempit.


  6. Tidak tahan menghadapi kesusahan.


  7. Tidak bertanggungjawab.

'fight fright or flight'

Petikan dari HalaQah:-






"Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga...."


Faktor dalaman yang menjadi reaksi terhadap rangsangan bukan perkara kecil dan kita boleh faham mengapa ada ayat al-Quran yang berbunyi

"Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum kecuali mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."


Apabila reaksi terhadap rangsangan luaran tidak sesuai, maka kita akan kurang berkesan dalam menangani masalah dan asam garam hidup. Kita mula menyalahkan nasib malang dan tidak melihat ini sebagai masalah diri yang perlu ditingkatkan. Maka, rangsangan dan tindakbalas yang dilakukan menjadi tidak sesuai.






Apakah strategi yang mudah kita lakukan untuk menangani tekanan.




  • - Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.






  • - Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan reda atas segala dugaan serta sentiasa melihat kepada kelebihan, jangan memikirkan kekurangan.






  • - Mengenali reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melakukan teknik pernafasan melalui latihan jasmani (breathing exercise) dan rohani melalui tafakur.






  • - Ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain, dia tidak seperti yang kita sangka, sebab perangai dan perbuatannya lain daripada hakikat. Terimalah hakikat dan buangkan pengharapan kita. Terimalah semua manusia seadanya. Terimalah perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan bertata susila.






  • - Faham bahawa kita boleh mengubah diri sendiri dan hanya dengan perubahan diri yang kita dapat menangani emosi dan keadaan apa juga pun. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain.






  • - Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan doa. Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini.






  • - Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasulullah bersabar dengan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu.




Namun, Baginda berdoa :"Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan."Selepas mengetahui faktor emosi dalam evolusi penyakit, jelas bahawa kesihatan kita bergantung kepada suatu perubahan dalam diri untuk menjadi seorang beriman dan bertaqwa serta penuh pergantungan kepada Allah.






Inf0 di atas adalah tentang "TEKANAN EMOSI" masalah jiwa setiap manusia menghadapinya sama Undercontrol @ tak je... Renung2kan..



By:Yuzy

Thursday, April 14, 2011

Artikel Cinta























Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari intanjiyana di Forum Tentang Cinta.




RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."




Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.




Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.




Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.




Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.




Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.




Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.




Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."




Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Wednesday, April 13, 2011

Toing..T0ing..T0inG....




emmm.....N0 Words t0 Say...

Kerap sgt Pening Pala Skang ney huhu..

BAnyak pikir k0t...

Tuesday, April 12, 2011

Dimana-Dimana

Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Hati ini, hingga sejuk terasa
Batin ini, ho ooo

Jangan jangan, jangan kau pergi
jangan jangan, tinggalkan aku

Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A a a ah

Ho o ooo, Kaulah penebus cintaku
Ho o ooo Suria atas duniaku

Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami
Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho wo wooo

Ho o ho o o oooo Oh
Hanyalah kamu di hatiku

Thursday, April 7, 2011

Kita Manusia Biasa

KAWAN - KESETIAAN

MUSUH - KEMAAFAN

KETUA - PERKHIDMATAN

YANG MUDA - CONTOH TELADAN YANG BAIK

ORANG TUA - HARGAI BUDI DAN JASA MEREKA

PASANGAN - CINTA DAN KESETIAAN

MANUSIA - KEBEBASAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...