unik ciptaan tuhan
makhluk bernama manusia
penuh sifat abstrak
subjektif sukar ditelah
terkadang lahirnya ketawa
wajah terpamer ria
dalamnya penuh luka
langsung tiada terduga
terkadang zahirnya menangis
wajah penuh tragis
dalamnya penuh tawa
berpesta suka ria
terkadang wataknya pemalu
penuh santun pekerti
pijak semut tak mati
terkadang sifatnya ganas
dalamnya penuh bengis
baran tiada terlawan
bikin semua terkilan
dalamnya penuh mesra
hati penuh berbunga
sejuta rasa bahagia
uniknya manusia…
Setiap manusia itu memang unik...berbeza dari semua segi..Walaupun kembar seiras tetap ada bezanya dari segi luaran.. dalaman.. keadaan.. situasi.. emosi..macam2 lagi..jadi tak perlulah kita nak samakan seseorang itu dengan orang lain atau sebagainya.
Sebab itulah kita kena hargai Ciptaan Yang Maha Esa..Manusia tidak boleh disamakan dengan harta benda...Sebagai contoh:- Handphone hilang boleh dibeli.. Beli sebijik macam yg hilang tapi manusia boleh dibeli ke?kalau boleh dibeli pun boleh cari ke yg betul2 sama dengan yg hilang?
Dari segi dalaman ..hati setiap manusia berbeza...semua orang baik hati sebenarnya cuma tak cukup iman je..setiap manusia melalui kehidupan masing2 berbeza keadaan berbeza situasi...Sebagai contoh:- Kebanyakkan ibu bapa mempunyai anak yg bersekolah..tapi keaadaan dan situasi setiap keluarga hanya keluarga tersebut sahaja yg mengetahuinya...
Hidup penuh emosi..Ada manusia yg dilahirkan menjadi seorang yg cukop tabah...ada juga yg dilahirkan panas baran..semuanya peranan emosi...setiap orang emosi berbeza2 tapi tak siapa pun yg sempurna di dunia ini.Apapun setiap manusia adalah insan yg sangat unik.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment