Wednesday, October 19, 2011

1 Now, 1 Nescafe


Kenapa saya suka minum Nescafe ..Why?
Its because The nescafe ad must have great impact on consumer..
Sebab…Aromanye memukau….
Sebab rasanya enak..
Sebab Awet Muda
Sebab dapat hilangkan rasa mengantuk...

Sebab rasa bertenaga..
Sebab …..
Nescafe dihasilkan dari bijian kopi asli yang dipanggang, divakum, disejukkan dan dikeringkan sehingga terhablur serta terbitnya aroma yang memukau.

Nescafe adalah sejenis minuman yg berkafein.Kafein sebenarnya meningkatkan kadar plasma darah dari asam lemak bebas, adrenalin dan kortisol.

Pengambilan nescafe memberi manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang individu daripada penuaan atau awet muda.

Hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan nescafe berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi (penggemar garam) dan menjadi antioksida seperti mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.
Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari.
Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung
Berdasarkan fakta-fakta di atas, ternyata Nescafe ada banyak manfaat kebaikan daripada keburukkan.I wonder why people dislike nescafe..Too bad, no nescafe for them unless it's decaffeinated.. I think so..


Like for Nescafe

# Wordless Wednesday- Current Mood

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...