Keharmonian dalam berumah tangga♡
Suami isteri bahagia
1. Amalkan mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan. Jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun, apatah lagi berhari-hari.
2. Temani pasangan anda semasa menonton rancangan kegemarannya, walaupun sambil membaca akhbar, kerana apa yang penting anda berada di sisinya.
3.Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat, kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
4. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya 1 kali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.