Showing posts with label Becok2. Show all posts
Showing posts with label Becok2. Show all posts

Tuesday, August 14, 2012

.....If I have to say goodbye today




If I have to say goodbye today,
I hope my long-ago friends know that I still consider them my dearest friends




True goodbyes are the ones never said or explained.
It is the end of something simple and the beginning of everything else.




:: Besok dah start cuti panjang...yeay...

Tuesday, July 31, 2012

✿Yeay...dapat hadiah! ✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hye Bloggers...Readers...Hopefully sume sihat2 blake..
Hari ni dah pun Ramadhan ke 11..Sat je masa berlalu kan..

Entry hrni pasai perempuan..lelaki.. & hadiah...

Perempuan memang suka dapat present...
Tak kisah murah ke mahal ke ..setiap hadiah yg diterima sentiasa dihargainya..
Walaupun se simple mana pun hadiah tu..seperti sekeping kad ucapan..perempuan tetap terima dgn ikhlas..
Hadiah yg diterima dianggap seperti tanda ingatan dan penghargaan buatnya..

Lelaki pun suka dapat hadiah..
Tapi lelaki kan Cool je...ego..tapi dalam hati sapa yg tahu..
mungkin ada setengah lelaki lebih suka memberi dari menerima..
Bila penerima itu suka akan hadiah yg diberi mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki?segalanya mungkin....


“Maksud - Maksud Hadiah”
Setiap hadiah yang anda beri mempunyai maksud yang tersirat…

JAM TANGAN……
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN ……
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG ……
Tanda mesra.

RANTAI LEHER ……
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG ……
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT ……
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN ..….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG ……
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI …..
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR …..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU ……
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA …….
Tanda perkenalan dan tanda sayang.

CHOCOLATE …….
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN……
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN AL-QURAN ……
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

Friday, July 13, 2012

...mACaM cHIPSm0rE



Kejab ada....Kejab xdak....

hmm.... FB kena Block la plak.....

Ala..staff bukan nye xbuat kerja pun...

Sekarang ni kan dunia ICT...

drp Block itu Block ini baik buat biasa2 je...

xrugi apa2 pun...

sekurang-kurangnya boleh hilang tekanan semasa bekerja..

Asyik duk ngadap kerja je xdak hiburan xsyok jugak kan...

xpala nak wat macam mana... bukan company sendiri...

Friday, March 30, 2012

Santai Jumaat je....

Kisah 1

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedardari koma, juruterbang itu telah disoal siasat oleh pihak polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami." "Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas helikopter tu...."




Kisah 2

Dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.


Pemuda: "Kenapa nie nek. Pening ke?"

Nenek: “Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,”

Pemuda: "Nek nk panadol x?"


Nenek: "Tak apa lah nak...nenek tak suka mkn ubat..Oh ya nak, boleh x nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,

Pemuda: "Boleh je nek, tapi kenapa?"

Nenek: "Biar muntahnya lebih cepat keluar...."


Pemuda: errr...???

Wednesday, March 28, 2012

✿Cute nye Teddy Bear tapi........








~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~

Pernah nampak kereta yang gantungkan teddy bear di bawah bumper kereta macam dalam gambar ni?? Gantung Teddy Bear macam ni dah jadi Trend …Macam2 jenis patung yg digantung…ada Spongebob lah … Tasmanialah....Pooh lah...Nampak macam cute la kot….Gantung anak patung bawah Bumper kereta ni sebenarnya budaya orang Thailand. "Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati."

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: "Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka" (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..




"Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah yg maha esa .. "

Sumber dari Google

Friday, March 23, 2012

....Menghitung Hari.....✿

Masa demi masa diharapkan berlalu dengan cepat....xsabar menunggu masa itu...tiap saat...tiap minit....tiap jam...tiap masa....sabar menghitung hari menunggu 2 perkara yg bakal berlaku tidak lama lagi...setiap perkara itu akan membahagiakan....
tik..tok...tik...tok.....

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.....tak apa la...tak lama ja lagi...sabaq p la sat no....apa2 pun Family first.... ツ

Tuesday, March 13, 2012

.....Eh betul ke keputusan ni....??












Assalamualaikum ✿

Harap sangat blogger & readers dlm keadaan ceria2 slalu k ツ
Tahun 2012 sangat2 bermakna dalam hidup...sebab utamanya Yuzy bakal jadi seorang ibu...Sepanjang tahun ni apa2 saja perkara yang berlaku diharapkan dalam keadaan baik2 sahaja...Kerjaya pun macam tu...Yuzy cuba buat apa saja dengan cara yg positif selagi termampu sebelum mengundurkan diri...

Apa saja yg dibuat atau apa saja keputusan yg dibuat...."Family First"...Dorongan dan sokongan suami juga la Yuzy fikir akan keputusan yg bakal dibuat ini... Wah semacam je bunyi hee..

....Yang sebenarnya...Emm....Skang da boleh start beli barang baby...Apa yg nak dibeli dulu yea...?dalam kepala otak ni macam2 pikir...tengok barang2 baby baju2 baby teruja sangat...kena buat senarai ni...kena bajet sama....banyak nak kena beli..banyak benda nak kena prepare....Mental...Fizikal..keewangan...

Semoga berjalan dengan lancar..InsyaAllah...

Monday, February 20, 2012

..Masih Boleh bertahan lagi..


.....Kehidupan Adalah Seni...
Bukan Seni Lukisan tapi Seni kehidupan...
Ada banyak corak dalam kehidupan...
Banyak Ragam..
Banyak Karenah..
Banyak Songeh..
Banyak Cantik...
Banyak la....

Monday, February 13, 2012

Isnin Yang Curiga....


...Aikkk awat rasa semacam je ni...Hmmmm...Malasnya Segannya Jemunya Jemuihnya Tak laratnya huhu...Awat tak tau duk rasa lagu ni....Rasa betul2 macam dah taknak teruskan lagi...Tiap2 kali balik lepas masak2 makan2 mandi manda time nak tgk TV rehat2 confirm tetido depan TV macam biasa huhu...kadang2 tapau je sebab tak larat sangat nak masak...nak buat apa pun tak larat...Apapuntakboleh...Hmmm kena balik bincang tak boleh jadi macam ni... InsyaAllah mungkin rezeki Baby ada peluang kat tempat lain.. Tapi sebelum tu kena la pergi dari sini with no reason boleh ?Saja ja nk p dari sini...dah tak larat dah...dah malas dah tak dak mo0d dah lama dah tak berminat untuk berada disini...

Mode: Tak larat dah....

Sekian..

Friday, January 20, 2012

Better than Before


erkkk.... tekak rasa semacam je...rasa masam2..nak makan pun rasa tak lalu..dah brapa hari dah huhu....Makan yg masam2 lagi la rasa semacam je kat tekak...makan manis2 pun rasa xok jugak...kurang selera makan huhu.... Nasib baik la officemate telah memperkenalkan sejenis sweet ni..."Coolie Mint" pastu tekak rasa segar2 je n tak rasa yg kurang menyenangkan lagi..Thanks to Zunirrah ツ

Tuesday, January 17, 2012

Letih.....Tak Larat...huhu


Salam Hari Selasa....
Letihnya rasa hari ni..huhu...Sekarang ni kurang selera makan...tekak ni susah nak terima makanan...Cuma Rasa nak makan yg berkuah yang pedas2 je...macam Asam Pedas... Kuetiau Sup & Tomyam kat kedai Esah...kalau tak pedas tak boleh telan, tak selera makan..

Tuesday, January 10, 2012

Insan Yang Unik




unik ciptaan tuhan
makhluk bernama manusia
penuh sifat abstrak
subjektif sukar ditelah
terkadang lahirnya ketawa
wajah terpamer ria
dalamnya penuh luka
langsung tiada terduga
terkadang zahirnya menangis
wajah penuh tragis
dalamnya penuh tawa
berpesta suka ria
terkadang wataknya pemalu
penuh santun pekerti
pijak semut tak mati
terkadang sifatnya ganas
dalamnya penuh bengis
baran tiada terlawan
bikin semua terkilan
dalamnya penuh mesra
hati penuh berbunga
sejuta rasa bahagia
uniknya manusia…


Setiap manusia itu memang unik...berbeza dari semua segi..Walaupun kembar seiras tetap ada bezanya dari segi luaran.. dalaman.. keadaan.. situasi.. emosi..macam2 lagi..jadi tak perlulah kita nak samakan seseorang itu dengan orang lain atau sebagainya.

Sebab itulah kita kena hargai Ciptaan Yang Maha Esa..Manusia tidak boleh disamakan dengan harta benda...Sebagai contoh:- Handphone hilang boleh dibeli.. Beli sebijik macam yg hilang tapi manusia boleh dibeli ke?kalau boleh dibeli pun boleh cari ke yg betul2 sama dengan yg hilang?

Dari segi dalaman ..hati setiap manusia berbeza...semua orang baik hati sebenarnya cuma tak cukup iman je..setiap manusia melalui kehidupan masing2 berbeza keadaan berbeza situasi...Sebagai contoh:- Kebanyakkan ibu bapa mempunyai anak yg bersekolah..tapi keaadaan dan situasi setiap keluarga hanya keluarga tersebut sahaja yg mengetahuinya...

Hidup penuh emosi..Ada manusia yg dilahirkan menjadi seorang yg cukop tabah...ada juga yg dilahirkan panas baran..semuanya peranan emosi...setiap orang emosi berbeza2 tapi tak siapa pun yg sempurna di dunia ini.Apapun setiap manusia adalah insan yg sangat unik.

Sekian.

Thursday, December 22, 2011

Energy After Charge!



Tips penjagaan Batery

Handphone
1. Off HP masa cas
2. Jangan kerap sangat cas dalam kereta.
3. Kalau boleh tu habiskan bateri dulu baru cas semula.
4. First time cas mesti full.
5. Battery full cabut terus dari charger tak boleh biar lama2.
6. Cas sehari sekali sampai penuh.
7. Elakkan ON OFF HP kerap2.

Kereta
1. Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3. Pastikan kepala bateri bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tak elok sangat,sebab tu susah nak start kereta.
4. Pastikan wire bateri berada dalam keadaan baik.
5. Pasang volt stablizer, grounding wire seeloknya.
6. Periksa altenator, kalau recharging bateri tak berfungsi dengan baik, nanti bateri kereta cepat rosak.
7. Kurangkanlah penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.

Tuesday, December 13, 2011

7 Hours to 24 Hours

You Smile,I Smile,

We Smile Together

You Laugh, I Laugh,

We Laugh Together

We Share Everything Together

We do Everything Together

No matter What Happen,

We Still Together Forever..

Tarikh :: 10/12/2011 - Lokasi :: Perlis/Penang - Sampai Penang Terus ke Tapak Pesta Pulau Pinang Sebabnya nak cari Parking susah so kena p awal2. Pusing2 dalam pesta macam2 ada,jualan murah2...Sempat jugak la main 1 Game "X-Coaster" gayat o0o...pastu main game tikam2 dapat la bear 2 bijik.lepas makan balik tido umah Papa Mama Yuzy kat Lone Pine.


Tarikh :: 11/12/2011 - Lokasi :: Penang/Perak - Bangun awal siap2 sarapan dulu pastu gerak ke Perak. EXIT TOL JAWI terus ke HomeStay Bagan Serai berkumpul ramai2 adik beradik pastu baru ke tempat kenduri. Makan pun da kenyang balik semula ke HomeStay rehat2 pastu baru nak gerak balik Perlis.Tapi tiba2 kereta buat hal.Berasap plak huhu.. Hari Ahad tak dak Workshop yg bukak so terpaksa bermalam. Delay 1 hari..tinggal la Yuzy & Husband je kat Homestay tu.yang lain semua dah balik.Jadi Yuzy & Husband anggap je macam Honeymo0n..huhu..


Tarikh :: 12/12/2011 - Lokasi :: Perak/ Perlis - Bangun Awal pagi packing baju2 pastu terus ke workshop .7 jam jugak la bersama my Husband Azaraniff.. Melangut je kat workshop tu.. huhu.. Settle semua baru boleh balik Perlis.Thanks a lot to Adik Yana & Husband sebab tolong. 4 kali jugak la depa mai jenguk Yuzy & Husband kat Workshop walaupun depa sibuk. Belikan Air Roti buat alas perut. "Selamat Pengantin Baru buat Adik Yana & Husband semoga bahagia selamanya." Alhamdulillah selamat sampai kat Perlis tapi sempat lagi singgah Alor Setar dulu tapau Ayam Penyet Wong Solo.. hehehe..

Wednesday, December 7, 2011

Long Coarse Grass

Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok Keladan adalah Imperata cylindrica.

Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.

Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu kerana hakisan tanah akan terhalang. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat menghanyutkan ia ketempat lain.

Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.


KATA ORANG DULU2
Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk.
Maknanya:-
lalang .. bila dia ditiup angin, maka dia akan bergoyang. Angin tiup ke kanan, maka kekanan lah ia menuju. Angin tiup ke kiri, maka kekiri lah ia pergi. Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak tetap pendirian.
p/s::Pepatah ni, sangatlah sesuai bagi orang yang tidak tetap pendirian.

Jangan jadi macam lalang k..Orang yang macam lalang ni tak boleh dipercayai..tak ada pendirian.orang kata itu..dia pun itu..orang kata ini..dia pun ini…orang kata pergi..dia ikut je…tak dak pegangan lansung..baik ke buruk ke tak pernah kesah ..’Lalang’ ikut je yang mana bagi keuntungan kepada mereka..Semak sangat pastu kena tebas.. Abes la riwayat lalang tu..
p/s:Belakang umah korang banyak lalang x?

Tuesday, November 29, 2011

Easy With Silent

~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~

✿Selamat hari selasa ツ hopefully bloggers,readers,& silent readers sihat sokmo...wahh kemain lagi dlm blog pot pet pot pet tapi reality Yuzy tak banyak cakap pun... Nak plak kalo sembang ngan orang yg berumur pun..macam makcik2 pun..huhu tak reti sembang pun... Diam xbermakna sombong pun...huhu...nak sembang apa pun..nak cakap apa pun tak taw huhu...jadi diam je pun...

Masa kat kolej pun macam tu jugak pun ...bila time ada presentation ja mula la menggelabah pun..nervous pun..cakap tak keluaq sora pun...speechless nak wat macam mana pun tak taw..

Sekarang dah kerja pun sama jugak pun..kurang bercakap pun ...Comunication kurang pun..Easy With Silent..cakap banyak pun tambah dosa ja pun..kot la terkutuk pun ..termengata pun ..tergosip ke pun...peace❤

Banyak plak 'pun" hehe

Thursday, November 24, 2011

Tunggu punya tunggu punya tunggu.....


Lama sungguh rasa tak update blog...yelah takot Zombies makan otak"Zombies ate your Brain"..hehehe...

Ni nak crita pasai ..Baru2 ni p spital appointment with doctor pukoi 10pg..Bangon awal kejotkan En.Hubby p keja..pastu masak siap2 untuk lunch..da siap suma tunggu En.Hubby amek bawak p spital je..sampai spital orang ramainyeeee...pastu kena daftar dulu pastu tunggu pembantu tadbir tu panggil bagi nombor...lama gak tunggu baru panggil...dapat nombor 3041 ..masa tu kat skrin baru 2035 macam tu lah...

Tunggu punya tunggu punya tunggu...nama pun dipanggil..p la masok bilik..kena timbang berat ngan ukuq tinggi ...tak Normal k...Berat badan lebih sekilo dari normal...hahh tulah makan ja kerja.... kalo bab makan tu laju je...ni baru lebih sekilo..kalo berkilo2 xtaw la...ok abeh crita pasai makan..pastu...cek gula dalam darah..nasib baik ok..result 4.9..nurse tu la yg cakap ok..pastu Nurse tu cakap duduk dulu sat g jumpa Doctor...adoi kena tunggu lagi...

Tungu lagi....Tunggu punya tunggu punya tunggu..tak panggil2....orang yg datang kemudian pun dah balik...pesakit yg appoinment pkoi 11 pun dah balik...sampai lengang la tempat menunggu tu still tak panggil..Tension!!Berasap!!Berapi!! suma ada..sabaq...sabaq.... Tungu lagi....Tunggu punya tunggu punya tunggu....baru N0mbor 3041 keluaq kat skrin...ok masok p jumpa Doctor..

Doctor tengok result amek darah last week..dia kata everything ok..nampak normal..pastu Yuzy tanya kat doctor tu ""lepas ni xpayah mai dah la kan..dah suma ok.." pastu doctor cakap.."Eh tak boleh..kena datang jugak..sekarang penyakit ni tak active tapi bila pregnant nanti penyakit ni lebih active sebab tu still kena datang appointment..6 bulan skali je...BLA..BLA..BLA..." panjang lebar doctor tu explain...Yuzy diam je... pastu doctor tu cakap..."ok ..setahun sekali..next appointment bulan 11 2012..tapi..ada tapi nya..kalo dalam masa setahun tu pregnant make sure inform kat doctor k or kalo ada apa2 yg x ok cepat2 jumpa doctor xpayah tunggu setahun..ok?" Pastu Yuzy pun tanya "Memang pesakit kena tungu lama ke baru boleh jumpa doctor..3 jam saya tunggu.." emm kebetulan hari ni Doctor xramai..ok nanti amek ubat ..pastu saya bg MC untuk hari ni..Yuzy pun keluar dari bilik..

Tungu lagi....tunggu untuk dapat date untuk next appointment..Tunggu punya tunggu punya tunggu....Baru boleh balik umah.

Friday, November 18, 2011

Imp0ssible Be P0ssible


~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~
Benda mustahil pun boleh jadi tak mustahil.. Betul tak?
Dah memang tertulis macam tu...
Kita hanya mampu merancang..tapi tak semestinya semua benda yang dirancangkan menjadi kenyataan.Kadang-kala ,perkara yang kita paling nak elak adalah perkara yang susah nak elak..

Emosi sangat kadang2 tu..rasa je lebih..Contoh situasi..Kita ikhlas senyum kat kawan kita tapi apa yg kita dapat,dia senyum nak tak nak je... masa tu kepala otak ni mula la pikir..kenapa kawan kita tu senyum nak tak nak je kat kita?kita ada buat salah apa? Negative..Positive....pikir macam2...'Kawan kita ada problem kot...'Tapi hati rungsi asyik pikir je walaupun dah pikir positive....
Banyak sangat pikir boleh jadi mereng...

Apa pun kita buat mesti lah ikhlas...Tak perlu mengharap balasan apa2...Kita dah merancang untuk membuat sesuatu yg membahagiakan,kita dah usaha buat yg terbaik tapi kita kena redha..Setiap yg berlaku adalah suratan Takdir..

"hari ni M0od Down huhu"

I never think of the future - it comes soon
enough.

Albert Einstein


Yuzy Tulis, Apa yg Mata Nampak, Apa yg Telinga Dengar, Apa yg Hati Rasa

Wednesday, November 16, 2011

Pernah tak korang TER Fikir.........



Kadang-kadang kita termenung jauh fikirkan..
"Betul ke macam tu?"

"Kenapa jadi macam tu ek?"
"Sebab apa jadi macam tu?"
"ish..nak buat macam mana ni?"
Perkara Positive yg keluar dari fikiran dan terus membuatkan kita seperti tersedar dari mimpi...
korang pernah?
Keadaan tu datang sendiri tanpa kita sedari...
'Duk ralit ja...' termenung je...tapi dalam kepala hotak active memikir..Macam2 ada...tapi kadang2 tu APA PUN TAK BOLEH.....just fikir2 tapi tak melaksanakannya...
Kalo terfikir sesuatu yg positive cuba sedaya upaya termampunya membuat sesuatu itu seikhlasnya...


Sekian..

Monday, November 14, 2011

Alamak... Line Tak Clear


#&^%#@% No nothing…just nak cakap line tak Clear...Betulkan sket...Betulkan Sebelah kiri...Kanan sket...Depan sket....Atas sket...Pusing2 sket..Ahaks Line Clear dah...Line Clear Baru best....Alamak... Line Tak Clear plak dah ..nak kena campak jugak 'TV' ni..Cepat2 'Beli' yg baru tak tahan dah asyik line tak clear je.. Beli yg baru...Lagi P0wer lagi Best...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...