Monday, July 11, 2011

Fruity ^^,













Kreatifkan?
Ukiran Buahan Dan Sayuran

Its Weird (x-X)

















Budi Bahasa Melambangkan Sifat Seseorang??



"Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi.
Yang indah itu bahasa yang elok itu budi"

Kempen Berbudi Bahasa yang dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) baru-baru ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat kita pada hari ini. Melalui kempen ini, kita digalakkan supaya memberi ucapan dalam salam dan senyuman manis sebagai tanda perkenalan atau menjalinkan hubungan yang lebih mesra. Dengan cara ini, kita akan dapat membersihkan jiwa nurani kita daripada sifat sombong, meninggi diri dan ujub. Malah, agama Islam menganggap senyuman itu sebagai satu ‘sedekah’ antara sesama manusia.



Selain memberi senyuman dan ucapan salam, amalan hormat-menghormati antara satu sama lain juga amat dianjurkan melalui kempen itu. Amalan ini akan dapat menjalinkan kemesraan dan seterusnya merapatkan hubungan masyarakat majmuk di negara ini. Apatah lagi jika penghormatan itu diberikan kepada orang tua tidak kira di mana-mana sahaja kita berada. Bukankah pepatah ada menyebut bahawa yang muda kita kasihi manakala yang tua harus kita hormati? Sekiranya amalan ini dapat dipraktikkan, saya yakin bahawa matlamat kempen ini dapat dicapai dalam jangka masa yang sangat singkat.

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang bertugas di bahagian kaunter, layanan mesra terhadap pelanggan atau orang ramai yang berurusan di kaunter mestilah diberi keutamaan. Layanan yang sedemikian bukan sahaja akan memberi kepuasan maksimun kepada orang ramai bahkan dapat meningkatkan imej kerajaan atau agensi tertentu yang selama ini telah tercalar. Pada masa yang sama, amalan bertegur sapa yang dicanangkan melalui Kempen Berbudi Bahasa ini dapat memenuhi aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersifat penyayang.

Secara telusnya, amalan berbudi bahasa BUKAN bersifat sementara atau hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun-temurun.
"Bak kata pepatah, hidup dikandung adat mati dikandung tanah"




"Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

c/o

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita"



P/s: Cakap el0k2 xboleh ke? kan Budi Bahasa Budaya Kita.

Kotak Gear CVT?



Proton Holdings Berhad (PROTON) telah mengesahkan penggunaan transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT) untuk barisan model kereta keluaran mereka pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian, seperti mana dipetik oleh sumber dari BERNAMA. Penggunaan sistem transmisi CVT akan ditawarkan sebagai pilihan, bermakna model kereta dengan transmisi automatik sedia ada empat kelajuan akan terus diperkenalkan.

Sistem transmisi CVT pada enjin CamPro dikatakan akan memberikan kesan dari segi penggunaan bahan api lebih cekap sehingga 4% bagi penggunaan di dalam bandar dan 10% di lebuh raya, selain menjadikan corak pemanduan lebih lancar.Setakat ini Datuk Syed Zainal masih belum mengumumkan tarikh bila kereta pertama dengan transmisi CVT akan mula dijual, selain tidak mendedahkan secara terperinci model kereta yang mana.

Kami berpendapat sudah sepatunya Proton menaiktaraf enjin Campro mereka ini.Dengan penggunaan transmisi CVT ini,ianya bakal memberikan satu imej dan juga tahap pemanduan yang lebih baik,lebih-lebih lagi kepada enjin Campro, yang diketahui umum, walapun dengan teknologi CPS, ianya masih lagi mempunyai kuasa kilas (tork) yang rendah berbanding 4,000 RPM, dimana ianya sedikit sebanyak agak “lemau” semasa RPM rendah.

Dan kalau boleh, penggunaan transmisi CVT ini, tidak perlulah diadakan variasi terhadap model-model sedia ada, walaupun Datuk Syed Zainal berkata ianya merupakan satu pilihan.Lebih baik bahawa setiap varian model kereta Proton dilengkapi transmisi CVT ini.Sudah-sudahlah memberikan “kasta” terhadap produk Proton.

Lebih baik variasi kereta Proton hanya dibezakan dengan kosmetik luaran seperti bodykit dan dalaman seperti kemasan kulit dan sebagainya.Bab enjin, keselamatan seperti ABS,EBD dan sebagainya, perlu disamatarakan.Adakah nyawa golongan kurang berkemampuan “kurang berharga”?

Berdasarkan maklumat sebelum ini, antara model yang disahkan bakal menggunakan teknologi kotak gear CVT ialah Saga FL, Persona dan MPV Exora, termasuk model terbaru Persona R yang dijangka dilancarkan pada suku kedua 2012.

Emm Belum Ada Rezeki lagi...




Belum ada rezeki lagi for us. Its ok, insyaAllah
next time Allah akan makbulkan permintaan kami berdua.May be its t0o early f0r
us but apa2 pun kami terima dengan hati dengan penuh redha.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...