Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Sunday, October 16, 2016

Surirumah sekalian... are you okay?

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum...

Terpetik dihati ni nak kongsi perasaan bagaimana menjadi surirumah.Besar tau pahalanya..Menjadi surirumah tak semudah yg disangka.. duduk rumah saja..banyak masa lapang..goyang kaki tengok drama2 tv...

Oh tidak sama sekali...
Walaupun duduk rumah & tak bekerja yg bergaji ribu2..tapi kerja dirumah pelbagai2 perlu dilakukan tanpa gaji tapi dengan seikhlas hati.

Rutin harian seorang surirumah sepenuh masa::
Bangun awal pagi kejutkan anak dan suami.
Siapkan anak ke sekolah.
Buatkan sarapan.
Hantar anak ke sekolah dan suami pergi kerja depan pintu dengan senyuman supaya anak semangat untuk belajar dan suami ikhlas mencari rezeki untuk keluarga.
Sambung tugas harian basuh baju,sapu sampah,mengemas rumah,masak dan sebagainya.

kalau ada yg mempunyai anak kecil lagi la kelam kabut buat kerja kan.mana nak susukan anak,mandikan anak,tidokan anak,main2 dengan anak..apapun anak perlu lebih diutamakan..kerja rumah boleh disambung..tetapi perhatian kepada anak2 perlu didahulukan.

Letih memang la letih tapi dilakukan dengan ikhlas dan kasih sayang. Apabila anak dan suami balik ada depan mata yg letih tadi pun dah terubat.
Love.Life.Happy.Family ♡♥

⇩⇩Copy&paste⇩⇩

Kebiasaannya, tugas-tugas mengemas rumah dan menjaga anak seringkali diserahkan kepada isteri sepenuhnya. Berapa ramai suami yang membantu isteri melakukan kedua-dua perkara itu apabila balik dari kerja? Lebih memenatkan lagi bila isteri yang juga bekerjaya terpaksa melakukan kesemua itu seorang diri. 

Tertekan di tempat kerja, ditambah pula dengan tekanan di rumah boleh menyebabkan mood isteri menjadi negatif. Namun kebanyakkan isteri mengambil langkah untuk mendiamkan diri dan nampak seperti okay sahaja melakukan semua kerja itu kerana tidak mahu bertengkar dengan suami. 

Sebagai suami, sepatutnya cuba mencari jalan meringankan bebanan isteri walaupun isteri hanya sekadar surirumah. Jadi surirumah sepenuh masa pun penat, lebih-lebih lagi ada anak ramai. 

Jadi, bagaimana caranya untuk meringankan bebanan mereka? Ikuti nasihat dari Puan Nurul Ilyani di bawah. 
Oleh Puan Nurul Ilyani

Hari ini saya mahu cerita. Mungkin suara segelintir isteri, mungkin juga bukan suara semua. Dulu, apabila saya penat, semua saya cerita dengan suami. Saya membebel dan bercakap pasal semua penat saya. Membebel ya, bukan meluahkan. Meluahkan, sangat positif. Membebel, negatif. Baca terus hingga perenggan akhir nanti.

Apabila saya mula mendidik anak sepenuh masa, saya pula belajar komunikasi teknik Nabi saw dalam parenting. Saya jadi bercakap perkara-perkara yang penting dan bagus saja, walaupun hari itu saya lalui dengan teruk sekali. Ia bagus agar minda saya kekal positif. Apabila saya asyik merungut dan menyebut-nyebut perkara negatif, saya akan jadi lebih negatif.

Suami, isteri kalau yang pandai mengawal emosi, mereka banyak diam. Mereka telan dan selesaikan. Semua masalah hiruk pikuk di rumah, semua diselesai sendiri. Daripada tak dapat makan dengan tertib, mandi dan urus diri dengan sempurna, semua dia diam. Diam dia bukan dia OK dengan semua ini. Diam dia kerana dia mahu kekal POSITIF menjalankan tugas dia sebagai isteri dan ibu.

*BERI 'GANJARAN' KEPADA ISTERI
Suami, tak banyak pun perlu buat. Apabila balik kerja, beli makanan kegemaran dia. Hari-hari pun tak apa. Suami saya selalu beli nescafe ais ikat tepi kegemaran saya walaupun kadang-kadang lupa. Suami kata tak elok, tetapi saya teringin juga. Air sejuk itu buat saya gembira dan kurang penat. Kalau isteri gemar makan mahal-mahal dan kalau hari-hari beli pokai juga. Beli hadiah kecil-kecil yang comel. Di kedai Hinode pun banyak.

*BANTU ISTERI URUSKAN ANAK-ANAK
Suami apabila balik kerja, nampak isteri sibuk kalut, terus ambil anak-anak. Suruh isteri masuk bilik rehat 30 minit, biar urus diri atau kalau anak-anak sudah besar, bawa keluar jalan-jalan. Sekurang-kurangnya dapat isteri tadi bersosial dengan WhatsApp group kawan-kawan solehah dia atau buat posting ilmiah di Facebook. Itu sebagai 'booster' untuk tenaga dia sampai keesokan hari.

*PUJI ISTERI SEKALI-SEKALA
Suami apabila balik, tak banyak, sekali puji dan ucap terima kasih. Ya Allah, isteri, sekali tuan-tuan cakap,
"Terima kasih jaga anak-anak, sayang memang isteri dan ibu yang bagus."
Percayalah walaupun dia macam malu-malu kucing, dalam hati dia macam ada gendang yang dipalu-palu. Gitu.

Suami, apabila malam sudah tenang-tenang, tanya soalan, 
"Hari ini sayang okay? Sayang buat apa?"

Walaupun tuan-tuan tahu hari-hari buat benda sama. Ya Allah tak tahu kata apa, isteri walaupun dia jawab nak tak nak tapi dia suka. Kalau dia stress masa ini, dia luah semua. Ini baru komunikasi positif. Sebenarnya, isteri mahu rasa diberi perhatian, rasa diambil tahu. Dia bukan minta rumah 10 buah, emas 1 tempayan tetapi dia mahu perhatian, secure dan sayang.

Barulah jadi suami isteri positif, mendidik anak-anak positif, lahir keluarga positif. 

Sekian.terima kasih.

Wednesday, February 3, 2016

I Wouldn't Mind

"I Wouldn't Mind"

Merrily we fall
Out of line, out of line
I’d fall anywhere with you
I’m by your side

Swinging in the rain
Humming melodies
We're not going anywhere until we freeze

I’m not afraid, anymore
I’m not afraid

Forever is a long time
But I wouldn't mind spending it by your side

Carefully we're placed for our destiny
You came and you took this heart, and set it free
Every word you write or sing is so warm to me, so warm to me
I’m torn, I’m torn to be right where you are

I’m not afraid, anymore
I’m not afraid

Forever is a long time
But I wouldn't mind spending it by your side
Tell me everyday I get to wake up to that smile
I wouldn't mind it at all
I wouldn't mind it at all

You so know me
Pinch me gently
I can hardly breathe

Forever is a long, long time
But I wouldn't mind spending it by your side
Tell me everyday I get to wake up to that smile
I wouldn't mind it at all
I wouldn't mind it at all

Wednesday, January 27, 2016

Hati & Fikiran

: بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Jika hati kita bersih maka bersih juga fikiran kita,
Jika fikiran kita bersih maka bersih juga perkataan kita.
→_→ Bila hati kita bersih,kita jadi baik maka baik juga perbuatan kita←_←

♡Hati,fikiran,perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita.

#dothebestletsallahdotherest
#systemiclupuserythematosus

Yes, I Am

(◕‿◕✿)
Yes, i am
A mother for two princess and A wife cum  bff for my husband also A daughter for my parent.

Yes, i am
Default my appointment with specialist doctor,because i think that is wasting my time. Every time will do the same thing...blood test..urine test..steroids.. prednisolone and the doctor's say & ask the same word because every time is different doctor and i must to story from A to Z...its wasting right?
Yes, i am
I do what i want to do for my happy life. Yes,I need a doctor but not for now. I want to live life with my way.

Yes, i am
Keep smiling,eat healthy food,no more stress and be positive.

Love.life.happy.family
#keepsmiling
#systemiclupuserythematosus
#since2006
#jointpainsuffers

Sunday, January 17, 2016

Deep inside dalam hati

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirrahim...

Deepest” feelings of my heart ♡
May “ALLAH” Convert
Discomforts To Comforts,
Pains To Gains,
Minimum To Maximum,
Losses To Profits,
Tears To Smiles,
Sorrows To Pleasures,
Bad-wishers To Well-wishers,
Debts To Credits,
A Good Dreams To Realities!
And make these “Everlasting! (Ameen)

→_→ Dalam kehidupan duniawi ini apa yang mahukan semestinya kebahagiaan,kehidupan yang sempurna,kegembiraan,kesenangan. Semua perkara yang baik2 sahaja yang diperlukan tetapi 'bukan senang nak senang,bukan susah nak susah'.
→_→ Setiap perjalanan hidup ada susah ada senang,ada suka ada duka,ada gembira ada sedih.Lumrah kehidupan..Tak semestinya yang kaya itu bahagia dan tak semestinya yang miskin itu sengsara.
→_→ Keikhlasan dari hati dan berfikiran terbuka bermulanya sesuatu perkara.Buat sesuatu fikir dulu baik buruk sesuatu perkara.Buat sesuatu perlu ikhlaskan hati dan terima apa saja keadaan samaada baik /buruk.
→_→Tenangkan jiwa,tenangkan fikiran,berfikir secara waras..berfikir positif..InsyaAllah ada jalan penyelesaiaan...
→_→ Hindarilah bersangka buruk, hindari berfikiran negatif, hindari sikap dengki, hindarilah segala perkara yang diluar jangkaan kita..
→_→Tak dak faedah apa pun kalau ikot sangat kata hati 'negatif'. Sesuatu perkara yang negatif boleh 'memakan diri' sendiri.berfikir dengan bijak.
→_→Peduli orang nak kata,itu mulut orang.yang penting kita buat yg terbaik untuk diri kita, masa depan kita, keluarga kita.
→_→ Doa+Usaha+Tawakal lakukan apa saja demi Allah s.w.t. Solat jangan lupa,tiang agama.

。^‿^。 Senyum sikit.... senyumkan sedekah,dapat pahala.
Do the best,lets Allah do the rest (*^_^*)
Allahuakhbar

Promise for the day

Allah did not promise
Days without pain,
Laughter without sorrow,
Sun without rain.
But he did promise:
Strength for the day,
Comfort for the tears,
and light for our ways.

→_→ Janji Allah itu pasti ..InsyaAllah
Tak payah fikir sangat masalah duniawi.. Apa yang penting kita buat atas keredhaan Allah s.w.t
→_→ Buat perkara baik..fikir yang baik2.. sentiasa bersangka baik terhadap apa pun keadaan dan perkara.

#DoTheBestLetsAllahDoTheRest

Saturday, January 2, 2016

Permulaan Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah permulaan tahun baru yang baik..
Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun 2016 ni.
Jadikan perkara yang lepas sebagai pengajaran dan pedoman demi kebahagiaan masa hadapan.
Setiap kejadian ada hikmahnya.
Bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada.
Buatlah yang terbaik dan bersangka baik.

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

A Happy New Year 2016

May ALLAH make ur year a happy one!
Not by shielding you from all sorrows and pain,
But by strengthening you to bear it, as it comes;
Not by making your path easy,
But by making you sturdy to travel any path;
Not by taking hardships from you,
But by taking fear from your heart;
Not by granting you unbroken sunshine,
But by keeping your face bright, even in the shadows.

Semoga tahun 2016 lebih bermakna dari tahun yang lepas..Jadikan masa lepas sebagai pengajaran dalam hidup demi kehidupan masa depan.

Wednesday, December 30, 2015

The moment of your life

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

#^_^# What is a Life...you'll never know what'll  happen for your future life...
→_→Every moment of your life is a picture which you had never seen before and which you"ll never see again.
→_→So enjoy the life & make each moment beautiful.
→_→ Life is an echo,all comes back, the good, the bad, the false, and the true.
→_→So give the world the best u have & the best will come back to u.
→_→The true meaning of life is to plant trees under who"s shade you do not expect
to sit.
#^_^# Whatever happen life must be go on.

Friday, February 14, 2014

Dari hati ke hati

♥ Pesanan Buat Suami ♥
-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman,
“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Thursday, August 1, 2013

So sweet ♥

Keharmonian dalam berumah tangga♡
Suami isteri bahagia

1. Amalkan mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan. Jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun, apatah lagi berhari-hari.

2. Temani pasangan anda semasa menonton rancangan kegemarannya, walaupun sambil membaca akhbar, kerana apa yang penting anda berada di sisinya.

3.Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat, kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

4. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya 1 kali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

Saturday, December 15, 2012

Setiap gambar ada ceritanya ♡

Nur Eryna Batrisya bt Azaraniff itulah nama yg diberi...Lengkap hidup apabila dikurniakan seorang permata hati buat ibu dan abah..

Harapan ibu semoga kehidupan anak ibu sentiasa bercahaya(Nur)...
Menjadi anak yang cantik rupawan (Eryna)...
Dan dikurniakan akal yang bijak pandai (Batrisya)...

Seindah namamu tersirat maknanya ♥

Thursday, August 9, 2012

Syawal bakal tiba...




Salam 20 Ramadhan 1433h / 09 Aug 2012



Sat saja ms berlalu...Nak raya dah kurang dr 2 minggu..
Kat office ni duk berkumandang lagu-lagu raya...
Wah semangat nk raya...
Persiapan raya kawan2 camna? Yuzy simple2 je...xrasa mcm nak raya pun sebab lebihkan preparation untuk baby dlm perut ni... S0 excited ツ

Checklist persiapan raya:-
:: Baju Raya xbeli lagi
:: Kasut Raya pun xbeli lg
:: Kuih Raya dah Order
:: Kek Raya xbuat lg
:: Duit raya dah prepare untuk budak2
:: Langsir raya xdak untuk tahun ni..sebab bln 6 tahun lepas baru je tukar langsir..
:: Semangat nk raya tu xsampai lagi...huhu..

Jom layan lagu2 raya ni kot2 semangat nk raya tu sampai hehe...

Lirik Satu Syawal – Ahmad Jais
Selamat selamat
Selamat hari raya
Awal ramadan kini
Sudah menjelang tiba
Umat muslimin semua
Riang riang gembira

Lirik Selamat Hari Raya – Ahmad Jais0Selamat hari raya
Aidilfitri mulia
Ampun maaf dipinta
Mensuci hening dosa
Setahun menghilang
Sekarang menjelang
Hari yang bahagia
Selamat hari raya

Lirik Setahun Sekali – Amy Mastura1Setahun sekali syawal datang lagi
Menyatu kembali
Setahun sekali indah tak terperi
Hari yang di nanti
Hingga tak terbilang saat pertemuan
Antara kita menjalin rasa
Nada-nada riang wajah-wajah tenang
Di hari mulia
Kunjung-berkunjungan salam-bersalaman
Membina ikatan

Lirik Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah0Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali
Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali

Tuesday, July 31, 2012

✿Yeay...dapat hadiah! ✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hye Bloggers...Readers...Hopefully sume sihat2 blake..
Hari ni dah pun Ramadhan ke 11..Sat je masa berlalu kan..

Entry hrni pasai perempuan..lelaki.. & hadiah...

Perempuan memang suka dapat present...
Tak kisah murah ke mahal ke ..setiap hadiah yg diterima sentiasa dihargainya..
Walaupun se simple mana pun hadiah tu..seperti sekeping kad ucapan..perempuan tetap terima dgn ikhlas..
Hadiah yg diterima dianggap seperti tanda ingatan dan penghargaan buatnya..

Lelaki pun suka dapat hadiah..
Tapi lelaki kan Cool je...ego..tapi dalam hati sapa yg tahu..
mungkin ada setengah lelaki lebih suka memberi dari menerima..
Bila penerima itu suka akan hadiah yg diberi mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki?segalanya mungkin....


“Maksud - Maksud Hadiah”
Setiap hadiah yang anda beri mempunyai maksud yang tersirat…

JAM TANGAN……
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN ……
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG ……
Tanda mesra.

RANTAI LEHER ……
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG ……
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT ……
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN ..….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG ……
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI …..
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR …..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU ……
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA …….
Tanda perkenalan dan tanda sayang.

CHOCOLATE …….
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN……
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN AL-QURAN ……
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

Friday, July 27, 2012

~~Smile 0n Friday ツ


Fav0rite w0rd is F
F
f0r Friday

SMILE 0n Friday…….
Because t0morrow is Saturday….

'Yes we can!'
::0opss… Wr0ng word..

'Yes weekend!'
::0k s0 clever…

Thursday, July 26, 2012

Tak sabar nak jadi ibu



25/07/2012(Rabu) bersamaan 5 Ramadhan 1433h

Emm..kena g clinic regular check up lagi... Sekarang kena p 2 minggu sekali..Makin dekat due makin nervous plak rasa.......Yang malasnya sebab kena menunggu berjam2 lamaya tunggu turn check up..Tapi yg bestnye tiap kali check up dapat dengar degupan jantung baby.Tak sabar nya nak tgk baby.

Baby Boy ke Baby Girl? Mana2 pun tak apa..Sebab anak sulung kan..Yg penting keluar dengan keadaan yg sihat..Alhamdulillah..

Hmm..Akhir2 ni HB low...HB 9..emm risau jugak... En.Hubby belikan kerang suh makan bg tambah darah..Sayuran hijau pun makan jugak..Buah-buahan pun makan..semua makanan yg berkhasiat je makan tapi still HB low....

~~Sharing Is Caring~~
Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
1.Sentiasa letih
2.Pening kepala atau pitam
3.Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
4.Warna kulit bertukar menjadi pucat
5.Penurunan berat badan
6.Kadar denyutan jantung yang cepat
7.Lemah daya ingatan

Antara punca masalah HB low
1.Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
2.Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
3.Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia


Supplement yang dicadangkan
Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.

Awas!!
Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi !

# SPONTANEOUS THURSDAY - Baby is Like Heaven

Friday, February 10, 2012

Santai Jumaat



CINTA dan KENTUT


CINTA dan KENTUT tak boleh ditahan-tahan, keduanya jadi lega kalau terlaksana.

CINTA kalau ditahan = Sengsara, KENTUT kalau ditahan = Menderita

CINTA bersifat malu-malu tapi mau, KENTUT plak malu-malu huhu baunya.

CINTA tanpa rasa, bukan CINTA namanya, KENTUT tak berbau, bukan KENTUT namanya.

CINTA itu rapuh, KENTUT itu bau.

CINTA itu halus, KENTUT itu virus.

CINTA diam-diam membuat orang mabuk kepayang, KENTUT diam-diam membuat orang mabuk kepalang.

CINTA datang tanpa dicari tapi bila ia datang pelbagai warna dan corak kehidupan yg berlaku

KENTUT juga datang tanpa dicari tapi bila ia datang pelbagai bunyi-bunyian dan bau-bauan yg terjadi

Indahnya saat berCINTA terasa gundah saat TerKENTUT

CINTA berlebih membuat orang terbuai, KENTUT berlebih membuat orang terkulai.

CINTA menyatukan persepsi, KENTUT menyatukan emosi.

Itulah kisah CINTA dan KENTUT


Sumber dari:CintaDanKentut
Di olah oleh:Yuzy

Thursday, February 9, 2012

Buku Merah


Apa buku merah tu?Buku yg berwarna merah la..bukan kad merah..Kelmarin baru daftar Buku Merah...Buku merah ni para ibu je yg ada..Sebelum tu dah tanya dah pada orang2 yg berpengalaman....Kena puasa malam sebelum pergi bukak buku merah...Awal pagi p klinik Desa yg berdekatan...Macam biasa la En.Suami temankan...Yuzy orang yg ketiga yg datang.Masa pendaftaran berlangsung ada sesi soal jawab dan khidmat nasihat oleh staff nurse yg bertugas..semuanya freindly..Pastu kena amek darah..lepas amek darah kena minum air gula 1 Gelas...lepas tu kena tunggu 2 jam untuk amek darah kali kedua lepas tu baru boleh balik...kesian En.Suami kena tinggu lama jadi En.Suami balik rumah dulu..next appoinment bulan depan.Lega rasa dah bukak buku merah..1st time pregnant jadi banyak benda yg tak tau..Sekurangnya nurse akan datang ke rumah buat pantauan sama ada bakal ibu dalam keadaan sihat atau tidak.Apa2 pun diharapkan sepanjang 6 bulan lebih akan datang segalanya dipermudahkan.Amin

Saturday, February 4, 2012

Awesome Husband ❤


Kelmarin genap 8 Bulan Pasangan kekasih Azaraniff & Yuzeeyana bahagia sebagai suami isteri....balik dari kerja petang kelmarin ada kejutan....0f course la ada kejutan dari sebelum kahwin lagi "Friday is surprise Day" En.Suami suka buat kejutan pada hari jumaat...tapi bukan tiap2 minggu...Sampai rumah p dapur nak masak untuk dinner tengok2 my husband dah siap masak & basuhkan baju lagi...so sweet....terharu sangat... Sejak berbadan dua ni Yuzy cepat letih dan pening...En.Suami betul2 ambil berat...Sayang sangat My Husband Azaraniff Bin Zainol..Thanks My Dear✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...