Wednesday, December 7, 2011

Long Coarse Grass

Pokok Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Pokok ini juga terdapat di negara-negara tropika dan kawasan serdahana lain termasuk ASEAN. Nama botani pokok Keladan adalah Imperata cylindrica.

Lalang merupakan sejenis tumbuhan yang dianggap rumpai. Lalang mudah membiak melalui benih yang ditiup angin, melalui keratan rozobium atau akarnya.

Bagaimanapun lalang mempunyai kepentingan tertentu. Lalang merupakan sejenis pokok perintis yang akan mengkoloni tanah yang diterangkan dari pokok lain dengan pantas. Ini membantu kerana hakisan tanah akan terhalang. Tanah dan galian yang terdedah akibat kehilangan tumbuhan penutup bumi yang asal dapat dikekalkan oleh lalang yang menghalang hujan lebat menghanyutkan ia ketempat lain.

Dengan itu lalang dapat membantu mengurangkan hakisan tanah dan pada masa yang sama lalang membantu mengekalkan kesuburan tanah.


KATA ORANG DULU2
Jangan jadi macam lalang, terlentok-lentok di tiup angin macam orang tak ada pendirian. Ikut resam padi, makin berisi, makin tunduk.
Maknanya:-
lalang .. bila dia ditiup angin, maka dia akan bergoyang. Angin tiup ke kanan, maka kekanan lah ia menuju. Angin tiup ke kiri, maka kekiri lah ia pergi. Dalam erti kata yang lebih mudah, tidak tetap pendirian.
p/s::Pepatah ni, sangatlah sesuai bagi orang yang tidak tetap pendirian.

Jangan jadi macam lalang k..Orang yang macam lalang ni tak boleh dipercayai..tak ada pendirian.orang kata itu..dia pun itu..orang kata ini..dia pun ini…orang kata pergi..dia ikut je…tak dak pegangan lansung..baik ke buruk ke tak pernah kesah ..’Lalang’ ikut je yang mana bagi keuntungan kepada mereka..Semak sangat pastu kena tebas.. Abes la riwayat lalang tu..
p/s:Belakang umah korang banyak lalang x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...