Wednesday, July 13, 2011
Fahamilah si dia
Perempuan selalu nak dibelai dimanja dijaga...
Sem0ga Fahami isi hati wanita yg dicintai :-
* Bila Si dia sentuh2 bibir, kiss her.
* Bila Sidia pura2 pukul, grab her and dont let go.
* Bila Si dia Berterus terang tentang sesuatu, kiss her and tell her you love her.
* Pabila Si dia Diam Membisu je ask her what's wrong.
* Pabila Sidia buat xtaw je, give her your attention.
* Bila Si dia da start Nangis, just hold her and dont say a word.
* Bila Nampak Si dia sedang berjalan, sneak up and hug her waist from behind.
* Bila Si dia wat apa2 lawak ke, tease her back and make her laugh.
* Bila Si dia xjawab agak lama, reassure her that everything is okay.
* Pabila Si dia pegang tangan, hold her and play with her fingers.
* Bila Si Dia bagitaw Apa2 rahsia, keep it safe and untold.
* Apabila Si Dia kata "I LOVE YOU", she really does more than you can understand.
* Bila Si dia Tenung ke mata, dont look away until she does.
* Pabila Si Dia ketakutan, protect her and make her feel safe with you.
:: Apply it bila dah kawen k ^^,
Petua Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
Mental, pendidikan dan ilmu
Emosi
Fizikal dan ekonomi
Sosial
Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
Pendapat atau pandangan
Hobi
Kegemaran
Makanan
Cita rasa
Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Best 0f Luck...Sem0ga Berbahagia ^^,
Sok Seh S0k Seh hari ini
‘Jaga tepi kain orang’
Sapa2 yg xfaham tu p Jumpa Cikgu BM korang k.
Dalam dunia yang mempunyai juta2 lemon manusia mesti la ada mcm2 prangai ragam manusia kan. Ada yang becok "cakap xberhenti2.....p0t pet p0t pet", ada yang pendiam dan ada yang apa2 je lah. Semuanya ada pe'el masing2.
‘Jaga tepi kain orang’
dikira sebagai menyibuk masuk campur dalam hal ehwal orang lain. xsalah pun kalo ada niat yang baik.
kehidupan bermasyarakat sifat ‘jaga tepi kain orang’ perlu jgk ada bg menjaga keamanan dan keharmonian . Tapi ada batas2 sempadan dan tujuannya.
Banyak hal ‘ jaga tepi kain orang‘ yg slalu jadi dlm masyarakat adalah yang negatif.
Kat bawah ney c0ntoh2 keadaan dan situasi ‘jaga tepi kain orang’ yang selalu terjadi:-
1. Mengkritik personaliti orang lain terutama individu yang sempoi dan tak pandai bergaya dengan pakaian mewah.. Kononnya xstandard.. Mesti mau bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal . Memang kecoh je .. Kalau bagi duit xpalah juga.. Ini baru betul ‘biar papa asal bergaya’.. Cuba tengok apek-apek meniaga pakai baju pagoda pergi bank… Diorang pegi bank masuk duit beribu-ribu.. Yang pakai smart-smart siap bertie, nak keluar duit ASB.. Tu pun keluar RM50 je…Bukan tak boleh mengkritik penampilan individu tapi biarlah berpada.. Kadangkala mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri untuk bergaya sempoi.. Kita perlu menerima hakikat bahawa bukan semua orang mempunyai personaliti dan gaya serupa.
2. Ada je PHD (perasaan hasad dengki) bila tengok jiran sebelah beli barang mahal-mahal. Kalau setakat tengok je takpe lah juga. Ni siap canang cerita, bawa mulut kononnya jiran sebelah menang loteri dapat beli barang mahal.. Eh tolonglah.. Ni yang dikatakan buruk sangka.. Macam yang Din Beramboi nyatakan dalam rancangan Raja Lawak ‘ Orang buruk sangka lebih bahaya dari orang buruk rupa’.. Memang betul sekali sebab ini boleh menimbulkan pertelingkahan sekaligus perpecahan dalam masyarakat.
3. Mengkritik orang lain tapi sendiri pun tak leh pakai.. Golongan hipokrit ni sekiranya berjaya menguasai sesuatu komuniti mampu menjahanamkan organisasi. Mengkritik tanpa teladan tidak akan memberi makna. Sibuk je nak tahu hal orang lain tapi diri sendiri tak terjaga..
4. Sibuk nak berlawan dengan jiran . Lawan yang dimaksudkan bukanlah secara fizikal tetapi dari segi lagaknya. Orang sebelah pakai tv 42′ nak dilawannya dengan tv 51′.. Lama-lama duit pun kering. muahahaha....
Sekadar ingatan kpd kwn2 semua dan diri sendiri supaya dpt mengawal diri. Jangan sibuk ‘jaga tepi kain orang’ sampai kain sendiri terkoyak pun xsedar..
Sekian..
Subscribe to:
Posts (Atom)