Showing posts with label POSITIVE. Show all posts
Showing posts with label POSITIVE. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

Yes, I Am

(◕‿◕✿)
Yes, i am
A mother for two princess and A wife cum  bff for my husband also A daughter for my parent.

Yes, i am
Default my appointment with specialist doctor,because i think that is wasting my time. Every time will do the same thing...blood test..urine test..steroids.. prednisolone and the doctor's say & ask the same word because every time is different doctor and i must to story from A to Z...its wasting right?
Yes, i am
I do what i want to do for my happy life. Yes,I need a doctor but not for now. I want to live life with my way.

Yes, i am
Keep smiling,eat healthy food,no more stress and be positive.

Love.life.happy.family
#keepsmiling
#systemiclupuserythematosus
#since2006
#jointpainsuffers

Sunday, January 17, 2016

Promise for the day

Allah did not promise
Days without pain,
Laughter without sorrow,
Sun without rain.
But he did promise:
Strength for the day,
Comfort for the tears,
and light for our ways.

→_→ Janji Allah itu pasti ..InsyaAllah
Tak payah fikir sangat masalah duniawi.. Apa yang penting kita buat atas keredhaan Allah s.w.t
→_→ Buat perkara baik..fikir yang baik2.. sentiasa bersangka baik terhadap apa pun keadaan dan perkara.

#DoTheBestLetsAllahDoTheRest

Monday, January 4, 2016

Apabila kakak Eyna ke sekolah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
4 Jan 2016.. Tahun Baru,Kehidupan baru,pengalaman baru bagi Kakak Eyna. Hari ni 1st day kakak ke Tadika. Kalo ikot tahun,tahun ni kakak 4 tahun la..kalo ikot hari kakak baru 3 tahun 4 bulan 6 hari. Biar pengalaman baru kakak sebagai pelajar menjadikan kakak lebih bijak dalam kehidupan.
Seawal 7pagi kejutkan kakak bangun.Semangat kakak bangun mandi bersiap nak p tadika.Pukul 8pagi masuk kelas daftar and settle yuran. Settle semua bila nak tinggalkan kakak kat tadika jenguk dia dah dapat kawan.ok la..lega sikit hati nak tinggalkan bila nampak muka ceria kakak.
Sampai umah rasa sikit sunyi sebab tak dengar suara riuh rendah kakak.Tidur kan adik ,basuh sidai baju masak.Tunggu pukul 12 tgh sat g nak p amek kakak dari tadika.
Alhamdulillah...

Saturday, January 2, 2016

Permulaan Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah permulaan tahun baru yang baik..
Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang tahun 2016 ni.
Jadikan perkara yang lepas sebagai pengajaran dan pedoman demi kebahagiaan masa hadapan.
Setiap kejadian ada hikmahnya.
Bersyukurlah dengan segala nikmat yang ada.
Buatlah yang terbaik dan bersangka baik.

Friday, March 21, 2014

5 perkara yang WAJIB dilakukan setiap hari

Assalamualaikum,salam Jumaat yang mulia semoga hari ini diberi kehidupan yang sihat,dimurahkan rezeki,dan berlaku kebaikkan yang penting jangan tinggal solat ツ

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

::Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

::Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

::Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

::Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

::Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Sumber : Ustazrazi

Friday, February 14, 2014

Dari hati ke hati

♥ Pesanan Buat Suami ♥
-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman,
“Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Thursday, August 1, 2013

So sweet ♥

Keharmonian dalam berumah tangga♡
Suami isteri bahagia

1. Amalkan mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan. Jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun, apatah lagi berhari-hari.

2. Temani pasangan anda semasa menonton rancangan kegemarannya, walaupun sambil membaca akhbar, kerana apa yang penting anda berada di sisinya.

3.Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat, kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

4. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya 1 kali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

Wednesday, July 31, 2013

Setiap yang berlaku ada sebabnya..

‘‘JANGAN PERNAH TERBURU² DALAM MENILAI SESEORANG’’

Tapi maklumilah tiap jiwa di sekeliling Kita yang menyimpan cerita kehidupan tak terbayangkan di benak Kita.

★ Αda air mata dibalik setiap senyuman.
★ Αda kasih sayang dibalik setiap amarah.
★ Αda pengorbanan dibalik setiap ketidak peduli.
★ Αda harapan dibalik setiap kesakitan
★ Αda kekecewaan dibalik setiap derai tawa.

Semoga bermanfaat agar kita menjadi manusia dengan rasa maklum yang semakin luas dan bersyukur dengan apa yang telah TUHAN berikan dalam hidup ini. Ingat Sahabat ...

☆ Kita bukan satu²nya manusia dengan segudang masalah. Tersenyumlah.
☆ Senyum mampu membasuh setiap luka kita. Maafkanlah.
☆ Maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit dengan hati kita.Mohon maaflah.

→_→ Manalah tau kot xdak hari ESOK lagi untuk kita...

Monday, July 29, 2013

Sifat dalam kesalahan

Orang yang paling cepat dalam minta maaf adalah orang yang paling berani..

Orang yang paling cepat memaafkan adalah orang yang paling kuat..

Orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang paling bahagia.

Orang yang mudah mengaku salah adalah orang yang disayangi.

Orang yang susah meminta maaf adalah orang yang sangat penakut.

Orang yang susah memaafkan adalah orang yang lemah.

Orang yang susah melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang tidak pernah bahagia.

Orang yang susah mengaku salah adalah orang yang didendami.

from:copy&paste

Anak ibarat permata...

Jaga dan belailah anak yang dianugerahkan itu sebaik mungkin..

ADAKAH ANDA TAHU ANDA PERLU BERTAUBAT SEKIRANYA ANDA MEMARAHI ANAK ANDA YANG BERUSIA BAWAH 7 TAHUN?

Sebab kanak-kanak yang berumur 7 tahun belum ada akal lagi dan belum dapat memahami situasi dengan jelas. Kajian saintifik menyatakan ketika anda marah, hormon stress dan asid akan terbentuk didalam tubuh anda dan asid ini didapati dapat merosakkan tubuh dan anak anda.Berlemah lembutlah dengan anak anda

[quote by Prof. Dr. Muhaya, Wahai Hati Yang Tenang] Ya, Ianya sangat susah untuk diamalkan. Tetapi sekiranya berjaya dilakukan, anda telah melangkah menjadi insan yang luar biasa, bukan untuk diri anda sahaja tetapi untuk anak anda juga.

Wednesday, July 3, 2013

Indah dipandang Indah lagi dirasai

✅ Dosa Jangan di ➕
✅ Amal Jangan di ➖
✅ Cinta Jangan di ➗
✅ Hidup hanya 1  ✖

Gugur Bunga kerana layu
Gugur Iman  kerana Nafsu
Gugur Cinta kerana Cemburu
Tertawa  kerana Bahagia
Menangis kerana Derita
Bertaubat kerana Dosa
Beribadah kerana Takwa
Hidup Bersyukur dengan apa adanya
Insya Allah akan Bahagia ♡
(Copy&paste)

Hidup ini indah kalau kita sentiasa senyum dan positif.
Hidup ini indah kalau kita tiada sifat & sikap negatif dalam diri.
Hidup ini indah kalau kita mengejar harta Akhirat bukanya mengejar harta dunia.
Hidup ini indah kalau ikhlas dalam apa perkara pun.
Hidup ini indah kalau kita faham apa erti kehidupan yang sebenar.
Hidup ini lebih indah kalau kita menjalani kehidupan seharian kita kerana Allah s.w.t.
"Indah bukan sekadar dimata tapi dihati"

Wednesday, August 1, 2012

Masalah Tekanan Darah Rendah Wanita Hamil



Info berguna kepada Ibu Hamil ~ Sila Baca


Ketika mengandung, tubuh ibu menyediakan suasana persekitaran yang selamat di samping memberi nutrisi/pemakanan kepada bayi yang sedang membesar di dalam kandungannya.
Oleh yang demikian, seorang wanita yang mengandung akan mengalami perubahan fizikal dan fisiologi yang dramatik, termasuklah yang melibatkan sistem peredaran darah atau tubuh.

Perubahan sistem peredaran tubuh yang mencirikan proses mengandung normal adalah disebabkan oleh vasodilatasi (penambahan diameter pembuluh darah, khususnya arteri) periferal.

Semasa mengandung, tekanan darah adalah lebih rendah akibat perubahan hormon yang menyebabkan saluran darah mengembang.

Salur-salur darah juga tidak mengalami kontraksi/pengecutan secepat mahupun secekap sebelum mengandung sebagai suatu tindak balas kepada perubahan gaya atau kedudukan tubuh.

Oleh sebab itu, seseorang yang berdiri dengan cepat tidak memberi masa secukupnya untuk sistem peredaran melakukan penyesuaian, seterusnya tidak cukup darah dan oksigen sampai ke otak dan ibu yang mengandung itu akan berasa pitam.

Semasa hamil, jantung akan bekerja mengepam darah kepada rahim dan bayi dalam kandungan dengan lebih kuat. Pengeluaran kardiak/berkaitan jantung bertambah dari seawal lima minggu kehamilan.

Jumlah darah yang dipam oleh jantung meningkat 45 peratus apabila janin berusia 24 minggu. Denyutan jantung meningkat 30 peratus.

Denyutan nadi boleh meningkat dari kadar 60 ke 70 denyutan seminit sebelum mengandung kepada 80 ke 90 denyutan seminit semasa hamil.

Walaupun terdapat penambahan dramatik pengeluaran kardiak, tekanan darah menurun semasa trimester kedua kehamilan dan kembali ke normal semasa trimester ketiga.

*Pitam

Itu sebabnya kenapa wanita hamil lebih cenderung mengalami pitam semasa trimester pertama dan kedua. Apabila usia kandungan meningkat, rahim akan membesar dan memberi tekanan kepada pembuluh darah vena kava inferior yang bertugas mengalirkan darah dari bahagian kaki kembali ke jantung. Kesan tekanan ini akan menghalang pengaliran darah semula ke jantung.

Jika wanita hamil berbaring, rahim yang semakin membesar itu boleh menghalang pengaliran darah balik ke jantung dan mengakibatkan sindrom supine hypotensive yang berlaku pada 10 hingga 15 peratus wanita hamil. Keadaan-keadaan yang disebutkan ini boleh menyebabkan rasa pening kepala dan pitam.

Rahim yang membesar akan menolak diafragma ke arah dada dan menyebabkan wanita hamil berasa sukar bernafas. Volum plasma atau darah meningkat 50 peratus dari seawal enam minggu kehamilan untuk memenuhi keperluan janin. Komponen cecair dalam salur darah meningkat dengan lebih banyak lagi berbanding sel-sel darah merah pembawa oksigen. Akibatnya, wanita hamil akan menjadi anemik, yang merupakan kesan yang normal akibat perubahan fisiologi kehamilan.

Walaubagaimanapun, jika zat besi tidak mencukupi dalam pemakanan ibu, anemia akan bertambah teruk dan menyumbang kepada rasa pitam apabila berubah kedudukan. Semasa peringkat awal kehamilan, ibu hamil kerap mengalami loya dan muntah yang disebabkan oleh paras hormon estrogen dan human chorionic gonadotropin (HCG) yang tinggi.

Gejala-gejala ini biasanya dirasai semasa minggu ke tujuh hingga ke lapan kehamilan dan beransur reda semasa minggu ke-12 hingga ke-15 kehamilan. Muntah yang berlebihan dan berpanjangan pada peringkat ini akan menyebabkan kesan dehidrasi, kebuluran, penurunan berat badan dan mengganggu perkembangan janin yang semakin membesar. Kebuluran menyebabkan ketosis (persekitaran berasid) yang boleh memudaratkan janin. Oleh itu, jika keton dikesan dalam air kencing, ibu hamil perlu dimasukkan ke dalam wad.

Rawatan hidrasi dengan cecair intravena akan memulihkan keadaan ibu hamil. Rasa loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengubahsuai pemakanan atau tabiat makan. Makan dan minum dalam kuantiti yang kecil dan secara kerap boleh membantu. Makan sebelum berasa lapar juga dapat membantu mengatasi masalah ini.

Biskut kraker mahupun roti bakar boleh dimakan sebelum bangun dari katil pada waktu pagi untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

Minuman isotonik baik diminum kerana ia ideal untuk menggantikan garam elektrolit yang mungkin hilang akibat muntah yang berpanjangan.

Elakkanlah dari makanan serta bau-bauan yang menyebabkan ibu hamil berasa loya.

Ibu hamil juga boleh mempraktikkan beberapa langkah yang dapat membantu mengatasi masalah-masalah atas.

1.Untuk mengelakkan rasa pening dan pitam, apabila bangun dari tidur, duduk dan tunggu selama 15 saat, kemudian gantungkan kaki dari katil dan tunggu 15 saat, berdiri dan tunggu selama 15 saat, dan barulah mula berjalan.
2.Jika rasa pening pada siang hari, pulihkan dengan mengambil makanan ringan, minumlah segelas jus oren sebelum bangun dari katil.
3.Elakkanlah dari berdiri pada satu tempat tanpa bergerak kerana ini menyebabkan darah terkumpul di bahagian kaki. Sebaliknya, berjalan tanpa bergerak supaya otot-otot betis dapat membantu mengepam darah semula ke jantung.
4.Untuk pening yang disebabkan oleh anemia, rawatan suplemen dengan zat besi patut diambil.


Sumber : Utusan Malaysia
Keterangan oleh Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Kamsuraini Ibrahim.


Tuesday, July 31, 2012

.....Si Suami Temankan Isteri Bersalin..

Patutkah Si Suami Temankan Isteri Bersalin..

Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?


1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap.

Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin?


Creadit to: Saujana Hikmah

✿Yeay...dapat hadiah! ✿


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hye Bloggers...Readers...Hopefully sume sihat2 blake..
Hari ni dah pun Ramadhan ke 11..Sat je masa berlalu kan..

Entry hrni pasai perempuan..lelaki.. & hadiah...

Perempuan memang suka dapat present...
Tak kisah murah ke mahal ke ..setiap hadiah yg diterima sentiasa dihargainya..
Walaupun se simple mana pun hadiah tu..seperti sekeping kad ucapan..perempuan tetap terima dgn ikhlas..
Hadiah yg diterima dianggap seperti tanda ingatan dan penghargaan buatnya..

Lelaki pun suka dapat hadiah..
Tapi lelaki kan Cool je...ego..tapi dalam hati sapa yg tahu..
mungkin ada setengah lelaki lebih suka memberi dari menerima..
Bila penerima itu suka akan hadiah yg diberi mungkin itulah hadiah paling bermakna untuk lelaki?segalanya mungkin....


“Maksud - Maksud Hadiah”
Setiap hadiah yang anda beri mempunyai maksud yang tersirat…

JAM TANGAN……
Tanda mengingati setiap masa dan waktu.

CINCIN ……
Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG ……
Tanda mesra.

RANTAI LEHER ……
Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG ……
Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT ……
Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN ..….
Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG ……
Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI …..
Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR …..
Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU ……
Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA …….
Tanda perkenalan dan tanda sayang.

CHOCOLATE …….
Semanis cintamu.

LAGU/CD/KAD UCAPAN……
Mengabadikan cinta

SEJADAH DAN AL-QURAN ……
Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

Thursday, July 26, 2012

Makan Ulam x?

Sekadar ingin berkongsi ilmu ツ

Pegaga
Selain khasiat awet muda, ia juga mampu memperbaiki peredaran darah dan masalah pusingan haid. Air rebusan akarnya boleh diminum sebagai tonik.

Serai
Air rebusan secekak serai boleh dijadikan mandian anak yang menghidap penyakit kuning. Kalau boleh, lakukannya pada sebelah petang.

Ulam Raja
Daun dan batang muda boleh dimakan sebagai ulam ketika berpantang. Selain itu ia juga membersihkan darah, menguatkan tulang dan untuk awet muda.

Selom
Boleh diamakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Selom juga boleh dimakan untuk tujuan kecantikan.

Halia
Untuk menyingkirkan angin di badan, halia adalah tumbuhan yang sesuai dimakan. Malah ia juga boleh digunakan untuk mandian.

Serai Wangi
Daunnya antara ramuan mandian ibu selepas bersalin. Selain itu air rebusannya boleh diminum untuk meredakan sakit kepala.

Lengkuas
Batang dan daun lengkuas digunakan sebagai ramuan mandian ibu lepas bersalin.

Mengkudu
Daunnya diguna sebagai pembalut batu tungku dan ramuan mandian untuk ibu lepas bersalin. Daunnya boleh dipanaskan dan ditampal pada perut untuk melegakan sakit perut. Pucuknya boleh dimakan sebagai ulam bagi melawaskan pembuangan air besar.

Kunyit
Ibu kunyit dikatakan dapat mengecutkan rahim selepas bersalin dan digosokkan pada muka untuk menghilang jerawat. Kunyit muda pula dibuat ulam untuk memperbanyak susu ibu selepas bersalin

Tak sabar nak jadi ibu



25/07/2012(Rabu) bersamaan 5 Ramadhan 1433h

Emm..kena g clinic regular check up lagi... Sekarang kena p 2 minggu sekali..Makin dekat due makin nervous plak rasa.......Yang malasnya sebab kena menunggu berjam2 lamaya tunggu turn check up..Tapi yg bestnye tiap kali check up dapat dengar degupan jantung baby.Tak sabar nya nak tgk baby.

Baby Boy ke Baby Girl? Mana2 pun tak apa..Sebab anak sulung kan..Yg penting keluar dengan keadaan yg sihat..Alhamdulillah..

Hmm..Akhir2 ni HB low...HB 9..emm risau jugak... En.Hubby belikan kerang suh makan bg tambah darah..Sayuran hijau pun makan jugak..Buah-buahan pun makan..semua makanan yg berkhasiat je makan tapi still HB low....

~~Sharing Is Caring~~
Di Malaysia, antara masalah yang dihadapi ibu hamil selain masalah diabetes atau tekanan darah tinggi adalah masalah hemoglobin rendah (HB low).

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras hemoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk mendapat anemia. Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, di sinilah serangan anemia bermula.

Simptom awal anemia
1.Sentiasa letih
2.Pening kepala atau pitam
3.Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
4.Warna kulit bertukar menjadi pucat
5.Penurunan berat badan
6.Kadar denyutan jantung yang cepat
7.Lemah daya ingatan

Antara punca masalah HB low
1.Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
2.Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
3.Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia


Supplement yang dicadangkan
Vitamin C
Membantu penyerapan vitamin b12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan

B-complex
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.

Awas!!
Elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi !

Tuesday, July 24, 2012

✿Ibu Mengandung Dan Bulan Puasa.....



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

24 July 2012 / 4 Ramadhan 1433h ….Hari ni dah masuk hari ke-4 kita semua berpuasa.. Alhamdulillah.. First time dalam hidup merasa berpuasa sebagai ibu mengandung dengan usia kandungan kini 34 minggu..lagi 2 minggu masuk 9 bulan...memang sangat besar dugaannya.. Dengan letih yg ter amat sangat, dengan rasa sengal2 pinggang..kadang2 rasa sakit2…kaki bengkak lagi...huhu dugaan2..semoga kuat menjalankan ibadah puasa..harap tu dapat berpuasa penuh tahun ni..bulan puasa hanya sekali saja dalam setahun...memang superb la bagi wanita2 yg sedang mengandung berpuasa dibulan ramadhan (^^,)

Kepada Ibu2 mengandung disini ada sket info…..

::Sharing is Caring ツ

Puasa mengikut trimester

Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu. Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa. Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak. Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta. Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya.


Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan.

Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:

• Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi

• Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas

• Anemia/kekurangan darah semasa mengandung

• Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)

• Pesakit jantung

• Tumbesaran bayi yang terencat

• Mengalami perdarahan semasa mengandung.


Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan

Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang.

Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.


Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

4. Jangan minum air sejuk atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Monday, July 23, 2012

Cukur Jambul...

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)

Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunnah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin.

Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik.
Amalan tahnik ialah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w.

Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.

Kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa hari ini ialah akikah atau cukur rambut dilakukan setelah bayi berusia beberapa bulan. Majlis tersebut turut disertai dengan adat berendoi di mana buaian dihias dengan bunga-bungaan dan perhiasan lain.
Upacara cukur rambut tidak perlu disertakan dengan marhaban atau berzanji. Ia memadai dengan bercukur rambut sahaja. Melainkan jika ia diadakan pada hari akikah, bolehlah diadakan jamuan.

Masyarakat Islam harus faham bahawa sesuatu amalan yang dilakukan sama ada yang sudah menjadi tradisi dan kebiasaan tanpa bersumberkan nas atau dalil yang sah perlu ditolak. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan kepercayaan dan tradisi agama lain.

Monday, July 16, 2012

...Are Y0u rEady???

Ramadhan is c0ming s0on....

InsyaAllah... This Saturday 21st July 2012 ( 1st Ramadhan 1433h)

N0 more food...

N0 more drink..

No more smoking..

No more..No more.. ok

Happy fasting M0nth ✿










Friday, July 6, 2012

♥●•٠· Step By Step ♥●•٠·






السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Semua orang mempunyai hati,
Sama ada baik atau jahat...
Semua orang mempunyai Perasaan,
Sama ada Sayang atau kejam... "

Kita hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan..yang xpernah lari dari membuat kesilapan..Manusia boleh berubah jadi baik...Tapi tak la secara mengejut..Manusia akan berubah tanpa paksaan sedikit demi sedikit..InsyaAllah dengan berkat doa & sokongan teman serta keluarga juga niat yang ikhlas ,seseorang itu akan berubah kearah kebaikan...✿

Niat dr Hati yg ikhlas:-Yuzyana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...