Friday, September 23, 2011

Modus Operandi

Modus operandi seorang suami kepada isterinya berhasil. Apabila dikaji kes ini, didapati modus operandinya adalah bertujuan yang sama dengan kes sebelum ini cuma cara saja berbeza.

Perkataan 'modus operandi' bermaksud

- cara atau prosedur untuk melakukan atau melaksana­kan sesuatu. Kita melihat maksud 'modus operandi' secara keseluruhan sesuatu aktiviti atau perkara dilakukan.

Sumber Dari Google

T0day Feel s0 Weak-Minded

~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~

HELL0 Blogers, Reader & Silent Readers..H0w y0ur day? Excellent? Bad day? Good day?Bagus ke tak bagus?H0pe all of y0u in the Pink of The Health.

T0day Feel s0 Weak-Minded to me. Bangun Early the M0rning Husband Kejutkan...(0opss..Jam duk jauh dari Telinga le.. tu yg tak terjaga hehe)bersiap siap nak p kerja pastu p dapoq nk wat breakfast...Bukak Freeze teng0k kek Batik yg Buat malam tadi jadi macam mana...Husband suka makan kek Batik sebab tu yg semangat nak buat..tengok2 tak berapa jadi huhu.. Sebabnya biskut meri kurang huhu...Frust..terpaksa t0uch up balik.. Balik kerja sat g baru tengok lain tadi tak sempat sangat nak pesah sebabnya nak kena p kerja..huhu... Hopefully menjadi la...

Mo0d pun tak brapa nak ok hari ni sebabnya badan tak brapa nak sihat baru baik Demam...Duk 0ffice kena Air Cond plak lagi la rasa tak sihat rasa tak dak M0od rasa serabot... makan tak lalu tidoq tak lena mandi tak basah (ehh tiba2 plak)..hmm.. Hopefully dapat keluar dari situasi Menyerabutkan ini(Maaf yea kalo penggunaan tatabahasa tak betol huhu)Serabot....serabot...


"It is the greatest of all mistakes to do nothing because you can only do little - do what you can." ~Sydney Smith
Have a Go0d Day All ツ

Women Please Be Allert!!!!

Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.
Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.
Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

... Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..
Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka.
Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka,
Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.


Pertama , wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
Kedua
, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
Ketiga
, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!


Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Sampaikan mesej ini kepada semua rakan-rakan kita supaya salah seorang rakan dalam hidup kita tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka!

Sumber Dari:: FB Akhisyah Hamid[Ex-Student SMK Syed Alwi 1997-2001 (1984)]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...