Tuesday, November 29, 2011

Easy With Silent

~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~

✿Selamat hari selasa ツ hopefully bloggers,readers,& silent readers sihat sokmo...wahh kemain lagi dlm blog pot pet pot pet tapi reality Yuzy tak banyak cakap pun... Nak plak kalo sembang ngan orang yg berumur pun..macam makcik2 pun..huhu tak reti sembang pun... Diam xbermakna sombong pun...huhu...nak sembang apa pun..nak cakap apa pun tak taw huhu...jadi diam je pun...

Masa kat kolej pun macam tu jugak pun ...bila time ada presentation ja mula la menggelabah pun..nervous pun..cakap tak keluaq sora pun...speechless nak wat macam mana pun tak taw..

Sekarang dah kerja pun sama jugak pun..kurang bercakap pun ...Comunication kurang pun..Easy With Silent..cakap banyak pun tambah dosa ja pun..kot la terkutuk pun ..termengata pun ..tergosip ke pun...peace❤

Banyak plak 'pun" hehe

Thursday, November 24, 2011

Tunggu punya tunggu punya tunggu.....


Lama sungguh rasa tak update blog...yelah takot Zombies makan otak"Zombies ate your Brain"..hehehe...

Ni nak crita pasai ..Baru2 ni p spital appointment with doctor pukoi 10pg..Bangon awal kejotkan En.Hubby p keja..pastu masak siap2 untuk lunch..da siap suma tunggu En.Hubby amek bawak p spital je..sampai spital orang ramainyeeee...pastu kena daftar dulu pastu tunggu pembantu tadbir tu panggil bagi nombor...lama gak tunggu baru panggil...dapat nombor 3041 ..masa tu kat skrin baru 2035 macam tu lah...

Tunggu punya tunggu punya tunggu...nama pun dipanggil..p la masok bilik..kena timbang berat ngan ukuq tinggi ...tak Normal k...Berat badan lebih sekilo dari normal...hahh tulah makan ja kerja.... kalo bab makan tu laju je...ni baru lebih sekilo..kalo berkilo2 xtaw la...ok abeh crita pasai makan..pastu...cek gula dalam darah..nasib baik ok..result 4.9..nurse tu la yg cakap ok..pastu Nurse tu cakap duduk dulu sat g jumpa Doctor...adoi kena tunggu lagi...

Tungu lagi....Tunggu punya tunggu punya tunggu..tak panggil2....orang yg datang kemudian pun dah balik...pesakit yg appoinment pkoi 11 pun dah balik...sampai lengang la tempat menunggu tu still tak panggil..Tension!!Berasap!!Berapi!! suma ada..sabaq...sabaq.... Tungu lagi....Tunggu punya tunggu punya tunggu....baru N0mbor 3041 keluaq kat skrin...ok masok p jumpa Doctor..

Doctor tengok result amek darah last week..dia kata everything ok..nampak normal..pastu Yuzy tanya kat doctor tu ""lepas ni xpayah mai dah la kan..dah suma ok.." pastu doctor cakap.."Eh tak boleh..kena datang jugak..sekarang penyakit ni tak active tapi bila pregnant nanti penyakit ni lebih active sebab tu still kena datang appointment..6 bulan skali je...BLA..BLA..BLA..." panjang lebar doctor tu explain...Yuzy diam je... pastu doctor tu cakap..."ok ..setahun sekali..next appointment bulan 11 2012..tapi..ada tapi nya..kalo dalam masa setahun tu pregnant make sure inform kat doctor k or kalo ada apa2 yg x ok cepat2 jumpa doctor xpayah tunggu setahun..ok?" Pastu Yuzy pun tanya "Memang pesakit kena tungu lama ke baru boleh jumpa doctor..3 jam saya tunggu.." emm kebetulan hari ni Doctor xramai..ok nanti amek ubat ..pastu saya bg MC untuk hari ni..Yuzy pun keluar dari bilik..

Tungu lagi....tunggu untuk dapat date untuk next appointment..Tunggu punya tunggu punya tunggu....Baru boleh balik umah.

Friday, November 18, 2011

Imp0ssible Be P0ssible


~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~
Benda mustahil pun boleh jadi tak mustahil.. Betul tak?
Dah memang tertulis macam tu...
Kita hanya mampu merancang..tapi tak semestinya semua benda yang dirancangkan menjadi kenyataan.Kadang-kala ,perkara yang kita paling nak elak adalah perkara yang susah nak elak..

Emosi sangat kadang2 tu..rasa je lebih..Contoh situasi..Kita ikhlas senyum kat kawan kita tapi apa yg kita dapat,dia senyum nak tak nak je... masa tu kepala otak ni mula la pikir..kenapa kawan kita tu senyum nak tak nak je kat kita?kita ada buat salah apa? Negative..Positive....pikir macam2...'Kawan kita ada problem kot...'Tapi hati rungsi asyik pikir je walaupun dah pikir positive....
Banyak sangat pikir boleh jadi mereng...

Apa pun kita buat mesti lah ikhlas...Tak perlu mengharap balasan apa2...Kita dah merancang untuk membuat sesuatu yg membahagiakan,kita dah usaha buat yg terbaik tapi kita kena redha..Setiap yg berlaku adalah suratan Takdir..

"hari ni M0od Down huhu"

I never think of the future - it comes soon
enough.

Albert Einstein


Yuzy Tulis, Apa yg Mata Nampak, Apa yg Telinga Dengar, Apa yg Hati Rasa

Wednesday, November 16, 2011

Pernah tak korang TER Fikir.........



Kadang-kadang kita termenung jauh fikirkan..
"Betul ke macam tu?"

"Kenapa jadi macam tu ek?"
"Sebab apa jadi macam tu?"
"ish..nak buat macam mana ni?"
Perkara Positive yg keluar dari fikiran dan terus membuatkan kita seperti tersedar dari mimpi...
korang pernah?
Keadaan tu datang sendiri tanpa kita sedari...
'Duk ralit ja...' termenung je...tapi dalam kepala hotak active memikir..Macam2 ada...tapi kadang2 tu APA PUN TAK BOLEH.....just fikir2 tapi tak melaksanakannya...
Kalo terfikir sesuatu yg positive cuba sedaya upaya termampunya membuat sesuatu itu seikhlasnya...


Sekian..

Monday, November 14, 2011

Alamak... Line Tak Clear


#&^%#@% No nothing…just nak cakap line tak Clear...Betulkan sket...Betulkan Sebelah kiri...Kanan sket...Depan sket....Atas sket...Pusing2 sket..Ahaks Line Clear dah...Line Clear Baru best....Alamak... Line Tak Clear plak dah ..nak kena campak jugak 'TV' ni..Cepat2 'Beli' yg baru tak tahan dah asyik line tak clear je.. Beli yg baru...Lagi P0wer lagi Best...

Friday, November 11, 2011

Sharing is caring - MELADA PAHIT


Pernah dengar tak MELADA PAHIT???

Meladapahit atau nama saintifiknya brucea amarissima pada asalnya tumbuh secara liar di kawasan hutan sekitar negara ini.Meladapahit adalah sejenis tumbuhan herba yang berbuah. Bahan utama yang digunakan untuk perubatan adalah buahnya. Herba ini sangat berkesan untuk merawat pelbagai masalah penyakit.Khasiat buah meladapahit yang berbentuk bulat dikatakan berupaya merawat:-

Kencing manis (Diabetes) dan darah tinggi
Demam, cirit-birit dan sakit sendi
melancarkan aliran darah
masalah penglihatan
anti kanser
Menambah tenaga
sembelit, resdung, tiroid, disentri
sakit jantung, lelah, gout, kebas-kebas tangan
menghindarkan penyakit bawaan nyamuk

Di samping itu, ia turut digunakan merawat penyakit-penyakit lain seperti asma, kencing manis, darah tinggi, malaria dan memulihkan tenaga selepas melahirkan anak

Info Dari Google

MELADA PAHIT/JAWA BRUCEA
Pokok Melada Pahit atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai Jawa Brucea adalah sejenis tumbuhan herba berkayu yang mengeluarkan buah. Habitatnya adalah kawasan yang menerima cahaya matahari secara terus.

Herba ini amat berkesan untuk mereda dan merawat masalah darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, kebas, lenguh, lelah, resdung dan juga ciri-birit. Selain itu pokok herba ini juga amat berkesan sebagai pencegah penyakit kanser dan batu karang.

MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT
Air dari ekstrak kedua-dua pokok herba ini amat baik untuk dijadikan minuman harian bagi memulihkan tenaga, meningkatkan kecergasan dan menghilang rasa kelesuan. Fadhilat Herbs bukan sahaja sesuai untuk lelaki dan wanita malah ia juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Kebaikan Fadhilat Herbs telah terbukti baik untuk pemulihan masalah-masalah kesihatan seperti :
Kencing manis, Darah tinggi, Kanser tahap 1 dan 2, Sembelit, Buasir, Ghaut, Migrain, Gastrik, Resdung, Semput, Lelah dan Asma, Lenguh, Bisa tumit kaki, Kebas anggota badan dan lutut, Keputihan dan haid tidak teratur, Eratkan hubungan suami isteri, Menguatkan kapasiti ingatan, Melambatkan penuaan sel otak dan lain-lain lagi dengan izin Allah SWT.

Info Dari Fadhilat Herbs

Kopi ekstrak melada pahit
KHASIAT yang terdapat pada sesetengah tumbuhan liar untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kini tidak dibiarkan begitu saja, malah penyelidikan dan kajian dilakukan untuk dimanfaatkan dalam beberapa cara bersesuaian dengan gaya hidup semasa.

Melada pahit atau dikenali juga dengan nama embalau padang, kusum, mempahit dan lada pahit sudah digunakan secara tradisional untuk mengawal dan membantu merawat penyakit kerana kandungan anti oksidan yang sangat tinggi.

Tumbuhan ini mencapai kematangan dan berbunga apabila ketinggian satu meter dan ia boleh menjangkau tujuh meter. Tumbuhan ini juga dikenal pasti mempunyai bahan aktif alkaloid iaitu sebatian yang mengandungi nitrogen yang tiada bau dan rasa.

Semua bahagian pokok ini berasa pahit terutama biji dan akarnya. Bijinya mempunyai 50 peratus minyak tetap, manakala isi biji mengandungi yatanin dan yatanosid. Selain itu, kandungan lain ialah brucamarin, brusealin, brutasol, bruseantin, bruseajavanin, glukosa dan kosamin.

Daunnya pula dikatakan mempunyai khasiat sebagai ubat pupuk untuk merawat bisul, sengatan lipan, kulit kasar dan gatal-gatal disebabkan oleh parasit dan kurap. Bijinya pula berfungsi untuk membantu merawat buasir, masalah penghadaman, darah tinggi, kencing manis, gaut, kolesterol dalam badan dan mencairkan darah.

Menyedari pokok melada pahit ini mempunyai seribu satu khasiat yang boleh membantu menghilangkan beberapa penyakit kronik, Fadhilat Herbs Enterprise (FHE) yang beroperasi di Telok Mas mengambil langkah positif menghasilkan minuman kesihatan yang dikenali Air Fadhilat Herbs bagi meredakan pelbagai penyakit.

Pegawai Pemasarannya, Mohd Ruaduan Ghazali, berkata, hampir empat tahun menjalankan perniagaan berasaskan minuman kesihatan ini, banyak komen positif diterima daripada pengguna setia minuman ini dan kebanyakan mereka gembira kerana penyakit yang dihidapinya semakin hari semakin pulih.

Katanya, kebanyakan daripada pengguna minuman kesihatan ini mempunyai penyakit yang kronik, malah ada yang hampir berputus asa, namun dengan mengamalkan minuman kesihatan ini, tahap kesihatan mereka dilihat semakin baik ketika berkunjung ke syarikat FHE untuk menambah bekalan minuman.

“Selain mempromosikan minuman kesihatan ini, FHE juga kini ingin melangkah ke depan dengan mempelbagaikan lagi produk yang bersesuaian supaya pengguna dapat manfaat daripada kebaikan khasiat Melada Pahit ini. Bukan hanya satu produk diperkenalkan, namun terdapat beberapa produk berasaskan Melada Pahit,” katanya.
Kini, FHE tampil dengan produk baru berasaskan tumbuhan berkenaan iaitu minuman kopi yang dikenali dengan nama Fadhilat Cafe. Minuman ini adalah yang pertama sekali menggunakan ekstrak melada pahit bagi menghasilkan kopi yang enak dengan bau yang harum.

Ia berbeza berbanding kopi lain yang terdapat di pasaran daripada segi kandungannya yang ternyata memberi kelainan kepada penggemar kopi. Ia sesuai untuk diminum sesiapa saja tidak kira peringkat usia.

Harga yang ditawarkan untuk sekotak Fadhilat Cafe yang mengandungi 18 paket adalah RM25.90.

Info Dari MyMetro

Wednesday, November 9, 2011

Tadi Katanya Apa?...



Aku Dulu Atau Kamu dulu?...
Kamu Dulu Atau Aku Dulu?....

Kenangan yg lepas adalah pengalaman yg sangat bermakna bagi kita..

Dulu kita Pernah belajar Satu kelas ketika di Sekolah Rendah.. Belajar A B C kenal 1 2 3..Gambar kenangan sewaktu Darjah 3 Masih disimpan dengan Rapi...Masa tu budak2 lagi mana tau cintan cintun..

Dulu masa Sekolah Menengah kita satu Sekolah jugak Pernah berada di kelas yg sama.. Pernah belajar melukis sama2..Mungkin pernah jalan berselisih tapi tanpa kata tanpa teguran..kenapa?Sehingga tamat persekolahan kita membuat haluan masing2 tanpa khabar berita..

Tapi sekarang...

Kita bertemu kembali setelah 9 tahun berlalu..kita menjadi pasangan kekasih..Akhirnya kita menjadi pasangan Suami Isteri...Ramai yg tidak menyangka Kita bercinta setelah kenal dari kecil sehingga saat kita bertemu barulah kita bercinta..
Semoga kita kekal bahagia...
Terima Kasih kerana hadir dalam hidup ini..

# Wordless Wednesday- Aci Cuba Try Test

Saturday, November 5, 2011

Ketawa Penawar Duka


Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Cerita 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik.

Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


Cerita 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”


Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Penyakit Pelupa


Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.

Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti
* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan

Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit
* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah

Mereka juga mudah merasa rendah diri pada diri sendiri apabila mereka tahu kelemahan diri mereka.Pandangan penyakit alzheimer juga bercanggah dengan pihak yang normal kerana ini semua merangkumi daya pemikiran yang kurang berfungsi lebih jauh.Mereka juga tidak mengaku dan tegas dengan pendirian mereka walaupun dalam pada masa yang sama mereka tahu mereka salah.Ini berlaku disebabkan mereka inginkan di hargai dan mereka tidak mahu ditindas hanya dengan kelemahan mereka.

Dalam hal begini sememangnya mereka inginkan perhatian yang lebih dan juga tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai jiwa yang memberontak.Alzheimer juga akan sering
* Mengamuk
* Membebel
* Murung
* Tidak dapat menerima nasihat orang lain
* Membuat perkara yang diluar jangkaan


Yang diatas merupakan sesetengah sikap pesakit alzheimer yang kami kaji.Penghidap alzheimer kebiasaanya dialami oleh golongan orang yang berumur namun ada juga dialami bagi golongan muda.Ini kerana alzheimer bersangkut paut dengan daya pemikiran yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.Bagi yang sudah nampak perubahan pada diri sendiri dan rasa macam terlupa sesuatu barang yang disimpan jadi haruslah bersikap tenang dan jangan terus memaksa.

Dengan penyedaran pada diri sendiri lebih mudah untuk mendapatkan jalan keluar yang terbaik kerana bagi pandangan pihak kami ‘Masa yang terbaik untuk berjumpa doktor ialah sebelum anda sakit (mendorong ke arah hilang ingatan)’kerana sekurang-kurangnya dapat mencegah dari melarat.Bagi penghidap alzheimer jangan terus buntu untuk menyelesaikan masalah kerana setiap penyakit ada penawarnya.Hak manusia berusaha dan penyembuhan tetap hak ALLAH.

Friday, November 4, 2011

Why So Serios??

. ' 12 ' .
9 !/ 3
' . 6 . ' Tik T0k Tik T0k "Lunch Time"

. ' 12 ' .
9 !_ 3
' . 6 . ' Tik T0k Tik T0k

Tik T0k Tik T0k "Kringggggg...Time's up..Time to back Home"
Freaky Friday....Today feel so weird..."i'm wanna going home...."uhh..tak suka ngan perasaan cam ni..try to relax....ala wat relax je...jangan emo sangat nanti migrain tu muncul balik baru padan muka...nanti segala mak nenek penyakit datang balik hah baru ketahuan..tarik nafas dalam2 cuba relax.....pikir p0sitive...xmo stress2...buang yg negative tu....relax...cool down.....ingat benda2 yg happy je...y0u can do it!!

Tak pandai "Masak" sangat


Masam ke Manis?
Tawar ke pahit?
Hangat ke hangit?
emm cam ne ek? nak senyum ke?nanti nampak tak ikhlas plak...
ehmm..buat muka kelat tak cantik plak..Buat muka seposen je lah..
lalalalala.....
Bisinglah.......cakap banyak je lebih...
pot pet pot pet...pot pet pot pet...pot pet pot pet..
"eh..nampak berisi la..perut..punggung...dot dot dot ke? 'xkan' dot dot dot kot?"
opss....terlebih sudah...
lah apasal nak amek tau hal org ni?org xpenah amek tau pun pasal dia.....
Cakap tu 1 doa tak baik mendoakan sesuatu guna perkataan 'xkan' tak sesuai ok..
Serba serbi tak kena dimata dia..
Lama dah simpan...lama duk pendam tapi tak dendam..
macam kumpul duit le...lama2 banyak bila dah guna abes cam tu je...
kumpul setem buat koleksi plak..
pot pet pot pet...
"Boleh tak dot dot dot...rimas la.."
lah kalotnye...apasal macam tu ek?
tak penah pun kaco apa2 tentang idop dia...sibuk je nak kaco idop org..
Apa yg org buat tak kacau langsung pun dia..hmm..
Berdesing telinga....Berani buat berani tanggung le..
selalunya kalo sesiapa pun buat kerja berat keesokkan hari nya baru rasa lenguhnya..
luka kalo sembuh pun mesti tinggal parut...
EH merapik ape plak hari ni..kena sampuk agaknya...
Tajok lain isi kandungan lain...Sah lah kepala ngah banyak pikir....
Apa yg berlaku mesti ada hikmahnya...Aik positive plak tiba2..
bla..bla..bla...
Nescafe satu...
pulak...
"Something Wrong Somewhere"

Thursday, November 3, 2011

Everything in life is luck


Everything has been figured out, except how to live.
Jean-Paul Sartre

Here is the test to find whether your mission on Earth is finished: if you're alive, it isn't.
Richard Bach

I love life because what more is there.
Anthony Hopkins

I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see.
John Burroughs

I think I've discovered the secret of life - you just hang around until you get used to it.
Charles M. Schulz

It's all about quality of life and finding a happy balance between work and friends and family.
Philip Green

Life has meaning only if one barters it day by day for something other than itself.
Antoine de Saint-Exupery

I take care of my self , love my husband and my family. And enjoy day by day with happiness hopeful. And that's living.
Zyniq

Fact about Miscarriage??

"Losing a pregnancy can be heartbreaking. And for some expectant couples, the fear of having a miscarriage can be consuming, even edging out the excitement ........"
What causes a miscarriage? What kinds of things might put we at a higher risk for miscarriage? What are the signs that we might be having a miscarriage?

Ini Jawapannya:-

Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran
Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran
Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:

*Pemakanan yang tidak sihat
*Merokok
*Horman yang tidak seimbang
*Jangkitan kuman
*Masalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.
*Terdedah pada radiasi dengan banyak


*Mengambil ubatan yang memudaratkan bayi
*Demam yang tersangat panas
*Rahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?
Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :
1.Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
2.Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
3.Pendarahan yang berketul-ketul

4.Sakit perut berpanjangan
5.Keluar lendir yang berbau dari faraj
6.Demam melebihi 38 darjah C


Selepas keguguran
Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
#Jangan gunakan tampon
#Jangan douche vagina anda
#Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
#Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran.


Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)
Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur
Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.
Kepada Isteri2 jagalah kesihatan anda dengan sempurna.






"Do not dwell in the past, do not dream of the future, concentrate the mind on the present moment."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...