بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Semoga apa yang kita lakukan diberkatiNYA,insyaAllah..
Teka-tekinya berbunyi macam ni...
Lebih putih daripada salji,lebih hitam daripada malam,
Terdiri daripada 5 huruf,terdapat dalam Al-quran,
Memakannya haram,meminumnya halal,
Digunakan lelaki 3 kali sehari,
Digunakan perempuan sekali seumur hidup.
apakah IA?
JAWAPANNYA:-
→_→ KUBUR yang dalam bahasa Arab di sebut MAQABIR. Di eja dengan ejaan Bahasa Arab memang ada 5 HURUF.
Lebih putih dari salji, lebih hitam dari malam : Ada yang berpendapat, MERUJUK KEPADA AMALAN KEBAIKAN YANG AKAN MENYINAR DENGAN TERANG BENDERANG. Manakala JIKA TIADA AMALAN KEBAIKAN YANG MEMBANTU MAKA GELAP GELITALAH KUBURNYA TIDAK BERCAHAYA LANGSUNG.
Ada juga pendapat yang mengaitkan dengan KAIN KAPAN YANG BERWARNA PUTIH, MANAKALA BILA DAH DITIMBUS JENAZAH, MAKA ALAM KUBUR SESUNGGUHNYA GELAP GELITA.
Di dalam surah At-Takathur. Ayat ke-2 dah mention Al-Maqabir, tapi ejaan itu adalah untuk plural.
Makan haram tapi minum halal : KATANYA DI LARANG MAKAN DI ATAS KUBUR, TAPI BOLEH DISIRAM AIR.
LELAKI BOLEH MASUK KE LIANG LAHAD 3 KALI SEHARI MASA MENGEBUMIKAN JENAZAH, TETAPI PEREMPUAN HANYA SEKALI SEUMUR HIDUP IAITU KETIKA ROHNYA TELAH DICABUT.
Mengingati kubur,( mati) sememangnya satu ibadah.