SENYUM adalah bahasa dunia yang menunjukkan keceriaan membawa maksud bagi umat manusia
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna..
SEWAKTU kita berhubung dengan orang lain, sewajarnya kita SENYUM
SENYUM adalah jalan pintas bagi anda mengatakan anda menyukai seseorang
SENYUM yang kamu berikan kepada sahabat kamu adalah satu sedekah..
SENYUM adalah jambatan perhubungan persahabatan
SENYUM adalah satu pelabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
SENYUM harus ada ketulusan
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak menyenangkan, sama sahaja dengan kening yang berkerut
"Adalah diperakui apabila kita SENYUM, kita akan
menggerakkan hanya 15 otot manakala ketika
marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian
muka. Perbuatan mengerutkan dahi sahaja
memerlukan pergerakan 40 otot untuk
bekerja..BAYANGKANLAH!!"
Orang akan merasai dihargai apabila kita senyum padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik terhadap diri kita..Lantas, mengapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan..William Shakespear ada menyatakan..apa yang anda kehendaki adalah lebih cepat daripada memotong lidah dengan pedang adalah SENYUMan..
Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup anda
Bila berhadapan dengan keadaan susah, SENYUMlah..
Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
Pujangga menyebut.."SENYUMan itu kelopak" - tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya..
JADI...SENYUMlah selalu dengan ikhlas dan tidak berpura – pura. Kerana yang bepura-pura itu hanyalah mendapat sakit sedangkan orang yang melihat SENYUManmu itu mendapat barakah..
SENYUMan..bahaya muahahahaha....
--
1 comments:
Senyum sikit =)
Post a Comment