Friday, April 29, 2011

Boleh Maut Dengan Komputer

FAKTA HARI INI: Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut
Simptom:

1. Cepat penat.

2. Mengah.

3. Sakit dada.

4. Denyutan nadi laju.

5. Lemah di bahagian kaki.

6. Kurang selera makan.

7. Batuk.

8. Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.



Cegahan:

1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung.

2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki.

3. Elakkan meminum airbatu.

4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk.

5. Sentiasa meminum air panas.6. Amalkan bersenam.


Rawatan:Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.



Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.



Selalunya pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.



P/s: Pentingkanlah kesihatan k0rang k...post dlm Bl0g pun guna komputer kan... =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...