Petikan dari HalaQah:-
"Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga...."
Faktor dalaman yang menjadi reaksi terhadap rangsangan bukan perkara kecil dan kita boleh faham mengapa ada ayat al-Quran yang berbunyi
"Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum kecuali mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."
Apabila reaksi terhadap rangsangan luaran tidak sesuai, maka kita akan kurang berkesan dalam menangani masalah dan asam garam hidup. Kita mula menyalahkan nasib malang dan tidak melihat ini sebagai masalah diri yang perlu ditingkatkan. Maka, rangsangan dan tindakbalas yang dilakukan menjadi tidak sesuai.
Apakah strategi yang mudah kita lakukan untuk menangani tekanan.
- - Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.
- - Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan reda atas segala dugaan serta sentiasa melihat kepada kelebihan, jangan memikirkan kekurangan.
- - Mengenali reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melakukan teknik pernafasan melalui latihan jasmani (breathing exercise) dan rohani melalui tafakur.
- - Ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain, dia tidak seperti yang kita sangka, sebab perangai dan perbuatannya lain daripada hakikat. Terimalah hakikat dan buangkan pengharapan kita. Terimalah semua manusia seadanya. Terimalah perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan bertata susila.
- - Faham bahawa kita boleh mengubah diri sendiri dan hanya dengan perubahan diri yang kita dapat menangani emosi dan keadaan apa juga pun. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain.
- - Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan doa. Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini.
- - Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasulullah bersabar dengan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu.
Namun, Baginda berdoa :"Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan."Selepas mengetahui faktor emosi dalam evolusi penyakit, jelas bahawa kesihatan kita bergantung kepada suatu perubahan dalam diri untuk menjadi seorang beriman dan bertaqwa serta penuh pergantungan kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment