Monday, July 11, 2011
Kotak Gear CVT?
Proton Holdings Berhad (PROTON) telah mengesahkan penggunaan transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT) untuk barisan model kereta keluaran mereka pada masa akan datang.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian, seperti mana dipetik oleh sumber dari BERNAMA. Penggunaan sistem transmisi CVT akan ditawarkan sebagai pilihan, bermakna model kereta dengan transmisi automatik sedia ada empat kelajuan akan terus diperkenalkan.
Sistem transmisi CVT pada enjin CamPro dikatakan akan memberikan kesan dari segi penggunaan bahan api lebih cekap sehingga 4% bagi penggunaan di dalam bandar dan 10% di lebuh raya, selain menjadikan corak pemanduan lebih lancar.Setakat ini Datuk Syed Zainal masih belum mengumumkan tarikh bila kereta pertama dengan transmisi CVT akan mula dijual, selain tidak mendedahkan secara terperinci model kereta yang mana.
Kami berpendapat sudah sepatunya Proton menaiktaraf enjin Campro mereka ini.Dengan penggunaan transmisi CVT ini,ianya bakal memberikan satu imej dan juga tahap pemanduan yang lebih baik,lebih-lebih lagi kepada enjin Campro, yang diketahui umum, walapun dengan teknologi CPS, ianya masih lagi mempunyai kuasa kilas (tork) yang rendah berbanding 4,000 RPM, dimana ianya sedikit sebanyak agak “lemau” semasa RPM rendah.
Dan kalau boleh, penggunaan transmisi CVT ini, tidak perlulah diadakan variasi terhadap model-model sedia ada, walaupun Datuk Syed Zainal berkata ianya merupakan satu pilihan.Lebih baik bahawa setiap varian model kereta Proton dilengkapi transmisi CVT ini.Sudah-sudahlah memberikan “kasta” terhadap produk Proton.
Lebih baik variasi kereta Proton hanya dibezakan dengan kosmetik luaran seperti bodykit dan dalaman seperti kemasan kulit dan sebagainya.Bab enjin, keselamatan seperti ABS,EBD dan sebagainya, perlu disamatarakan.Adakah nyawa golongan kurang berkemampuan “kurang berharga”?
Berdasarkan maklumat sebelum ini, antara model yang disahkan bakal menggunakan teknologi kotak gear CVT ialah Saga FL, Persona dan MPV Exora, termasuk model terbaru Persona R yang dijangka dilancarkan pada suku kedua 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment