Friday, August 19, 2011

Bermulanya Dari Ramadhan ke Enam Belas

Bermulanya Dari Ramadhan ke Enam Belas Hingga Ke Ramadhan ke Lapan Belas....

Pagi Ramadhan ke Enam Belas Rasa tak selesa tak sedap badan..Hmm.. macam mana nak p kerja ney...Bagitaw kat En.Hubby keadaan wifenya...En.Hubby suruh rehat je kat rumah.S0 rehat je kat rumah xp klinik pun sebabnya En.Hubby kena kerja xboleh bawak ke klinik. En.Hubby Suruh makan tapi sayang nak makan sebab puasa.huhu Bukak Posa pun xslera makan.


Ramadhan ke Tujuh Belas...Hari ni PH Nuzul Quran kat Perlis dan Negeri2 yg Terlibat. jadi Boleh la rest sebab badan pun masih xsihat.perut mula rasa sgt pedih xtahan sgt.Sakit makin menjadi2 Terpaksa Batalkan posa dengan makan ubat Gastric.tapi still xslera makan. Perut masih pedih lagi... bangun sahur niat nak posa esoknya tapi badan still weakness.

Ramadhan ke Lapan Belas..Perut masih pedih..Ubat Gastic yg ada xdak effect apa pun..En.Hubby Bawak p klinik.Blk rumah rest seharian.Sapu minyak angin je kat perut bagi kurangkan pedih perut disebabkan Gastric .Lepas buka posa baru Makan ubat.Rasa Lega xpedih perut lagi.

Alhamdulillah...Ramadhan ke Sembilan Belas dapat pergi kerja macam Biasa.


Gastrik
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Penyebab Gastrik
Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.

Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.

Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.




Tanda-Tanta Gastrik


*Sakit Perut(pada Bahagian atas perut atau abdomen)


*Rasa Senak,berangin atau pedih


*Rasa tidak selesa


*Kembung,sendawa berulang kali


*Rasa Mual (Loya) dan Muntah


*Hilang Selera Makan


*Berat Badan turun(pada Peringkat teruk::Ulser Perut)

Punca-punca lain Gastrik:

Makanan Pedas
Orang yang gemar makanan pedas adalah lebih cenderung untuk menghidap masalah gastrik acid, ini adalah kerana kepedasan itu adalah sesuatu yang merangsang rembesan jus gastrik asid di dalam perut. Ini menerangkan kenapa anda lebih berselera dan makan lebih apabila terdapat lauk yang pedas.

Makanan Masam
Seperti dengan makanan pedas, makanan yang masam turut akan merangsang rembesan jus gastrik yang lebih. Bagi mereka yang gemar makan jeruk apabila perut kosong, lama kelamaan, lapisan mukus yang melindungi dinding perut daripada hakisan asid hidroklorik akan menjadi semakin nipis.

Makanan Goreng
Makanan yang digoreng adalah berminyak dan lebih sudah untuk dicerna, ia akan berada di dalam perut untuk jangka masa yang lebih panjang. Kewujudan makanan akan terus merangsang rembesan jus gastrik di dalam perut

Kopi atau Teh
Kopi dan teh mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Satu atau dua gelass sehari tidak apa, tetapi kalau anda minum kopi dan teh seperti minum air, anda memang dalam senarai calon yang bakal dapat masalah gastrik.

Tekanan Emosi
Cara hidup moden adalah penuh dengan macam-macam tekanan dan tekanan emosi ini akan mengganggu sistem hormon dan saraf di dalam badan yang akan menyebabkan macam-macam penyakit moden dalam jangka masa yang panjang dan masalah gastrik adalah salah satu daripadanya.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:

Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.

Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.


Tip Sepanjang Bulan Puasa

*Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan

*Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur

*Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati

*Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.

*Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.

*Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.

*Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak

*Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.

*Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.

*Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...