
contohnya :- kawan kita Baru dapat sesuatu info dengan semangat yg berkobar2 dia menceritakan pada kita info tersebut padahal kita dah tahu dah info tu. Jadi kita buat2 xtahu je konon2nye kita xtaw apa2.

Contohnya:- Seorang pelajar ni memang bijak dlm kelas.tapi pada suatu hari datang seorang pelajar baru yg lebih bijak darinya.Cikgu bg soklan math tapi pelajar ni xtahu macam mana nak buat tapi malu nak bertanya kpd cikgu krn mahu tunjuk kehebatan kpd pelajar baru.---> kalo xtahu tu tanya je..xsalah pun..bukan kena bayar pun..kan?

Contohnya:- Seorang budak hendak pergi ke kedai runcit di kawasan perumahannya tetapi tidak tahu kemana arah tuju untuk ke kedai runcit kerana baru berpindah ke kawasan tersebut.Nak bertanya tapi tak dak sapa2 plak.jadi budak tersebut redah je buat pala taw cari kedai akhirnya jumpa jugak.

Contohnya:- Kawan kita xtahu nak buat tugasan yg diberikan tetapi cuba bertanya pada kawan yg sorang lg depan kita tanpa bertanyakan pada kita padahal kita tahu tentang tugasan tersebut walaupun kawan yg sorang lg pun xtahu nk buat . ‘dah org xnak kita tolong buat apa nk tolong..kan?’

Contohnya:- Seorang Cikgu memberitahu ketua kelas bahawa beliau tidak dapat masuk ke kelas hari ini kerana ada meeting. 2 minit selepas Cikgu kebetulan terserempak dengan penolong ketua kelas dan memberitahu bahawa beliau akan masuk ke kelas dlm masa 5 minit lg kerana meeting ditunda. Ketua kelas dan Penolong ketua kelas kebetulan masuk kedalam kelas pada waktu yg sama dan memberitahu pesanan dari cikgu mereka.
Ketua Kelas, “Cikgu xmasuk kelas hari ni , Semua pelajar diminta diam”
Penolong Ketua Kelas, “Cikgu akan masuk dlm masa 5 Minit lg,semua pelajar diminta duduk ditempat masing2”
Pelajar2 lain nak dengar cakap siapa? 10minit kemudian Cikgu pun masuk kelas mengajar..Jadi siapa jadi mangsa keadaan?




0 comments:
Post a Comment