Entry kali ini adalah berkaitan dengan Belanjawan..7 Oct lepas PM dah umumkan Bajet 2012 (KLIK SINI) semua kelebihan adalah berpihak kepada penjawat Awam tapi bagaimana plak dengan pekerja Swasta? Caruman majikan dalam Kumpulan Wang Simpanan Perkerja (KWSP) dinaikkan kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah.ok la tu kan...Tiap Tahun harga barang di negara kita semakin meningkat .Adalah sgt penting bagi kita sentiasa berjimat cermat supaya kita dapat mengawal keadaan kewangan kita. Pada awal tahun 2012 eloklah tetapkan azam baru dengan berjimat cermat.. Buat target untuk berjimat dan laksanakan supaya target anda tercapai.. Sekadar ingin berkongsi beberapa tips mudah dengan anda semua tentang cara berjimat-cermat.
1.Rancang kewangan
- Gaji Tiap2 Bulan cuba plan la nak guna untuk apa ( Bil Api, Bil Air,brg dapo,dll)
2.Amalan Menabung
- Bajet le bulan ney nak simpan brapa. Digalakkan simpan dlm ASB.
3.Bijak menggunakan kenderaan
- Buat peruntukkan untuk Minyak kereta / Moto Untuk sebulan.
4.Jimatkan penggunaan air dan elektrik
- Lepas guna Lampu ke Kipas ke Air Cond ke tutup balik suis/paip air.
5.Kurangkan pembelian barangan berjenama
- Nak beli xsalah tapi cuba kurangkan bukan rugi pun..
6.Beli barangan secara borong
-Digalakkan supaya membeli barangan secara borong.Borong siap2 barang untuk sebulan.. kan lebih jimat.
Kesimpulannya..Jimat Cermat amalan yang mulia ✿
Monday, October 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment