Saturday, November 5, 2011
Penyakit Pelupa
Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.
Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti
* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan
Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit
* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah
Mereka juga mudah merasa rendah diri pada diri sendiri apabila mereka tahu kelemahan diri mereka.Pandangan penyakit alzheimer juga bercanggah dengan pihak yang normal kerana ini semua merangkumi daya pemikiran yang kurang berfungsi lebih jauh.Mereka juga tidak mengaku dan tegas dengan pendirian mereka walaupun dalam pada masa yang sama mereka tahu mereka salah.Ini berlaku disebabkan mereka inginkan di hargai dan mereka tidak mahu ditindas hanya dengan kelemahan mereka.
Dalam hal begini sememangnya mereka inginkan perhatian yang lebih dan juga tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai jiwa yang memberontak.Alzheimer juga akan sering
* Mengamuk
* Membebel
* Murung
* Tidak dapat menerima nasihat orang lain
* Membuat perkara yang diluar jangkaan
Yang diatas merupakan sesetengah sikap pesakit alzheimer yang kami kaji.Penghidap alzheimer kebiasaanya dialami oleh golongan orang yang berumur namun ada juga dialami bagi golongan muda.Ini kerana alzheimer bersangkut paut dengan daya pemikiran yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.Bagi yang sudah nampak perubahan pada diri sendiri dan rasa macam terlupa sesuatu barang yang disimpan jadi haruslah bersikap tenang dan jangan terus memaksa.
Dengan penyedaran pada diri sendiri lebih mudah untuk mendapatkan jalan keluar yang terbaik kerana bagi pandangan pihak kami ‘Masa yang terbaik untuk berjumpa doktor ialah sebelum anda sakit (mendorong ke arah hilang ingatan)’kerana sekurang-kurangnya dapat mencegah dari melarat.Bagi penghidap alzheimer jangan terus buntu untuk menyelesaikan masalah kerana setiap penyakit ada penawarnya.Hak manusia berusaha dan penyembuhan tetap hak ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment