Friday, March 30, 2012

Sayangilah Bumi Kita✿




EARTH HOUR !
KEMPEN MEMADAMKAN LAMPU DARI JAM 8.30 - 9.30 MALAM ,31hb March 2012

Marilah beramai2 menyokong kempen ini.....1 jam je tutup semua suis2 elektrik...
Betapa besar nilainya terhadap bumi kita,Walaupun hanya 1 jam sumbangan kita pada Bumi.

Sayangilah dan Cintailah bumi kita....

Santai Jumaat je....

Kisah 1

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati. Apabila sedardari koma, juruterbang itu telah disoal siasat oleh pihak polis," Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami." "Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas helikopter tu...."




Kisah 2

Dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.


Pemuda: "Kenapa nie nek. Pening ke?"

Nenek: “Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,”

Pemuda: "Nek nk panadol x?"


Nenek: "Tak apa lah nak...nenek tak suka mkn ubat..Oh ya nak, boleh x nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,

Pemuda: "Boleh je nek, tapi kenapa?"

Nenek: "Biar muntahnya lebih cepat keluar...."


Pemuda: errr...???

Wednesday, March 28, 2012

# Wordless Wednesday- ....Kenangan Terindah ツ





















✿Cute nye Teddy Bear tapi........








~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~

Pernah nampak kereta yang gantungkan teddy bear di bawah bumper kereta macam dalam gambar ni?? Gantung Teddy Bear macam ni dah jadi Trend …Macam2 jenis patung yg digantung…ada Spongebob lah … Tasmanialah....Pooh lah...Nampak macam cute la kot….Gantung anak patung bawah Bumper kereta ni sebenarnya budaya orang Thailand. "Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati."

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: "Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: "Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka" (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..




"Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah yg maha esa .. "

Sumber dari Google

Friday, March 23, 2012

....Menghitung Hari.....✿

Masa demi masa diharapkan berlalu dengan cepat....xsabar menunggu masa itu...tiap saat...tiap minit....tiap jam...tiap masa....sabar menghitung hari menunggu 2 perkara yg bakal berlaku tidak lama lagi...setiap perkara itu akan membahagiakan....
tik..tok...tik...tok.....

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.....tak apa la...tak lama ja lagi...sabaq p la sat no....apa2 pun Family first.... ツ

Friday, March 16, 2012

Konvoi WCKP














10 March 2012...... Ikot Husband p konvoi geng Waja Kedah Perlis....Best jugak walaupun keletihan...
































Masa ni kat Muzium Padi..View pemandangan dari atas Gunung Keriang..Cantik2 kan ^^, Pesawah yg tak bertauliah pun ada hehehe...

Tuesday, March 13, 2012

.....Eh betul ke keputusan ni....??












Assalamualaikum ✿

Harap sangat blogger & readers dlm keadaan ceria2 slalu k ツ
Tahun 2012 sangat2 bermakna dalam hidup...sebab utamanya Yuzy bakal jadi seorang ibu...Sepanjang tahun ni apa2 saja perkara yang berlaku diharapkan dalam keadaan baik2 sahaja...Kerjaya pun macam tu...Yuzy cuba buat apa saja dengan cara yg positif selagi termampu sebelum mengundurkan diri...

Apa saja yg dibuat atau apa saja keputusan yg dibuat...."Family First"...Dorongan dan sokongan suami juga la Yuzy fikir akan keputusan yg bakal dibuat ini... Wah semacam je bunyi hee..

....Yang sebenarnya...Emm....Skang da boleh start beli barang baby...Apa yg nak dibeli dulu yea...?dalam kepala otak ni macam2 pikir...tengok barang2 baby baju2 baby teruja sangat...kena buat senarai ni...kena bajet sama....banyak nak kena beli..banyak benda nak kena prepare....Mental...Fizikal..keewangan...

Semoga berjalan dengan lancar..InsyaAllah...

Wednesday, March 7, 2012

Guava



Beberapa khasiat jambu batu yang bermanfaat bagi tubuh badan kita iaitu:

- Mengandungi kalsium,vitamin A,B,C, zat besi, protein dan serat.
- Baik untuk mengubati sakit perut, cirit birit
- Mengubati kencing yang kerap, luka-luka dan sakit kulit
-Daunnya boleh menghilangkan bau badan.

Tuesday, March 6, 2012

OBSTETRIK & GINEKOLOGI


5 hb March 2012 (8.30am)- Appoinment with doc at Jabatan Obstetrik and Ginekologi HTF.
- 1st mesti cek urine..pastu timbang berat...then jumpa doc..tekanan darah tinggi plak...dengar la doc bagi kaunseling...lepas tu scan perut...MasyaAllah... Subhanallah terujanya tengok apa yg terpapar di skrin...terbentuknya kepala..badan..kaki tangan yg halus dan degupan jantung yg berdegup laju..dapat tengok anugerah Allah itu bergerak seperti melompat2..alangkah bahagianya kalo En.Suami ada dan lihat bersama...

11.00am - Selesai sesi kaunseling dan sesi soal jawab dengan doc..next appoinment bulan April plak. Tapi sebelum balik kena p amek spesimen darah plak... Sebanyak 2 picagari yg bersaiz besar ..Balik lebam la jugak huhu...Selesai semua baru boleh balik rumah..Lunch & rest...

3.00pm - Appoinment with nurse at Klinik kesihatan Desa...Urine lagi..pastu cek perut..dan sesi kaunseling je.. Pukoi 4 baru settle...balik rumah sambung rest je...Seharian rasa sangat2 letih huhu..

Thursday, March 1, 2012

Morning Sickness....

~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~

Lama xupdate blog...tak sihat huhu..muntah2..pening...hari ni baru boleh mai keja..kemarin kena cucuk tambah ayaq 1 botol...huhu...macam ni rasanya org mengandung..apa2 pun bersyukur sangat dapat suami yg penyayang yg sentiasa ambil berat... 'Love My Husband' Setiap apa saja dugaan yg berlaku tetap akan dilalui dengan tabah dan sentiasa berfikiran positif...Zuriat adalah anugerah yg amat berharga...Walaupun sakit demam susah ke kami berdua lalui bersama dan sedaya upaya cuba tidak menyusahkan orang lain atau merisaukan orang lain...

Masa sakit ni lah kita boleh nampak sapa kawan kita yg sebenarnya...sapa yg amek berat..sapa yg bagi nasihat yg positif..sapa yg hanya kutuk belakang..sapa yg pandai cakap je...emm biarlah kepada yg suka berfikiran negative tu kan...kita pikir yg p0sitive je..Thanks a lot my friend sebab amek berat dan banyak bagi kata2 semangat =)

Semoga hari yg mendatang dilalui dengan tabah dan bahagia... Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...