Wednesday, July 31, 2013

Setiap yang berlaku ada sebabnya..

‘‘JANGAN PERNAH TERBURU² DALAM MENILAI SESEORANG’’

Tapi maklumilah tiap jiwa di sekeliling Kita yang menyimpan cerita kehidupan tak terbayangkan di benak Kita.

★ Αda air mata dibalik setiap senyuman.
★ Αda kasih sayang dibalik setiap amarah.
★ Αda pengorbanan dibalik setiap ketidak peduli.
★ Αda harapan dibalik setiap kesakitan
★ Αda kekecewaan dibalik setiap derai tawa.

Semoga bermanfaat agar kita menjadi manusia dengan rasa maklum yang semakin luas dan bersyukur dengan apa yang telah TUHAN berikan dalam hidup ini. Ingat Sahabat ...

☆ Kita bukan satu²nya manusia dengan segudang masalah. Tersenyumlah.
☆ Senyum mampu membasuh setiap luka kita. Maafkanlah.
☆ Maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit dengan hati kita.Mohon maaflah.

→_→ Manalah tau kot xdak hari ESOK lagi untuk kita...

Monday, July 29, 2013

Sifat dalam kesalahan

Orang yang paling cepat dalam minta maaf adalah orang yang paling berani..

Orang yang paling cepat memaafkan adalah orang yang paling kuat..

Orang yang paling cepat melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang paling bahagia.

Orang yang mudah mengaku salah adalah orang yang disayangi.

Orang yang susah meminta maaf adalah orang yang sangat penakut.

Orang yang susah memaafkan adalah orang yang lemah.

Orang yang susah melupakan kesalahan orang lain adalah orang yang tidak pernah bahagia.

Orang yang susah mengaku salah adalah orang yang didendami.

from:copy&paste

Anak ibarat permata...

Jaga dan belailah anak yang dianugerahkan itu sebaik mungkin..

ADAKAH ANDA TAHU ANDA PERLU BERTAUBAT SEKIRANYA ANDA MEMARAHI ANAK ANDA YANG BERUSIA BAWAH 7 TAHUN?

Sebab kanak-kanak yang berumur 7 tahun belum ada akal lagi dan belum dapat memahami situasi dengan jelas. Kajian saintifik menyatakan ketika anda marah, hormon stress dan asid akan terbentuk didalam tubuh anda dan asid ini didapati dapat merosakkan tubuh dan anak anda.Berlemah lembutlah dengan anak anda

[quote by Prof. Dr. Muhaya, Wahai Hati Yang Tenang] Ya, Ianya sangat susah untuk diamalkan. Tetapi sekiranya berjaya dilakukan, anda telah melangkah menjadi insan yang luar biasa, bukan untuk diri anda sahaja tetapi untuk anak anda juga.

Friday, July 26, 2013

Apabila tibanya WAKTU itu....

Renungan bersama...
(Copy & Paste)

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.y

✐Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Sila smpaikan ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Tuesday, July 23, 2013

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

>>> BISMILLAHI RAHMANI RAHIM

"INNA A'TTOINA KALKAUTSAR,
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR,
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR "

↗Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud::
" sungai di syurga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. "

↗Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya ibrahim dan bapak saudaranya abu thalib.

✔Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.
♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya allah hilang dahaga
♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu
♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah
♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat
♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

↗Rasulullah bersabda, "Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) , dia akan tetap memperoleh pahala.

Allahumma Ajirni Minan Naar

Put aside your pride, Set down your arrogance, And remember your grave. - Saying of Ali ibn Abu Talib (radi Allahu anhu)

→_→The man who built the Titanic was asked, How safe would the Titanic be? With an Ironic Tone he said: "NOT EVEN GOD CAN SINK IT" & we all know what happened to the Titanic..

→_→Tancredo Neves President of Brazil. During a campaign, he said he got 500,000 votes for his party, Not even God would remove him from Presidency. Sure he got the votes, but he got sick & died a day before being made President..

→_→Cazuza Brazilian singer & poet. During a show, while smoking his cigarette, he puffed out some smoke into the air & said: "God that's for u". He died at the age of 32 of LUNG CANCER in a horrible manner..

Allah SWT say in the holy Qur'an "Do not walk proudly on the earth: your feet cannot cleave the earth nor are you as tall as the mountains". Surah Isra (17:37)

★Please take part in this & forward it to all Muslims and let everyone take part in the Dua.

♡Ya Allah don't take my soul away until you are happy with me.
♡Ya Allah give me a death of a shaheed.
♡Ya Allah grant me death while I'm in sujuud.
♡Ya Allah let the last words of my life be the Shahadah.
♡Ya Allah If I die in my sleep let My heart beat the Zikr of Allah.
♡Oh Allah, the guider of the lost soul forgive the entire Muslim Ummah!
♡Ya Allah Forgive my Parents, my Family, my Muslim Friends. Ameen Summa Ameen.

↗Share this Dua to all Muslims, without failing to say Ameen.

↗The fire in Jahanam will not touch the person who recites "Allahumma Ajirni Minan Naar" 7x after fajr & maghrib. If u choose to forward this message, it will be a Sadqatul-Jaariya 4 u and me

Tuesday, July 16, 2013

Pesanan ringkas khidmat masyarakat

(‵﹏′)Syaitan berkata:

1. Orang Islam yg mendengar azan
tetapi tidak segera menunaikan solat
adalah 'Bapaku' . kecuali wanita.

2. Orang Islam yg suka membazir pada perkara yg tak berfaedah adalah 'saudaraku' .

3. Orang yg ruku' & sujud mendahului imam adalah 'anakku' .

4. Wanita yg marah2 ketika ada tetamu di rumah nya adalah
'ibuku' .

5. Wanita Islam yg tidak memakai
tudong adalah 'istriku' .

6. Orang Islam yg makan tanpa
membaca bismillah terlebih dahulu
adalah 'anakku' .

7. Orang yg tidak suka berkongsi msg ini dengan saudara islam yg lain adalah 'sahabatku' .

8. Orang islam yg suka berkongsi
msg ini dengan saudara islam yg lain
adalah 'MUSUHKU' .

∩__∩Maka mari lah kita jadi 'musuh' syaitan dengan berkongsi pesanan ini dengan saudara islam yg lain..semoga kita sentiasa dlm lindungan Allah jua.. Aamiin

→_→ Kenapa kita tidur kalau Allah
memanggil ?
╮(╯_╰)╭ Tapi sanggup tahan mengantuk saat
menonton film selama 3 jam?

→_→Kenapa kita bosan saat baca al- qur'an?
╮(╯_╰)╭ Melainkan kita lebih rela membaca
timeline twitter, wall facebook, novel atau buku lain?

→_→kenapa kita senang sekali mengabaikan pesan dari Allah?
╮(╯_╰)╭ Tapi kita sanggup
memforward pesan
yang aneh-aneh ?

→_→Kenapa masjid semakin kecil ?
╮(╯_╰)╭ Tapi bar dan club? semakin besar?

→_→Kenapa kita lebih sangat senang
menyembah ARTIS?
╮(╯_╰)╭ Tapi sangat susah untuk menemui ALLAH?

☆Fikir-fikirkanlah☆

★Apakah anda akan meforward pesanan ini?

★Apakah anda akan abaikan pesan ini karena takut di tertawakan dengan yang lain ?

☆Allah Berkata:
"Jika kamu
menyangkal Aku di depan teman-teman mu, Aku akan menyangkal kamu pada saat hari
penghakiman..."

☆Ada 2 pilihan untuk anda.
1. Biarkan saja tanpa bermanfaat buat org lain.

2. Anda sebarkan pada semua
kenalan anda..

☆Rasulullah SAW bersabda,
"Barang siapa yang menyampaikan 
1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg
mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..

SUBHANALLAH..!

selamat beramal...
selamat melalui bulan ramadhan yang mulia...ツ

Saturday, July 13, 2013

Kisah CINTA,GEMBIRA,SEDIH&PENTINGKAN DIRI

Ada 4 org kawan ..disebuah pulau terpencil CINTA,GEMBIRA,SEDIH dan PENTINGKAN DIRI. mereka perlu meninggalkan pulau itu kerana pulau itu hampir musnah
Mereka perlu menaiki boat untuk meninggalkan pulau itu.Tapi hanya 3 orang saja boleh naik. Semua dah naik boat kecuali CINTA.

CINTA tanya pada PENTINGKAN DIRI..Bolehkah aku naik boat sama dengan kau?
PENTINGKAN DIRI menjawab,tidak!kalau aku bagi kau naik nanti aku tak boleh naik.

Kemudian CINTA bertanya pada SEDIH pula..Bolehkah aku naik boat sama dengan kau?
SEDIH menjawab,maafkan aku..aku perlu bersendirian..

Akhir sekali CINTA bertanya pada GEMBIRA..Bolehkah aku naik boat bersama dengan kau?
Tetapi GEMBIRA tidak menghiraukan CINTA sebab terlampau gembira.

Tinggallah CINTA berseorangan di pulau itu.Tiba2 datang seorang tua mempelawa untuk membawa CINTA pergi dari pulau itu.tanpa berfikir panjang CINTA mengikut orang tua itu.Apabila sampai di tempat selamat orang tua tersebut terus hilang tanpa CINTA mengucapkan terima kasih dan bertanyakan nama orang tua tersebut.

Untuk mengetahui siapakah orang tua tersebut CINTA cuba bertanya kepada PENGETAHUAN.
PENGETAHUAN memberitahu orang tua itu adalah MASA.

Kini baru CINTA mengetahui bahawa MASA telah menyelamatkannya.

SEKIAN.

→_→ Hargailah masa dengan sepenuhnya.

Friday, July 12, 2013

Lelaki AWAS!!! Sila hargai kaum wanita,kalau tak...

...Kaum wanita pun boleh curang.
Antara sebab-sebab yang membuatkan wanita curang adalah kerana;

1)Tidak cukup dihargai
No body is perfect.Kaum wanita sanggup berubah demi pasangannya dan kebahagiaan bersama.Berharap pasangan dapat terima seadaanya.Bukannya minta dikritik.Bila sakit hati dipendam saja.Boleh berlaku curang bila ada pihak luar yg lebih menghargai dan memahami.

2)Naluri liar.
Seperti juga lelaki,kaum wanita juga sebenarnya punya naluri liarnya sendiri.Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan,naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya.Iyalah,jika lelaki boleh,kenapa tidak wanita.

3)Pentingkan diri.
Biasanya jika pasangan lelaki mereka seorang yang sibuk,kebanyakan wanita akan mula merasa tidak dipedulikan.Apalagi jika si pasangan asyik dengan kerja.Keadaan yang tidak mengikut keinginan dan kepentingan diri yang mahukan perhatian akan membuat wanita mencari dan menagih perhatian ditempat lain.Sesekali bawalah pasangan keluar berduaan,tengok wayang atau dinner atau pun sekadar bersiar-siar. 

4)Balas kesalahan lampau pasangan.
Walau bukan kecurangan sekalipun,tetapi jika pasangan lelaki pernah membuat kesilapan atau pernah menipunya,ianya akan melekat dihati dan fikiran wanita.Ingatan yang sentiasa wujud ini boleh membuatkan wanita mencari cara menghilangkannya iaitu dengan membalas tiap kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan pasangan.Dan balasan yang dilakukan biasanya dengan cara menyakiti hati pasangan lebih dari apa yang dirasanya.

5)Rasa terabai.
Kaum wanita akan mula merasa diabaikan tambah-tambah jika pasangan sentiasa sibuk dan jarang meluangkan masa berdua.Inilah kesilapan yang banyak dilakukan oleh para lelaki.Apalah salahnya jika sesibuk mana sekalipun,sesekali sms,whatsapp,we chat,call..teknologi kan dah canggih.

6)Kemesraan yang berkurangan.
Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja,dipuja puji walaupun tak ditunjukkan secara zahir.Sikap pasangan yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar,misalnya dari rakan sekerja atau pun kenalan.

7)Kebosanan.
Memang kaum wanita boleh terima seadanya pasangannya tetapi kalau pasangannya tak mau belajar berubah demi kebaikkan bersama atau sentiasa sama saja pada setiap masa boleh membosankan wanita.Seperti juga lelaki,wanita pun perlukan sesuatu yang berlainan bagi kekal kemesraan dalam hubungan.

8)Balas dendam.
Percaya atau tidak,kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki.Jika pasangan pernah berlaku curang,rasa sakit hati,marah,kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan akan menjadi dendam.Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam,wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas balik apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.

Wednesday, July 3, 2013

Indah dipandang Indah lagi dirasai

✅ Dosa Jangan di ➕
✅ Amal Jangan di ➖
✅ Cinta Jangan di ➗
✅ Hidup hanya 1  ✖

Gugur Bunga kerana layu
Gugur Iman  kerana Nafsu
Gugur Cinta kerana Cemburu
Tertawa  kerana Bahagia
Menangis kerana Derita
Bertaubat kerana Dosa
Beribadah kerana Takwa
Hidup Bersyukur dengan apa adanya
Insya Allah akan Bahagia ♡
(Copy&paste)

Hidup ini indah kalau kita sentiasa senyum dan positif.
Hidup ini indah kalau kita tiada sifat & sikap negatif dalam diri.
Hidup ini indah kalau kita mengejar harta Akhirat bukanya mengejar harta dunia.
Hidup ini indah kalau ikhlas dalam apa perkara pun.
Hidup ini indah kalau kita faham apa erti kehidupan yang sebenar.
Hidup ini lebih indah kalau kita menjalani kehidupan seharian kita kerana Allah s.w.t.
"Indah bukan sekadar dimata tapi dihati"

Monday, July 1, 2013

Syukur...Alhamdulillah ツ

Dosa Jangan di tambah (+)
Amal Jangan di tolak (-)
Cinta Jangan di bahagi (÷÷÷÷÷/)÷
Hidup hanya 1  kali (✘)
÷
Gugur Bunga kerana layu
Gugur Iman kerana Nafsu 
Gugur Cinta kerana Cemburu

Tertawa kerana Bahagia
Menangis kerana Derita

Bertaubat kerana Dosa
Beribadah kerana Taqwa

Hidup tanpa Cinta pasti Hampa
Hidup gila Harta pasti Celaka
Hidup penuh Dosa akan ke Neraka
Hidup Bersyukur dengan apa adanya

Insya Allah akan Bahagia ♡

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...