...Kaum wanita pun boleh curang.
Antara sebab-sebab yang membuatkan wanita curang adalah kerana;
1)Tidak cukup dihargai
No body is perfect.Kaum wanita sanggup berubah demi pasangannya dan kebahagiaan bersama.Berharap pasangan dapat terima seadaanya.Bukannya minta dikritik.Bila sakit hati dipendam saja.Boleh berlaku curang bila ada pihak luar yg lebih menghargai dan memahami.
2)Naluri liar.
Seperti juga lelaki,kaum wanita juga sebenarnya punya naluri liarnya sendiri.Walaupun naluri liar tersebut tersembunyi dibalik kelembutan dan sopan santun wanita namun jika keadaan tidak seperti yang dimahukan,naluri tersebut pasti akan memberontak dan menunjukkan kehebatannya.Iyalah,jika lelaki boleh,kenapa tidak wanita.
3)Pentingkan diri.
Biasanya jika pasangan lelaki mereka seorang yang sibuk,kebanyakan wanita akan mula merasa tidak dipedulikan.Apalagi jika si pasangan asyik dengan kerja.Keadaan yang tidak mengikut keinginan dan kepentingan diri yang mahukan perhatian akan membuat wanita mencari dan menagih perhatian ditempat lain.Sesekali bawalah pasangan keluar berduaan,tengok wayang atau dinner atau pun sekadar bersiar-siar.
4)Balas kesalahan lampau pasangan.
Walau bukan kecurangan sekalipun,tetapi jika pasangan lelaki pernah membuat kesilapan atau pernah menipunya,ianya akan melekat dihati dan fikiran wanita.Ingatan yang sentiasa wujud ini boleh membuatkan wanita mencari cara menghilangkannya iaitu dengan membalas tiap kesalahan atau kesilapan yang pernah dilakukan pasangan.Dan balasan yang dilakukan biasanya dengan cara menyakiti hati pasangan lebih dari apa yang dirasanya.
5)Rasa terabai.
Kaum wanita akan mula merasa diabaikan tambah-tambah jika pasangan sentiasa sibuk dan jarang meluangkan masa berdua.Inilah kesilapan yang banyak dilakukan oleh para lelaki.Apalah salahnya jika sesibuk mana sekalipun,sesekali sms,whatsapp,we chat,call..teknologi kan dah canggih.
6)Kemesraan yang berkurangan.
Wanita mempunyai naluri yang suka dimanja,dipuja puji walaupun tak ditunjukkan secara zahir.Sikap pasangan yang dirasakan kurang melayani dirinya membuatkan wanita mudah tergoda dengan kemesraan dari luar,misalnya dari rakan sekerja atau pun kenalan.
7)Kebosanan.
Memang kaum wanita boleh terima seadanya pasangannya tetapi kalau pasangannya tak mau belajar berubah demi kebaikkan bersama atau sentiasa sama saja pada setiap masa boleh membosankan wanita.Seperti juga lelaki,wanita pun perlukan sesuatu yang berlainan bagi kekal kemesraan dalam hubungan.
8)Balas dendam.
Percaya atau tidak,kaum wanita sebenarnya lebih kuat memendam perasaan mereka berbanding lelaki.Jika pasangan pernah berlaku curang,rasa sakit hati,marah,kecewa yang dipendam hasil dari kecurangan yang dilakukan akan menjadi dendam.Untuk menghilangkan segala perasaan yang dipendam,wanita yang pernah dicurangi biasanya lebih berkemungkinan membalas balik apa yang telah dilakukan terhadap dirinya.
0 comments:
Post a Comment