Thursday, July 26, 2012

Makan Ulam x?

Sekadar ingin berkongsi ilmu ツ

Pegaga
Selain khasiat awet muda, ia juga mampu memperbaiki peredaran darah dan masalah pusingan haid. Air rebusan akarnya boleh diminum sebagai tonik.

Serai
Air rebusan secekak serai boleh dijadikan mandian anak yang menghidap penyakit kuning. Kalau boleh, lakukannya pada sebelah petang.

Ulam Raja
Daun dan batang muda boleh dimakan sebagai ulam ketika berpantang. Selain itu ia juga membersihkan darah, menguatkan tulang dan untuk awet muda.

Selom
Boleh diamakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Selom juga boleh dimakan untuk tujuan kecantikan.

Halia
Untuk menyingkirkan angin di badan, halia adalah tumbuhan yang sesuai dimakan. Malah ia juga boleh digunakan untuk mandian.

Serai Wangi
Daunnya antara ramuan mandian ibu selepas bersalin. Selain itu air rebusannya boleh diminum untuk meredakan sakit kepala.

Lengkuas
Batang dan daun lengkuas digunakan sebagai ramuan mandian ibu lepas bersalin.

Mengkudu
Daunnya diguna sebagai pembalut batu tungku dan ramuan mandian untuk ibu lepas bersalin. Daunnya boleh dipanaskan dan ditampal pada perut untuk melegakan sakit perut. Pucuknya boleh dimakan sebagai ulam bagi melawaskan pembuangan air besar.

Kunyit
Ibu kunyit dikatakan dapat mengecutkan rahim selepas bersalin dan digosokkan pada muka untuk menghilang jerawat. Kunyit muda pula dibuat ulam untuk memperbanyak susu ibu selepas bersalin

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...