~~ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~~
ツ Semoga ceria2 selalu..
Girls...korang pernah x pakai High heel??Seksa ke seksi hehe...1st time Yuzy try pakai high heel 8 tahun lepas itu pun Ro0mate Yuzy yang ajarkan..mula2 pakai kekok sekarang berlari ngan kasut tumit tinggi pun boleh. Tapi Yuzy tak minat pakai high heel,lebih suka pakai kasut tapak flex je.. Sandal ..Sliper..Drive pun tak pakai kasut. Ekot keselesaan masing2 la kan suka pakai kasut jenis macam mana.
FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
*Jejaskan peluang untuk dapat anak
*Punca rambut gugur
*Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
*Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid.
Tips beli 'High Heels'
Jangan beli heels pada waktu malam
-Kalau anda semua belajar sains mesti percaya dengan konsep pengembangan kan?
Ini memang ada kaitan dengan kaki kita juga.Pengembangan kaki paling maksimum adalah ketika waktu petang.Maka,itu waktu terbaik untuk kita membeli kasut.
Sesuaikan dengan berat badan
Inilah pentingnya kita tahu bentuk badan dan berat badan kita.Maksudnya disini,jika ingin membeli kasut sila cuba dahulu dan pastikan tiada tekanan yang kuat dari badan ke kaki yang menyebabkan kesakitan dan lenguh pada kaki.Dengan kata lain,kalu badan agak berisi,pilihlah dari jenis low heels.Kalau yang model kurus tinggi,high heels tiada masalah pada anda.
Pastikan saiz yang sesuai
-Tidak semestinya kasut flat atau selipar anda bersaiz 5,maka kasut tinggi anda jugabersaiz 5.Anda perlu mengukur kaki dengan kaedah cuba jaya.Apabila ingin mencuba,pastikan memilih dua size kasut yang berbeza.Ini penting agar kasut tidak menjadi bebanan kesakitan kepada anda jika ingin berjalan-jalan.
Bukan jenama pilihan utama
-Jenama bukanlah pilihan utama untuk membeli kasut.Ianya mengikut kesesuaian bajet pembeli juga.Mungkin akan terasa sedikit gah dengan memakai sepatu berjenama namun berbaloikah jika tidak selesa?
Elakkan penggunaan kasut yang diperbuat dari material synthetic fiber macam plastik or nylon. Material ini boleh buatkan kaki anda melecet dan cedera.
Pemakaian kasut tumit tinggi pada jangka waktu yang sekejap sahaja tidak mengapa,tetapi jangan melebihi jangka waktu 4 jam kerana ada beberapa kesan jangka panjang iaitu :
1.Masalah pada tulang rahang,leher dan kepala,gannguan kitaran haid dan juga kesuburan wanita.
2.Kencing tidak lawas dan sakit belakang.
3.Kecacatan haglunds berlaku apabila tumit bahagian belakang membesar sehingga kaki bengkak dan meyakitkan.
4.Jika dipakai bertahun-tahun,akan meyebabkan tendon achilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
5.Masalah biasa adalah risiko terseliuh kerana sukar mengimbangi berat badan.
Jadi,masih mahu pakai high heels ??
Terpulang pada diri masing-masing.Pesanan kepada kaum wanita,kita tidak selamanya muda.Kesihatan adalah paling utama.Penjagaan dari sekarang membawa kesan apabila di hari tua kelak.
Tips Penjagaan Kaki
1.Rendam kaki selama 30 minit di dalam air suam yang dicampurkan sedikit garam biasa atau garam mandian.
2.Kemudian lap tapak kaki perlahan-lahan menggunakan tuala kecil bagi menanggalkan sel-sel kulit mati dan kekotoran.
3.Sambil rendamkan kaki, bolehlah memasangkan lagu yang lembut untuk terapi diri.Tips penjagaan kaki seterusnya scrub kaki anda atau gukan pimice stone bagi membuang kepingan keras pada kaki.
4.Kemudian keringkan kaki dengan tuala bersih. Urut kaki dengan losen atau krim kaki.
5.Urut sekitar tapak kaki,tumit, celahan jari dan sapukan losyen keseluruhan kaki.
6.Ketika memotong kuku kaki dengan betul ialah dengan memotongnya menjadi empat segi. jangan membuang kutikel pada kuku bagi mengelakkan kemasukan bakteria.
7.Kemudian gos0kkan kuku kaki yang telah dirapikan dengn minyak zaitun agar lebih sihat dan berkilau.
8.Pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki. Pastikan kasut anda tidak terlalu sempit dan mempunyai ruang udara.
Sumber Dari Google
Tuesday, September 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment