Thursday, December 23, 2010

BILA MANA BILA MASA - EPISOD KEDUA

Ingatlah..."Akal menjadikan manusia mulia dan bijaksana. Nafsu menjadikan
manusia seperti haiwan. Di antara keduanya, IMAN yang akan
mengimbangkannya!"


BILA MASA BILA MANA - 2
Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita
kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila
datang ke Semenanjung.

Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan
juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan
dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong,
kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check
-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila
penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat
melainkan penat menunggu!

Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu
pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat
"post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah
malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan
kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat
apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan
caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan
itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada
sebab semuanya layan sendiri?

Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat
sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya
yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin
menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap
seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang
berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan
dengan mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...