Ingatlah..."Akal menjadikan manusia mulia dan bijaksana. Nafsu menjadikan
manusia seperti haiwan. Di antara keduanya, IMAN yang akan
mengimbangkannya!"
BILA MASA BILA MANA-3
Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu
memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi
jalan.
Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun
belum pernah berjumpa.
Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika
mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab
"mamat@yahoo.com".
Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga
profesional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji
permulaan hanya RM1250.00 sebulan.
Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan
kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak
apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan & swasta maseh ditakuk lama.
Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua
potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila
pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.
Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan
ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok "chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.
Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas
sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
Thursday, December 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment