Thursday, December 23, 2010

BILA MANA BILA MASA - EPISOD PERTAMA

Ingatlah..."Akal menjadikan manusia mulia dan bijaksana. Nafsu menjadikan
manusia seperti haiwan. Di antara keduanya, IMAN yang akan
mengimbangkannya!"


BILA MANA BILA MASA
Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja
penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak
mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya
supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin
meningkat.

Bila kerajaan menetapkan had laju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja,
tetapi maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan
rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan
menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui
setelah bertahun-tahun lamanya.

Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk
berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan
pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk
menontonnya.


Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk
hadir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap
kali.

Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada
Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...